NOVEL PEMBANCUH KOPI MR VAMPIRE

ADAPTASI DRAMA

STOK TERHAD!!
NOVEL PEMBANCUH KOPI MR VAMPIRE
RM25.00SEM / RM28.00 SS
POSLAJU RM8.00 SEM / RM13.00 SS
Melotot mata Nuzul membaca memo tersebut. Bila masa aku menggoda, memikat dan menggatal dengan pelanggan? Melampaunya tuduhan dia!
Laju Nuzul menggelengkan kepalanya. Membantah keras kenyataan itu.
Irsyad mengerutkan dahi. Gelengan Nuzul menunjukkan gadis itu tidak berpuas hati dengan amarannya. Sekali lagi dia menconteng lebihan kertas yang ada. Menulis satu lagi memo.
Second warning
Don’t argue with me!
Aku nampak semuanya dgn jelas.
BENANG YANG BASAH TAK BOLEH DITEGAKKAN!!!

Nuzul terngadah. Oh, Tuhanku! Benang yang basah tak boleh ditegakkan! Bila masa pulak aku cuba menegakkan benang yang basah? Perkataan menggoda dan memikat pelanggan pun tak pernah terlintas dalam kepala aku ni. Apesal dapat warning sampai dua kali? “Encik Alif....”
“Jangan sampai amaran ketiga keluar. I’m your boss, remember?!” cantas Irsyad sebelum sempat Nuzul menghabiskan ayatnya.
Okay, whatever! Bentak Nuzul dalam hati. Terpaksa mengalah.

“Encik Alif....”
Demi mendengar suara Nuzul yang masih mahu memprotes, Irsyad lantas tunduk. Bersedia untuk menulis amaran yang seterusnya.
Nuzul yang terkejut pantas menekup tangan atas kepingan kertas. Menghalang tulisan Irsyad yang berbaur ancaman kepadanya.
Irsyad terkedu.

“I don’t want to argue with you. Saya terima dan faham amaran encik tadi. Sekarang saya nak tanya, encik nak pesan apa? Makan, minum? Remember, first warning. Be a professional waitress. Sekarang saya nak jalankan tugas saya,” jelas Nuzul supaya Irsyad tidak tersalah faham. Puas hatinya dapat menyindir lelaki itu.
Irsyad menyerahkan pen dan kertas yang di‘rembat’nya tadi. Dia kemudian bersandar ke kerusi. “Kalau kau nak jadi pekerja contoh yang dengar cakap bos, kenapa tak ikut arahan aku yang paling utama?”
Nuzul terlongo. Arahan apa yang dimaksudkan? “Errr... arahan apa ya?”
“Arahan yang berbunyi, jangan berkeliaran depan mata aku.”
“Oh....” Nuzul baru sedar. Terkena lagi dia kali ini.
“Panggil pelayan lain ambil pesanan aku.”
“Dengan senang hati, Encik Alif.” Nuzul memaniskan wajah sebelum beredar. Saat membelakangi lelaki itu muka Nuzul berkerut-kerut menahan geram. Hidungnya kembang kempis menahan nafas sesak. Radang hatinya diperlakukan demikian.
Confirm lelaki ini ada penyakit MPD! Wujud dua watak manusia yang berbeza dalam diri dia. Seorang bersikap dingin, bengis dan bongkak. Seorang lagi bersikap relaks, protective dan romantis. Yang pasti Encik Alif di depan aku tadi langsung tak ingat apa yang berlaku malam itu! Nampaknya, terpaksalah aku serahkan payung yang aku simpan tu pada ‘kembar’ Encik Alif!

Tapi, bila masanya lelaki itu nak muncul?’ Soal benaknya yang telah menyimpulkan bahawa Irsyad memang mengalami penyakit kecelaruan identiti. Masalah mental dan emosi yang amat rumit.
Nuzul menulis sesuatu atas notis-notis amaran Irsyad.

Mr. Vampire!
WhatsApp 010-4398892

No comments:

Post a Comment