Jadikanlah Dia Jodohku

HARGA RM30.00SEM / RM33.00 SS
POSTAGE RM8.00 SEM / RM11.00 SS
“Miss... Miss...” Danny mengatur langkah ke arah
Qilla.

“What?” Sergah Qilla dengan kasar sebaik sahaja
menghentikan langkahnya dan menoleh ke arah
Danny. Wajahnya masam mencuka. Danny menelan
liur seketika.

“I just... I just want to give you this. This is not mine.”
Ujar Danny sambil menunjukkan sesuatu di depan
muka Qilla. Sempat pula Danny mengukir senyum.
Sebaik sahaja mata Qilla memandang benda yang
ditunjukkan oleh Danny itu, terus wajahnya bertukar
warna merah. Pantas tangan Qilla mencapai benda itu
dan memasukkannya ke dalam plastik.

“Thank you.” Ucap Qilla yang sudah malu nak
memandang wajah Danny.

“You are welcome.”

Qilla terus berlalu.

“Miss, have a nice day!” Danny mengukir senyum
sebelum masuk ke dalam kedai itu semula.
Dalam masa yang sama, Qilla terus melangkah
menuju ke tempat parkir keretanya. Alat penggera
kereta Toyota Viosnya ditekan dan dia terus membuka
pintu kereta. Plastik yang berisi barang-barangnya tadi
di letakkan di kerusi sebelah.

Aduh! Malunya. Apasal si mamat tu yang bagi
benda alah ni? Apa yang dia fikir agaknya? Ini, Zana
punya pasal. Kirim kat aku benda ni. Terbayang di
matanya mimik muka lelaki itu sewaktu menyerahkan
paket tuala wanita jenama Kotex yang dia tercicir di
dalam kedai tadi. Qilla menghantukkan dahinya ke
streng kereta.



WhatsApp 010-4398892

No comments:

Post a Comment