Selamanya di Sisiku ~ Dhila Asyfa


SELAMANYA DI SISIKU 
RM22.00 SEM / RM25.00 SS
belum masuk postage



Aku tertunduk. Belum sempat aku kuis hujung mata, pintu bilik dikuak semula. Aku cepat-cepat paling ke almari semula. Hujung baju aku tarik, tepis air mata yang tiba-tiba turun tanpa paksa.
“Saya minta maaf, tak ada niat nak buat hati awak sakit. Dafina.” Elman berhenti berkata-kata. Aku cuba senyum. Senyum untuk menutup perasaanku kala ini.
“Tak ada apalah.” Aku paling. Ya, bibir berjaya juga tersenyum walaupun aku tidak pandang Elman lama. Aku menuju ke bahu katil.
Aku tidak tunggu Elman menyambung kata-katanya. Tidak mungkin dapat kait semula luka di hati ini. Aku segera rebahkan badan di atas katil. Sempat pandang Elman sebelum aku tarik selimut ke badan.
“Awak tak nak makan?”
Aku geleng. Mata hanya memandang siling bilik. Elman masih berdiri di muka pintu.
“Temankan saya makan?”
“Saya dah mengantuk.”
Aku baring mengiring. Sesaat kemudian kedengaran pintu bilik ditutup kemas. Aku tidak mahu hati ni rasa tawar. Aku tidak mahu rasa cinta aku kepada Elman semakin pudar.
Entah kenapa perilaku Elman yang buat aku mahu berputus asa. Buat apa aku jadi isteri dia jika dia menganggap aku seperti orang asing. Aku tarik selimut, menutup pipiku yang mula basah dengan butir jernih. Kenapa aku menangis? Elman perlukan masa, jangan menangis Dafina. Elman akan kembali. Dia akan kembali seperti dahulu.
•••••
Berminat nak tahu selanjutnya? .... dptkn novel ini segera...



email : mybizsantaishop@gmail.com
atau
WhatsApp 010-4398892
atau
 KLIK SINI UTK ORDER FORM

No comments:

Post a Comment