Aydania by Hana (HE)


Lagi 8 HARI tempoh bayaran untuk AYDANIA. Baki AYDANIA tgl 59 BUAH lg. 
Lepas hbs baki yg tgl, SOLD OUT. :-)
RM38.00 SEM / RM45.00 SS
termasuk pos

Tidak masuk mana2 kedai. Hanya dijual secara online. Penghantaran awal MEI 2017.
Aydania by Hana (HE)
****
“Kita tak sesuai. I dengan you, takkan
boleh jadi pasangan bercinta.”
“Kenapa?” Aydania masih tidak puas hati.
Melihatkan Aydan bagaikan tergeliat lidah
hendak membalas, fikiran Aydania mula bekerja.
Aydan mempertikaikan status mereka berdua
sebagai pensyarah dan pelajar. Mungkinkah
Aydan berat hati hendak menerima dia atas
faktor usia? Lambat-lambat Aydania buka juga
mulut untuk bertanya.
“Aydan tolak saya sebab saya lebih tua
daripada Aydan kan?”
Aydan geleng sambil seluk kedua-dua
belah tangan ke dalam poket.
“I tak suka ada kawan perempuan.” Jujur
pengakuan Aydan.
Hakikat yang Aydan sahaja yang tahu.
Selama ini hidup dia cuma ada Amanda. Dia
boleh menerima Amanda kerana mereka sudah
saling mengenali. Aydania? Rasanya itu masih
terlalu jauh.
Aydania tersentak dengan jawapan
daripada Aydan. Aydan tak suka ada kawan
perempuan, bukankah itu bermakna yang..
“Are you gay, Aydan?” Terlepas soalan tak masuk akal itu di bibir Aydania.
Langsung terlupa yang Amanda dan Datuk
Roziah itu pernah muncul dalam hidup lelaki
itu. Jadi mungkinlah tuduhan dia itu agak tak
berasas. Malangnya bila mulut sudah terlebih
dahulu menderhakai tuannya sendiri.
“I can make you pregnant if you want,
Ms. Nia. Berhentilah fikir yang buruk-buruk
tentang I.”
Aydan senyum sinis dan berlalu. Cuma
fikiran Aydania saja yang mula berangan jauh.
Dia dan Aydan.. berkahwin dan punya
anak. Bukankah itu ‘sweet’ namanya?
Dush! Stop it, Nia. Jangan nak berangan
kalau Aydan sendiri pun nampak terang-terang
menolak kau.
Note : Buku dh proses dkt kilang. :-)
email : mybizsantaishop@gmail.com
atau
WhatsApp 010-4398892

No comments:

Post a Comment