JANJI KEKASIH


HARGA RM22.00 SEM / RM25.00 SS
poslaju RM8.00 SEM / RM12.00 SS
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia di haruskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

KAPTEN FARUQ
Seorang tentera dan maskulinisme tidak dapat dipisahkan. Lelaki itu tenang menghulurkan kakinya mendarat bagaikan burung yang hinggap di ranting. Meluncur indah bagaikan malaikat yang bersayap. Kanopinya menelungkup bagaikan sutera yang berkibar ditiup angin. Sebagai anggota pasukan elit, dia cukup sinonim dengan payung terjunnya.

Lt. ARYANA
Menjadi isteri seorang tentera harus kuat. Menjadi isteri seorang tentera juga harus cekal. Sepi dan ketakutan adalah mainan hidup, namun Aryana bukan hanya seorang isteri tentera. Dia adalah anggota tentera dari pasukan elit Para (Kor Kesihatan Di Raja).

SNIPER (Komando)
Ketenteraan juga mengajar erti setiakawan yang amat tinggi, namun siapa sangka dalam persahabatan terselit rasa cinta yang mendalam.
"Kenapa ya, bila sebut nafkah batin mesti orang fikir tentang jimak? Kenapa tak fikir perkara yang lain? Awak tahu tak.. bila soal batin ni ia adalah tentang hati, tentang perasaan. Bagaimana pernikahan itu sepatutnya menyenangkan, mendamaikan. Bukan tentang jimak je Cat, tapi macam mana antara suami isteri itu saling memuji. Saling menghargai dan saling menerima."


Kapten Faruq Saifullah, menyerahkan cintanya kepada Allah. Saat dia diuji di medan senjata, isterinya diuji di medan derita. Kapten Faruq hilang dalam misinya. Dua tahun menunggu, dua tahun menahan rindu, akhirnya Lt. Aryana memutuskan untuk menentukan takdirnya sendiri.
Persahabatan menjadi musuh apabila cinta yang dikejar menjadi kesakitan yang amat menguji. Cinta Sniper mengundang sengketa Aryana dengan Imani sahabatnya. Enggan meletakkan dirinya dalam rasa serba-salah, Aryana menerima tanggungjawab dalam misi kemanusiaan mangsa taufan di Filipina. Dan muncul Abdullah seorang anggota militan yang misteri. Di mana-mana sahaja, Abdullah kerap menjadi penyelamat yang tidak terduga. Saat dia menjadi musuh kepada kerajaan Filipina dan anggota bersekutu, Lt. Aryana memilih untuk menjadikannya sahabat. Namun ada batas yang menghalang rasa indah itu dari terus bersemi. Abdullah adalah tunangan orang.

"Abdullah, jangan sentuh sesuatu yang bukan hak awak. Kalau awak dapat saya pun, saya takkan maafkan awak sampai mati." - Aryana

"Kenapa awak tak bersungguh-sungguh menentang saya?" - Abdullah
WhatsApp 018-9666752

No comments:

Post a Comment