DIA DUDA FRESH


BAKI STOK TERHAD!!
DIA DUDA FRESH RM26.00 SEM / RM29.00 SS
RM8 SM / SS

“WAH, cantiknya anak papa!” Umair puji sambil tepuk tangan.

“Tak cantik!” Bentak si kecil pantas. Pantulan wajah dari cermin kecil yang tergantung benar-benar buat wajah comel itu cemberut.

“Ish, cantik ni… nanti kat sekolah, semua cikgu puji sebab tudung Nia cantik.” Umair masih memujuk. Tudung di kepala anak cuba dibetulkan lagi.

“Nia tak nak. Tak cantik!”

Tangan yang asyik menyelak helaian tudung terhenti. Atiya toleh ke arah suara tadi. Spontan Atiya tekup mulut. Patutlah si anak kata tak cantik. Awning tudung yang dipakai duduknya di tengah kepala.

“Tak cantiklah papa. Nia tak nak!” Bentak si anak lagi.

“Cantiklah. Papa tengok Nia cantik sama macam papa dah ni ha...” Umair tetap lembut memujuk.

‘Cantik macam papa?’ Atiya menggeleng. Dari rasa tercuit lucu, hati tiba-tiba terdetik kasihan. Si papa kelihatannya sudah berusaha untuk memberi yang terbaik. Cuma kekangan pengetahuan tentang tudung membataskan usaha itu.

“Tak suka!” Si kecil merungut lagi. Nampak sangat tidak puas hati.

Entah kuasa apa yang mendorong, Atiya atur langkah ke arah dua beranak itu.

“Nak kakak tolong?” Atiya ajukan soalan kepada si anak. Spontan dua beranak itu mendongak. Terpaku ketiganya seketika.

Atiya pegun dengan kecomelan gadis kecil itu. Mata yang bulat dengan kening yang terukir cantik. Hidungnya kecil saja. Paling memikat, kulit putih kemerahan itu. Seperti anak darah campuran. Memang comel!

Si kecil pula tepat memandang Atiya. Di saat dia benar-benar perlukan seorang ‘pakar’ untuk memilih tudung, kehadiran ‘kakak’ ini memang sangat dialu-alukan.

Ketekunan Umair untuk ‘mencantikkan’ sang puterinya terus terbantut. Dari hanya mahu melihat gerangan yang menegur, kini bagai dicuit-cuit pula hati untuk terus mencuri pandang.

“Boleh saya bantu?” Atiya ulang tanya sambil memandang Umair yang sedang merenungnya.

“Err… rasanya saya memang perlukan bantuan dari sis.” Kepala digaru lalu berdiri.

‘Sis?’ Ternaik kening Atiya mendengar panggilan itu. ‘Macam tengah jual beli barang.’ Kutuk Atiya dalam hati.

Sambil mengundur dua langkah ke belakang, paras Atiya dicuri pandang lagi. Manis! Tiba-tiba saja kulit wajahnya membahang.

“Kakak tolong, ya?” Atiya tutur sambil duduk melutut di hadapan anak itu.

“Nia tak suka yang ni. Tak cantik.” Adu si kecil lagi beserta bibir yang dimuncungkan.

“Nama Nia ya? Cantik nama dia…” Atiya hadiahkan senyuman. Nak sangat pipi gebu anak itu dicubit. Tapi takut pula si papa marah.

“Nur Rania.” Gadis kecil itu sebut nama penuhnya pula.

“Oh, Nur Rania...”

“Tudung ni tak cantik!” Sekali lagi aduan dibuat. Bibir mungilnya kembali dimuncungkan sejurus usai berkata-kata. Comel betul bila Rania merajuk. Rasa mahu saja dibawa pulang sehari dua.

Atiya angkat wajah memandang diri si empunya anak. Ada sesuatu yang mencuit hati tentang si papa hot ini. Sempoi saja memakai t shirt hijau yang sudah agak pudar warnanya. Paling menarik perhatian, seluar jeans lusuh dengan kesan koyak di lutut itu. Samada koyak sebab sudah lama dipakai atau ianya sekadar fesyen, Atiya sendiri tidak pasti.

Alang-alang memandang, wajah si papa turut dicuri pandang. Walaweh! Kalau diletak pelakon popular Nazmi Nordin itu di sebelah, pasti Atiya akan ingat mereka adalah kembar seiras.

Orangnya tidaklah terlalu tinggi. Badannya juga tidaklah terlalu sasa. Semuanya sederhana tetapi jantung berdebar lain macam setiap kali memandang. Sebijik macam calon jodoh yang diidamkan!

‘Atiya, suami orang tu!’ Atiya cuba beri amaran kepada diri sendiri. Berani betul pandang suami orang.

“Kakak!” Tersentak Atiya bila bahunya ditepuk Rania.

“Ops!” Spontan tangan menekup mulut. Itulah padahnya mengintai hak orang. Dari ayah hinggalah ke anaknya, semua diteliti. Mujur ibu si kecil ini tidak ikut sekali. Jika tidak, tak pasal-pasal dapat penampar.

“Sini, kakak tolong pakaikan.” Atiya tanggalkan tudung di kepala anak itu. Seketika kemudian, tudung itu cuba dipakaikan semula.

“Tudung ni besar sangat untuk dia. Boleh encik ambilkan saiz yang kecil sedikit?” Atiya meminta kepada Umair yang membisu sedari tadi. Tudung yang baru disauk ke kepala si kecil ditanggalkan semula lalu dipasang ke penyangkutnya kembali.

“Encik, boleh ambil yang saiz kecil dari yang ini?” Atiya ulang lagi bila Umair sekadar membisu.

Wajah dipaling memandang lelaki itu. Opss! Cepat-cepat Atiya pandang ke hadapan semula. Kenapalah asyik berlaga pandang saja. Bahaya betul!

“Oh… nak yang kecil ya?” Umair garu kepala. Termalu sendiri bila terkantoi merenung anak dara orang.
WhatsApp 018-9666752

No comments:

Post a Comment