KAKAK TIRI CINDERELLA ~ FREESIA

COVER SEMENTARA
PRE ORDER
EXCLUSIVE EDITION.
PRRM48 SEM / RM51.00 SS

termasuk poslaju
Pandangan Belle semertaan ke arah Shatira. Shatira yang terdengar dakwaan Daniel turut memeriksa belakangnya. Benar. Ada empat, lima biji bertih jagung terlekat di pakaiannya di bahagian punggung. Belle terus menekup mulut cuba menahan tawa. Pandangannya dikembalikan ke hadapan. Tangannya yang menekup mulut dijatuhkan. Tawanya langsung ditelan.
“Awak tengok bontot dia la tadi? Pervert!” Belle terus berlagak serius. Tangannya disilangkan ke dada.
“Tak. Saya… tengok popcorn,” balas Daniel, sama serius. Satu jari cuba ditudingkan ke hala Shatira.
“Ah, ada popcorn ke? Minta tolong ambilkan, boleh? I tak nampaklah,” celah Shatira dengan manja dan secara tiba-tiba. Pantas dia mendekati Daniel. Dengan muka temboknya, dia menayangkan belakangnya, mahu lelaki itu membersihkan bertih jagung yang dikatakan.
Menyaksikan perilaku adik tirinya yang sebegitu, Belle terus menghayunkan kakinya di punggung Shatira. Tersungkur gadis itu di tepi sofa. Bertih jagung yang terlekat di pakaiannya terus tertanggal. Daniel pula kelihatan terkejut lagi terpana.
Belle ketawa dalam hati. Rasakan! Kalau dengan lelaki tak dikenali pun Shatira sanggup berlagak murah, apatah lagi dengan teman-teman lelakinya. Sudah berapa kali agaknya dia benarkan tubuhnya dipegang-pegang?
Lagipun, susah sangat ke nak bersihkan bertih jagung itu sendiri? Pendek sangat ke tangan tu? Nak kata dia cacat, selalu sangat pula Shatira mendakwa dirinya terlalu sempurna. Hampeh!
“Dah. Blahlah! Aku dah tolong tanggalkan popcorn tu,” herdik Belle.
Menggerutu jiwa dibuatnya. Shatira bukan seorang yang pintar. Tetapi, yang peliknya dia pandai mereka kesempatan untuk menggoda dalam apa jua keadaan. Agaknya, perempuan-perempuan penggoda ni memang gemar apabila ada lelaki yang memandang. Lebih-lebih lagi yang menjadi perhatian itu adalah ‘aset’ mereka kononnya.
atau
WhatsApp 010-4398892

No comments:

Post a Comment