Tajuk : Cukup Derita Itu
Harga : RM38.90 sem / RM41.90 ss
+ poslaju RM10.00 SEM / RM12.00 SS
+ poslaju RM10.00 SEM / RM12.00 SS
SINOPSIS
Ellani dan Ellana, kembar seiras yg tinggal bersama mak ngahnya selepas
kematian ibubapa mereka. Mak Ngah Gayah membezakan kasih sayangnya.
Ellana dilayan bagaikan puteri. Sedangkan Ellani diperlakukan tidak ubah
seperti hamba abdi.
"Kenapalah kau tak mati ikut mak kau! Kau
ni memang menyusahkan aku! Dahlah hidup merempat! Buat tak sedar diri
pulak! Kalau kau berani lagi melawan aku. Aku sagat2 muka kau dengan
berus dawai! Biar jadi hodoh! Dasar budak tak guna!" hamun Mak Ngah
Gayah.
Sedih. Menangis. Tak setitis pun air mata Ellani keluar.
Untuk apa? Itulah rutin hidupnya. Maki hamun, pukul dah sebati dalam
dirinya. Nak menangis? Berbaloi ke? Dapat raih simpati mak ngah? Jangan
harap!
Zarul Zahran lelaki tampan yg berkerjaya sebagai seoang
pensyarah. Cinta pandang pertama pada Ellana membawa mereka hampir ke
gerbang perkahwinan. Takdir menentukan segalanya. Zarul ditimpa
kemalangan Ellana bolehkan mati dalam hatinya.
Dalam Ellani
melalui kemelut hidupnya, Kasih lelaki ini bolehkan beralih padanya.
Adoi! Serasa nak gugur jantung Ellani dibuatnya. Cinta? Kasih? Apa
semuanya ni? Ellani sukar untuk menerimanya. Lelaki yg hampir menjadi
abang iparnya bolehkan jatuh hati dengannya. Pelik!
Namun, demi
kebahagiaan seorang yg telah dianggap seperti ibu, Ellani akur dengan
ketentuan jodohnya. Zarul Zafran akhirnya menjadi suaminya. Berbagai
onak dan duri dilalui.
Dendam yg berlingkar dalam hati mak ngah
dan Ellana menambahkan derita dalam hidup Ellani.Kasih Zarul kembali
beralih pada cinta pertamanya. Pengorbanan Ellani tidak dihargai. Ellani
di seksa. Jiwanya merana.
"Ellani Binti Rashdan, aku Zarul
Zafran Bin Dato' Azli ceraikan kau dengan talak satu! Kau keluar dari
rumah aku. Hak penjagaan anak-anak aku serahkan sepenuhnya pada kau!
Hebat lelaki ini! Hanya melalu SMS dia menjatuhkan talak pada Ellani. Menggigil Ellani membacanya.
"Allahuakbar! Mak kenapa dia buat Lani macam ni mak! Kenapa dia hina
Lani sampai macam ni sekali? Apa dosa Lani? Ya Allah! Kuatkan aku Ya
Allah!. Kuatkan imanku menghadapi dugaan Mu ini! Raungnya.
Ellani..cukup derita itu! Cukup derita itu! Dia bagaikan
terdengar-dengar suara arwah emaknya dan itulah juga kata-kata yg
dijerit dalam hatinya.
No comments:
Post a Comment