DIA DATO TERLAJAK SENGAL ~ cik tet

HARGA RM38.00 SEM / RM46.00 SS
termasuk postage
Jom layan DINA & DATO ARJUNA


DIA.. DATO TERLAJAK SENGAL



“HEI! Mengelamun ya? Tengah fikir apa tu? Nak kata frust tak dapat teddy bear, dah dapat tadi kan?” Kak Lisa muncul di sebelah aku. Wajahnya berpeluh-peluh. Mesti baru lepas lawan game.

“Mana ada Dina mengelamun, kak uda ni.” Aku pandang lagi ke tengah kolam. Kanak-kanak masih bermain air.

“Ialah tu. Ramai tau yang makan hati tadi bila tengok Dina dapat sweet bear tu. Ada acara renung-merenung lagi.” 

Terkejut juga aku. Habislah aku kali ini. Jadi bahan umpatanlah nanti.

“Alah kak, apa kata dia orang pada Dina nanti? Bukannya Dina sengaja. Dina cuma teringin sangat nak dapat beruang comel tu.”

“Sampai sanggup goda si dia tu?”

“Itu bukan goda kak uda, itu usik namanya, tapi dia yang mudah sangat nak cair dengan Dina.”

“Amboi, kemain lagi. Sukalah ya bila dah dapat apa yang dihajati?”

“Mestilah suka. Dah lama Dina teringin nak ada patung beruang yang besar macam tu.”

“Tuan dia tak teringin ke?” Celah Kak Lisa dalam senyuman.

“Apa kak uda ni? Dengar dekat orang lain nanti, malu Dina.” Aku jeling sekeliling. Nasib baik yang ada dekat sini sekarang, cuma isteri-isteri pekerja yang bukan bekerja dekat syarikat tu. Kalau depan pekerja Arjuna, memang aku malu sangat kalau mereka dengar apa yang Kak Lisa cakap tadi.

“Nak malu apa. Ni, uda suruh Dina pergi padang. Kita orang nak lawan bola tampar pantai. Jom.” Tangan aku ditarik supaya berdiri.

“Bola tampar? Tak naklah. Sakit tanganlah main benda tu.” Sudah lama aku tak main bola tampar ni. Last aku main masa aku sekolah menengah dulu.

“Alah, jomlah. Mereka dah tunggu tu. Dina belum masuk apa-apa acara pun lagi kan hari ini? Dah, cepat.” Kak Lisa terus tarik tangan aku sebaik saja aku bangun berdiri. Aku hanya menurut dengan satu keluhan. Malasnya.

Di tepi pantai, mereka yang lain sudah sedia menunggu dalam gelanggang. Arjuna juga turut berada bersama dengan Abang Syah, Linda dan seorang lagi budak lelaki yang lain. Nampaknya aku satu geng dengan Arjuna. Tapi kenapa mata Arjuna pandang aku semacam saja? Ada yang tak kena ke? Ke dia tak suka aku masuk kumpulan dia?

Ketika Abang Syah sedang memberi penerangan kepada semua orang, aku perasan ada tangan yang sedang menurunkan lipatan kaki seluar track aku yang tadi aku lipat sehingga ke paras lutut. Terkejut dengan sentuhan itu, aku terus menunduk.

Hampir pecah dada aku bila melihat Arjuna dengan aksi selamba dan bersahajanya sedang menarik kaki seluar aku ke bawah. Dah macam sedang lipat kaki seluar anak dia je. Biar betul mamat ni. Berani dia buat semua tu depan orang ramai ini.

Aku jeling sekeliling. Memang banyak mata yang sedang memerhati tetapi mereka hanya buat tak tahu walaupun jelas muka tak puas hati dalam diri setiap mereka tak kira lelaki atau perempuan. Bila aku pandang muka Abang Syah, ada senyuman sinis di bibirnya. Ahh, sudah. Abang Syah dah salah faham ke? Aku menggeleng perlahan ke arah Abang Syah, tapi Abang Syah dah sambung balik penerangan dia. Habislah.

“Betis yang tengah bunting tu tak payah nak tunjuk dekat orang. Orang tak terliur pun kalau tengah bunting macam tu.” Ucap Arjuna apabila dia kembali berdiri.

Terkedu aku. Sempat lagi dia kenakan aku. Memang sengal gila mamat ni. Bukannya aku saja nak tunjuk betis aku ini, tapi kenapa pula dia nak ambil kisah?

“Saya tak suruh awak pandang pun..”

“Kalau dah terpampang depan mata macam tu, semua orang pun akan pandang, Dina.” Begitu tajam sekali anak matanya menusuk ke hati aku.

“Bukannya saya sengaja nak tayang, saya terlupalah. Kak Lisa tarik dengan tergesa-gesa tadi. Orang lain tak pandang pun, awak je yang pandang. Maknanya awak seorang jelah yang terliur dengan betis bunting padi saya ni. Cakap tak terliur tapi pandang jugak.” Aku menjawab laju.

“Kalau orang tegur untuk kebaikan, boleh tak kalau mulut tu jangan menjawab?” Suara yang sedikit tegas itu membuatkan aku segera menunduk. Apa ni, nak marah-marah pula.
Permainan dah nak bermula. Aku tanggal sandal di kaki untuk kesenangan aku bergerak di atas pasir pantai.

“Sandal tu nak tinggal kat siapa?” Baru saja nak masuk gelanggang, suara itu menahan langkah aku.

“Pakai sandal tu, Dina.” Kata-kata yang berbaur arahan keluar lagi dari mulutnya.

“Tak nak. Nanti susah nak bergerak.” Aku terus masuk gelanggang dan berdiri di tempat aku.

“Pakai sandal ni.” Arjuna muncul di sebelah aku. Selipar aku yang ada di tangannya diletak ke tanah. Kenapa dengan dia ni? Buat aku ni macam anak dia saja.

“Tak nak. Tak selesa nanti nak bergerak.”

“Jangan degil, boleh tak?”

“Tak boleh.”

Arjuna mengeluh kasar. Kepalanya diraut berkali-kali.

“Permainan bermula!” Laungan dari Abang Syah memberi ruang untuk aku lari dari Arjuna yang tengah bengang. Aku bersedia untuk membuat pukulan. Walaupun dah lama tak main benda alah ini, tapi aku masih ingat lagi serba-sedikit cara permainannya.

Namun apa yang aku nampak, kami main bedal je. Tak ikut peraturan pun. Kedudukan pun dah berterabur. Mana yang depan dah jadi ke belakang. Siapa sepatutnya yang ada di belakang dah ada dekat dengan net. Gasak jelah. Nak suka-suka je pun.

“Dina, bola!!” Satu laungan membuatkan aku terus mencari kedudukan bola.

Aku berundur ke belakang untuk memukul bola yang berterbangan laju ke arah aku. Bola aku dapat pukul dengan baik tapi aku gagal dalam mengawal tubuh aku yang mengundur laju ke belakang menyebabkan aku berlanggar dengan orang di belakang aku. Aku dapat rasakan ada pautan tangan pada pinggang aku, namun tak sempat nak berbuat apa-apa, aku dan si dia sudah jatuh terbaring di atas pasir pantai yang memutih.

“Aduh!!”

“Dina!” Abang Syah berlari mendapatkan aku bila dengar aku menjerit, namun ada sepasang tangan sasa lain yang terlebih dahulu menyambar pergelangan kaki kanan aku yang terasa sakit dan ngilu. Pedih. Kaki aku dibelek dan ditilik. Berkerut muka aku menahan pedih bila Arjuna menekan bahagian tumit. Titisan berwarna merah menyapa pandangan mata aku. Mesti kaki aku terluka akibat terkena kulit cengkerang yang ada dalam pasir.

“Uda, kaki Dina luka.” Aku merengek perlahan. Abang Syah dan Kak Lisa melutut di depan aku dengan wajah cemas.

“Kenapa tak pakai sandal? Kan bahaya.” Abang Syah bersuara di sebelah aku.

“Gib!” Arjuna melaung nama seseorang. Tegas sekali dengan mata yang hanya tertumpu pada kaki aku. Aku perasan, seorang pemuda berbadan tegap yang tadi hanya berdiri di luar gelanggang berlari ke arah resort.

“Kita duduk sana dulu.” Tunjuk Abang Syah ke arah kerusi simen yang aku duduk malam tadi. Aku cuba untuk bangun, namun tangan Arjuna masih di kaki aku. Aku tarik, tapi dia langsung tak lepas. Aku tagih simpati Abang Syah.

“Dato’, kita bawa Dina ke..” melopong mulut Abang Syah bila dengan tiba-tiba saja Arjuna saut tubuh aku dan dibawa ke meja yang ditunjuk Abang Syah. Aku dah tak terkata. Terkejut dengan tindakan drastik Arjuna. Abang Syah silap cakap atau Arjuna yang salah faham? 

Dengan bersaksikan berpuluh pasang mata, Arjuna begitu tenang mencempung aku seolah-olah aku ini anak kecil yang cedera semasa bermain.

Tubuh aku diletak ke atas meja, bukan lagi di atas kerusi. Malunya bila begitu ramai yang memandang, namun mulut aku terkunci terus untuk bersuara. Pemuda bertubuh tegap tadi muncul bersama dengan satu kotak first aid di tangan. Sekali lagi kaki aku dibelek Arjuna. Dia cuci luka, sapu ubat dan balut tumit aku yang luka. Abang Syah dan Kak Lisa hanya memandang. Aku tahu dia orang masih terkejut dengan aksi Arjuna. Aku pun.

“Sakit.”

“Tahu pun sakit. Lain kali, kalau orang cakap untuk kebaikan tu, tolong dengar. Susah sangat ke nak faham? Degil tu dari kecil sampai besar memang tak pernah nak berubah. Degil tak bertempat.” Tegasnya kata-kata dia membuatkan manik jernih kembali mengalir di pipi aku. Kenapa dia marah sangat? Abang Syah tak kata apapun.

“Menangis! Kena tegur sikit menangis. Murah sangatlah air mata tu?” Arjuna pandang aku tajam sebelum dia bangkit berdiri. 

“Syah, saya minta maaf.” Arjuna berlalu pergi dengan muka tegang. Aku hela nafas lemah dan geram. Memang salah aku sebab tak dengar cakap dia. Tapi apa maksud kata-kata dia tadi? Dari kecil sampai besar, tak pernah nak berubah. Mana dia tahu pasal diri aku? Dah banyak sangat pasal aku yang dia tahu ni. Lagi satu, kenapa bila dia marah aku menangis tadi, kata-katanya itu begitu dekat sangat dengan hati aku?

“Dina okay ke?” Kak Lisa sentuh bahu aku. Aku terus mengangguk.

“Dahlah, tak payah nak menangis lagi, buruklah muka.” Kak Lisa sapu air mata di pipi aku. “Jahatlah Juna tu buat adik akak ni menangis.”

“Memang dia jahat.” Aku menjawab geram.

“Apa kena dengan Juna tu ya?” Abang Syah bersuara pelik. Mata masih mengekori langkah Arjuna dan pemuda bertubuh tegap tadi.

“Mana Dina tahu. Boss uda tu memang pelik. Suka sangat buat sesuatu yang diluar jangkaan. Suka-suka dia je nak marah Dina. Dina malu dengan semua orang.”

“Mana uda nak tahu dia akan dukung Dina depan uda. Uda rasa ada yang tak betul dalam diri Juna.”

“Apa yang tak betulnya?”

Abang Syah tak jawab soalan aku tapi dia dengan Kak Lisa saling berbalas pandang.

atau
WhatsApp 010-4398892

No comments:

Post a Comment