SEGENAP TAKDIR ~ TINA DERIKA

 COVER SEMENTARA
PRE ORDER
EXCLUSIVE EDITION.
PRRM48 SEM / RM51.00 SS

termasuk poslaju
“You ni suami jenis apa hah? I ni bini you tahu? I lapar. Dari siang tadi tak makan.”
“Apa? Suami? Siapa suami kau dan siapa bini aku? Kau?” Azlan ketawa. Memerli semula kata-kata Haryani. Gadis itu bercekak pinggang.
“You kena jalankan tanggungjawab you bagi I makan minum! Mana hak I?” kali ni suara Haryani meninggi. Sakit betul hatinya. Azlan menghampirinya.
“Hak? Tanggungjawab? Kau tak payah nak ajar aku pasal tanggungjawab. Perempuan macam kau ni tak layak dibuat bini. Kau tahu tak apa makna perkahwinan? Kau ada belajar tak pasal perkahwinan? Ke kau fikir kahwin ni sebagai tempat untuk leraikan nafsu je? Apa kau ingat aku ni sama macam orang lain yang bila kena paksa kahwin, akan jatuh cinta? Sampai kiamat pun aku takkan jatuh cinta dengan perempuan yang dah buat keluarga aku sendiri hilang percaya kat aku.”
Haryani terdiam. Sindiran itu pedas. Azlan angkat tinggi sebelah keningnya.

“Kalau nak aku jalankan tanggungjawab, aku kena ikhlas. Dah kalau aku tak ikhlas, buat apa aku buat? Kau jangan nak kata aku ni jodoh kau lepas tu aku wajib kena buat apa yang sepatutnya aku kena buat. Belum tentu! Kau belum tentu jodoh aku.”
“Habis tu ni apa? I ni jodoh dari Dia tau. You tak takut dosa abaikan tanggungjawab you?” Haryani tayang muka angkuhnya sambil angkat jarinya yang sudah tersarung cincin. Azlan hela nafas seraya matanya merenung objek kecil itu dan wajah Haryani silih berganti.
“Dosa? Kau tak takut dosa jugak ke buat aku macam ni? Tak takut dosa jadi pembunuh?" Azlan gelak sinis.
"Itu... Itu kan cincin hasil dari sikap muka tak malu kau. Apa? Jodoh dari Dia? Tak payah kau nak kaitkan Tuhan dalam masalah ni. Kalau kau ingat Tuhan dari awal mesti kau sedar yang Allah tak pernah suruh manusia tu merampas hak orang lain dengan cara keji. Apa kau nak kata Allah yang perintahkan kau supaya bunuh Nadira dan ugut aku? Senangnya hidup kalau manusia buat jahat, salahkan Tuhan balik.” Mujurlah Nadira sempat diselamatkan. Gara-gara Haryani semua jadi porak-peranda. Azlan berlalu ke kamar tidur. Ya, memang sengaja dia mahu mendera Haryani agar gadis itu belajar sesuatu! Dia meminggirkan Haryani yang menahan geram.
atau
WhatsApp 010-4398892

No comments:

Post a Comment