Dia Yang Bernama Adam ~ Dilla Ahmad

Pre order sehingga 25 Jan 2017

LIMITED EDITION

DIA YANG BERNAMA ADAM ~ Dilla Ahmad 

HARGA RM35.00 SEM / RM41.00 SS
termasuk postage


TEASER
“Apa?” Tanyaku, bila dah terpandang dia asyik merenungku. Baju kurung aku tak kena ke? Ada yang koyak ke? Rambut aku kusut-masai ke? Aku dah tunduk memandang diri sendiri.

“Tak ada apa. Kau nampak cantik.” Balas Adam selamba. Aku tersengih. Sengal jugak Adam ni kadang-kadang.
“Kau baru tahu ke?” Tanyaku pula, sengaja nak buat sengal jugak, sambil tersenyum. Mata itu bagai tersenyum merenungku.
“Nur Balkis. Kau sendiri tahu hati aku, kan?” Dia sudah bagi jelingan menawan dia kat aku.
“Simpan aje hati kau tu, Adam. Mak ngah tak suka kau berkawan dengan aku. Kita kena terima hakikat tu.” Balasku, dengan muka bersahaja.
Adam menghela nafas dan diam beberapa ketika. Aku jeling sekilas dekat dia. Nampak macam dia sedang mengelamun.
Pintu lif terbuka dan dia menyuruh aku masuk dulu. Aku mendakap fail-fail ke dada.
“Kau sukakan aku tak, Nur Balkis?” Tanya Adam tiba-tiba. Kepalaku tertoleh padanya bila mendengar soalan drastik Adam itu.
Aku tak segera menjawabnya. Otakku cuba mencari ayat untuk aku susun agar dia tidak terasa kecewa sangat. Adam baik untukku. Aku tahu dia mampu menjaga hatiku. Cuma aku sendiri tak tahu apa yang aku rasa terhadap dia. Dan lagi, mak ngah tak suka dia berkawan rapat dengan aku!
“Kau sepupu aku, Adam. Tentulah aku suka engkau. Tak. Aku sayang engkau.” Ucapku, perlahan sambil tersenyum padanya. Mata Adam redup memandangku.
“Tapi bukan macam aku sayang kau, kan?” Tanya Adam lagi, meneliti wajahku. Aku rasa mukaku terasa panas aje. Dah kenapa pulak ni?
“Mama mungkin cuba nak pisahkan aku dengan kau. Tap dia tak boleh nak pisahkan sayang aku pada engkau, Nur Balkis...”
*adakah Adam dan Balkis berjodoh?


WhatsApp 010-4398892

No comments:

Post a Comment