ANAK KERAK

rm25 sm / rm28 ss
postage RM8 SM / SS

Jom kita layan teaser sikit.
“Kau mahu senang?” pertanyaan Tok Mulong mengasak otak tepunya.
“Mestilah nak Tok, siapa tak nak senang. Hidup susah bukan bahagiapun.” Jawab Hadi dengan sengihan yang panjang.
“Aku nak berkongsi sesuatu dengan kau. Kau mahu?” Soal Tok Mulong.
“Mestilah mahu Tok, apa sahaja yang menyenangkan siapa yang boleh menolak.” Jawab Hadi, dia teruja.
“Aku pun bukanlah senang nak capai kedudukan aku sekarang ni.” Tok Mulong mengulung rokok daun yang dia keluarkan daripada beg sandangnya.
“Sejak bila Tok merokok?” tanya Hadi, sebelum ini dia tidak pernah nampak Tok Mulong merokok.
“Lama dah aku merokok, hanya aku tak tunjuk sahaja. Sikap buruk jangan tunjuk pada anak isteri.” Jawabnya tanpa perasaan. Asap rokok daun berkepul-kepul dihembus ke udara.
“Tadi tok ada cakap pasal Syamil,kenapa ya tok?” tanya Hadi.
“Adalah benda yang aku nak tanya kau pasal dia. Bini Syamil tu anak sulong kan?”
“Setahu saya ya tok.Kenapa?” tanya Hadi,sejak bila Tok Mulong berminat dengan isteri Syamil.
“Syamil tu pun anak sulong, betul?” tanya Tok Mulong lagi. Hadi angguk, pelik pula Tok Mulong ni.
“Ya tok setahu saya macam tu lah.”
“Senang kerja aku, dah lama aku perhati. Susah nak dapat anak sulong daripada kedua ibubapa sulong ni.” Tok Mulong ketawa kecil.
“Apa maksud tok?” Hadi tidak faham, apa kena mengena anak sulong dengan bayi sulong ni semua.
“Kau nak kaya kan?” Tok Mulong pandang wajahnya dengan pandangan aneh, Hadi membalas pandangan itu. Orang tua itu hanya menghembus asap rokok daunnya, tidak pedulikan dia lagi.
“Aku bersusah payah membuat semua benda tetapi hidup aku tidak pernah senang. Sampai satu masa aku jumpa manusia ini.” Tok Mulong menyambung kata, Hadi tekun mendengarnya.

Betul ke Hadi bercakap dengan Tok Mulong tu?
atau
atau

No comments:

Post a Comment