Dikaulah Seluruh Cinta ~ Adnil Zaff

“Tok imam, tolonglah nikahkan mereka. Saya

wakilkan kepada tok imam aja. Dia gugup tengok saya
agaknya,” ucap Tan Sri Fahamin sambil ketawa kecil.

“Itu belum lagi tengok anak kamu masa malam

pertama nanti. Jangan dia lari udah le...” sambut tok kadi itu
selamba. Tan Sri Fahamin terus ketawa mendengar bicara
lelaki sebayanya itu. Fatyma menekup mulut cuba untuk
tidak ketawa saat Imran menoleh kepadanya.

“Ha! Sini derah. Nak nikah pun susah. Kamu tak

sambut akad ni elok-elok, jaga kamu. Kalau kamu tak ingat,
mari aku nak ingatkan. Aku ni selain tok kadi, mudim pun
aku juga. Tak lepas lafaz akad ni, aku sunatkan kamu sekali
lagi. Bagi lagi kontot anu kamu tu.”

“Isy! Janganlah, tok. Kalau tok punya pun kontot

sama, tak apa juga. Saya ni malam pertama pun belum,”
getus Imran lantas memandang dua lelaki di tepinya. Dua
lelaki itu tergelak geli hati melihat dua lelaki itu terus
bertelagah.

“Tengin betul kamu ni! Ragam kamu ni memang

sama macam arwah apak kamu. Suka benor loyar buruk!”
ujar lelaki tua itu. Dia tidak tahan mahu ketawa.

“Telinga tu pasang. Dengar baik-baik akad ni.

Sambut jelas-jelas. Tak ada tergagap-gagap. Tahu?” tekan tok kadi itu bersungguh. Imran segera mengangguk.
WhatsApp 010-4398892

No comments:

Post a Comment