AKU YANG TERTEWAS ~ HANI FAZUHA

LIMITED EDITION 
HARGA RM45.00 SEM / RM50.00 SS
termasuk poslaju
“Laaa... orang pesan nasi goreng. Yang pergi beli spaghetti tu kenapa?” Elisa tak puas hati bila encik suami balik bawakan spaghetti carbonara.

“Abang ingat sayang suka carbonara, tu yang abang belikan. Kawan abang kata kat situ sedap.”

“Kan pesan nasiiii....” Panjang harakat nasi Elisa sebut. Rasa nak merajuk tiba-tiba.

Encik suami balik kerja lambat sebab jumpa orang. Jadinya, dia malas nak masak. Nak makan kat luar sorang-sorang pun malas. Oleh itu, pesan suruh encik suami bungkuskan nasi goreng seafood. Tapi encik suami pandai-pandai saja tukar pesanannya pada spaghetti. Dah la perut tengah lapar nak makan nasi.

“Dah tu, tak nak makan la spaghetti tu?”

Elisa geleng kepala. Mata sudah membahang. Perut lapar, memang hati cepat saja terasa dan angin cepat saja naik.

“Okeylah! Abang keluar semula beli nasi.”

“Tak payah lah!” Suara Elisa sudah kedengaran lain macam. Suara orang merajuk dan tahan marah.
Encik suami hela nafas.
“Takkan itu pun nak merajuk?”
Elisa mahu berlalu ke dapur. Ingat nak cari apa yang boleh dimasak. Sebab otak dah programkan nasi goreng seafood, tekak tak boleh nak telan spaghetti.
Belum sempat melangkah, tangannya ditarik dan tubuhnya dipeluk.
“Tolong jangan merajuk. Susah abang nak pujuk nanti. Sayang tunggu kejap, abang keluar semula pergi beli nasi yang sayang nak tu.” Satu ciuman singgah di dahinya sebelum encik suami bergerak keluar.
Dan Elisa yang memandang, terus gugur air mata. Marah pada diri sendiriyang mengada tak bertempat. Kesian pada suami yang penat. Baru balik kerja dah kena layan kerenah isteri.
Kalau mama tahu dia buat perangai begini, mahunya berbakul kena bebel.
“Ma.. betullah cakap mama, dia lelaki terbaik buat Lisa.”
WhatsApp 018-9666752

No comments:

Post a Comment