DIA BUKAN PLAYBOY

DIA BUKAN PLAYBOY
RM25.00 SEM / RM28.00 SS
POSTAGE RM8 SM / SS

Cinta pandang pertama ketika usia remaja membuatkan Anis Sofea terlupa tanggungjawabnya sebagai anak dan khilaf. Bagi Anis, dia sanggup melakukan apa sahaja untuk lelaki itu termasuklah menipu ibunya untuk keluar bersama si dia. Sehinggalah satu peristiwa hitam telah terjadi menjadi punca dia kehilangan orang yang tersayang. Anis Sofea nekad meninggalkan si dia yang dikatakan seorang playboy itu.
Tujuh tahun berlalu, Anis Sofea yang polos dan naif menjadi seorang yang berbeza. Dia menjadi seorang yang lebih berdikari, tegas, mengutamakan keluarga dan paling penting tidak mudah jatuh cinta. Tiada siapa sangka takdir Ilahi menemukan semula Anis dan si DIA dalam situasi yang tidak terjangka. Fendi, si majikan yang tampan dan playboy, muncul dengan versi yang berbeza. Cuma satu yang sama, misinya untuk mendapatkan semula cinta Anis Sofea kembali. Melepaskan Anis Sofea dahulu adalah satu kesilapan yang ingin ditebus semula.
”Saya Anis Sofea binti Yusuf. Selamat datang Encik Fendi.”
”Lebih cantik dari dulu.” Bisik Fendi di dalam hati.
”Maaf Encik Fendi. Saya betul-betul tak sengaja. Lain kali saya akan lebih berhati-hati”
”It’s okey, Anis. I pun tak pernah rasa lagi kena langgar macam tadi. Kalau boleh lepas ni I nak kena langgar lagi. Cuma kali ni terlanggar dari depan pulak.”
Walaupun hatinya bergetar dengan setiap bait-bait kata manis dari Fendi, namun kenangan hitam itu terus membekukan hati seorang Anis untuk menerima Fendi semula. Ditambah pula dengan langau-langau hijau yang mencukupkan rencahnya. Rosnah, Jeslina, Zakuan, tiga serangkai yang berebut mahu melukakan hatinya. Tetapi kehadiran Faris yang sentiasa ada ketika susah dan senang membuatkan Fendi dihimpit rasa cemburu.
”Kau perempuan kampung, jangan nak tunjuk baik kat sini tau! Aku tau siapa kau. Kau tu perosak kebahagiaan orang dalam office ni. Semua lelaki kau nak sapu. Anak bos pun kau nak godakan?”~ ROSNAH
”Kau buat apa di sini, ha! Sekarang jugak baik kau berambus. Dengar sini perempuan kampung, Fendi tu hak aku, faham tak! Hak aku!” ~ JESLINA
”Anis, I tahu you kecewa dan terluka Anis! Please, berilah I peluang untuk I perbetulkan kesilapan lalu! Benarkan hati you terbuka untuk I. I janji I takkan menghampakan you lagi! Izinkan I bertahta di hati you. I akan buktikan segala-gala kata-kata I ni benar.” ~ FENDI
Dikala hubungan hampir pulih, hubungan itu diuji lagi. Persoalannya, mampukah Fendi terus mempertahankan rasa cintanya membina bahagia bersama? Siapakah dalang yang bersubahat dalam cubaan merosakkan maruah Anis? Siapakah PLAYBOY ITU?
atau

No comments:

Post a Comment