ATAU COMBO LEBIH JIMAT!
TUTUP ORDER 15 oct 2017!
ISTERI SATU MALAM - RAFAEL (HASH AULIA)
#####
"Saya mengandung."
"Gugurkan."
Terus mati senyuman di bibir Dhuha. Wajah ceria berubah terkejut melihat riak tegang Ku Rafael.
"Gugurkan."
"Tak." Kepala digeleng kuat bersama langkah berundur ke belakang.
"Then, I have no choices. Kill both of you."
JIBRAEL - YOU'RE MINE (SUCI HIDAYAT)
"Mana perempuan bodoh tu, ma?"
"Astaghfirullahallazim. Bawa mengucap, Rael!"
"Mengucap apa, ma?! Dia dah bunuh anak Rael!"
"Ya Allah! Ingat Tuhan banyak-banyak Rael. Bukan salah Dara! Takkan dia sanggup bunuh anak sendiri?!"
"Itu bukan anak dia, ma! Itu anak Rael! Dia memang sengaja nak balas dendam dekat Rael. Jadi dia bunuh anak Rael! Mana dia, ma?! Biar mati pula dia Rael kerjakan."
QIDRAN - ONE NIGHT STAND (HANA EFRIENA)
Mencampak sehelai lingerie tepat ke ribaan Yara. Berpeluk tubuh, menghantar renungan tajam. Tak ubah seperti seorang diktator.
Yara tunduk mengetap bibir. Rasa sakit hati masih jelas terasa. Malah parut yang bersisa kian mendalam. Perit dan menyakitkan.
"Pakai baju tu malam ni." Bibir menjuih. Tanpa sedikit pun riak bersalah. Selamba dan beku seperti selalu.
Berdesing. Wajah didongak. Mencerun pandangan Yara menikam wajah Qidran. Melihat rona kemerahan Yara, Qidran tarik senyum sinis.
Qidran tidak kisah akan pandangan penuh kebencian itu. Yang dia tahu, Yara sudah menjadi milik mutlaknya. Jadi apa sahaja yang menjadi miliknya, dia takkan sekadar melihat tanpa menyentuh.
"Marah?" Provokasi semata-mata.
Bengang, lingerie dicapai lalu dilempar tepat ke dada bidang itu. Yara bangkit berdiri. Setentang dengan tubuh tegap Qidran. Ikutkan hati, mahu ditampar pipi Qidran berulang kali.
Supaya hati dia puas.
Supaya jiwa dia bebas daripada rasa sakit ini.
"Saya bukan pelacur, Ku Qidran."
"Memanglah kau bukan pelacur sebab kau tu isteri aku." Tenang jawapan Qidran.
Mengundang bahang yang makin membara di hati Yara. Rasanya tiada guna bertikam lidah, Yara tapak satu langkah hendak berlalu. Malang, sekelip mata lengannya dilelar. Membuatkan wajahnya tersembam kemas pada dada lelaki itu. Semerbak bau wangian milik Qidran menyengat hidung.
"Kau nak pergi mana?" Suara lelaki itu berubah sedikit serius.
"Pergi ke mana saja asal saya tak perlu hadap awak!"
"So sad, sweetheart. Sebab di mana-mana pun kau tetap perlu hadap aku selama-lamanya." Tarik senyum menyakitkan hati lagi.
Yara cuba tolak tubuh itu menjauh, pegangan Qidran bukan lawannya. Seinci pun tidak berganjak.
"Lepaskan saya, Ku Qidran!" Suara Yara memberi arahan.
"Correction, Yara Hasna. Bukan kau yang sepatutnya bagi arahan pada aku, tapi aku. Dan arahan pertama aku, aku nak kau pakai baju tu malam ni."
"No!" Bebola mata Yara menjegil. Sehabis daya dia akan cuba mengelak daripada disentuh oleh Qidran malam ini.
"Jadi kau nak melawanlah ni?"
"Awak tak boleh paksa saya, Qidran."
"Siapa cakap aku tak boleh? Sini, biar aku tunjuk macam mana cara untuk buat kau dengar cakap aku." Keras bicara Qidran seraya mengheret tubuh Yara ke kamar mandi. Tidak diendahkan langsung rontaan Yara yang ketara nampak tidak rela.
Ditolak masuk tubuh Yara ke dalam lalu pili air dipulas deras. Sekejapan tubuh Yara sudah mula basah lencun. Melihat keadaan Yara yang jelas masih tergamam, bibir Qidran terconget senyuman nakal. Puas hatinya!
"Dua pilihan, sayang. Pertama, kau boleh terus bertapa dalam tu dengan baju yang dah basah lencun tu. Kedua, ambil baju ni dan pakai untuk aku. Aku tunggu kau dekat luar." Ayat itu meluncur lancar. Qidran sempat sangkut lingerie berwarna hitam sebelum pintu kamar mandi ditutup rapat olehnya dari luar.
Membiarkan Yara meskipun dia perasan tubir mata Yara jelas nampak bergenang.
LIMITED EDITION ~ PRE ORDER
TUTUP ORDER 15 oct 2017!
COMBO BAD BOY
💋
💋
HASH AULIA / HANA EFRIENA/SUCI HIDAYAT
3 PENULIS
3 BUKU
3 CERITA
***************
HARGA SINGLE/ KOMBO 2/ KOMBO 3
SINGLE: RM40 (SM), RM47 (SS)
Combo 2 BadBoy : RM70 (SM), RM80 (SS)
Combo 3 BadBoy : RM105 (SM), RM119 (SS)
TAJUK:
1. QIDRAN/One Night Stand : Hana Efriena (HE)
2. RAFAEL/Isteri satu Malam : Hash Aulia
3. JIBRAEL/You Are.. Mine! : Novelis Suci Hidayat
COMBO BAD BOY


HASH AULIA / HANA EFRIENA/SUCI HIDAYAT
3 PENULIS
3 BUKU
3 CERITA
***************
HARGA SINGLE/ KOMBO 2/ KOMBO 3
SINGLE: RM40 (SM), RM47 (SS)
Combo 2 BadBoy : RM70 (SM), RM80 (SS)
Combo 3 BadBoy : RM105 (SM), RM119 (SS)
TAJUK:
1. QIDRAN/One Night Stand : Hana Efriena (HE)
2. RAFAEL/Isteri satu Malam : Hash Aulia
3. JIBRAEL/You Are.. Mine! : Novelis Suci Hidayat
email : mybizsantaishop@gmail.com
atau
WhatsApp 010-4398892
No comments:
Post a Comment