Please Dont be Gelojoh

HARGA RM28.00SEM / RM31.00 SS
POSTAGE RM8.00 SEM / RM11.00 SS
Wanda Asmalinda, gadis manja. tapi gedik. Keluarganya pun kadang-kadang tak sanggup melayan. Cuma, jadi anak kesayangan ayah memang punya serba kelebihan. Jadinya, dia buat tak kisah aje apa yang kakak atau emaknya cakap.
 
Dalam hidup Wanda, cuma satu yang jadi kegusarannya. Jodohnya tidak sepantas rakan-rakan sebayanya walaupun dia punya rupa yang cantik dan menarik. Nampaknya dia perlu lakukan sesuatu sebabnya dia tak sanggup gelaran ANAK DARA TUA terlabel pada dirinya nanti.
 
“Abah cakap dengan Wanda dulu, cari orang yang suka kita. Jangan terhegeh-hegeh. Habis tu kenapa tak bagi Ikhwan datang ke sini dengan keluarganya?”~ Wanda
 
Kalau orang tua membantah, pasti ada sebabnya. Namun Wanda sudah nekad. Bukan senang nak cari lelaki sebaik Ikhwan.
 
“Sayang, lepas kahwin nanti saya nak awak berhenti kerja. Jaga mama.” ~ Ikhwan.
 
Hanya kerana Wanda membantah, hilang terus sifat romantis Ikhwan. Tak disangka Ikhwan ada agenda lain. Bukan isteri yang Ikhwan cari. Tetapi, seorang penjaga yang boleh menguruskan mamanya yang sedang sakit. Wanda nekad untuk berpisah. Dia mahu seorang suami. Bukan seorang pengganas.
 
“Selamat tinggal Ikhwan. Jangan datang lagi dalam hidup aku…” ~ Wanda
 
Bersama kata-kata itu Wanda cuba berubah untuk menjadi lebih matang. Dia tidak mahu lagi menjadi beg pasir. Sekarang hatinya hanyalah untuk kerja, kerja dan kerja. Namun tidak mudah untuk Wanda menetapkan pendirian. Sesekali terkeluar juga perangai gediknya. Kali ini dia tersilap. Zulfri bukan seperti Ikhwan.
 
“Kalau dengan perempuan cepat perasan macam kau ni, tak jual minyak pun tak rugilah. Kau ingat kau Miss World ke? Perasan!”~ Zulfri.
 
Mendengar kata-kata sinis Zulfri setiap hari membuatkan Wanda semakin kebal. Dia semakin pandai mengawal perasan dan lebih matang dalam membuat keputusan. Namun jauh di sudut hati masih ingin dan sangat ingin berumahtangga.
 
Dapatkah dia melucutkan gelaran CIK yang disandang? PLEASE DON’T BE GELOJOH. Cepat atau lambat 

WhatsApp 010-4398892

No comments:

Post a Comment