Bunga Terakhir ~ Muhammad Fatrim


BUNGA TERAKHIR 
HARGA RM24.00 SEM / RM27.00 SS
belum masuk postage



“Hai Juwita, ingat saya lagi?” tanya Bazli yang tadinya serba salah menegur.
“Awak ni Bazli, takkanlah boleh lupa pula...” Juwita menjawab sambil mengelus rambutnya yang ikal mayang.
Bazli ketawa kecil.
Juwita pandang Bazli, “Budak nakal yang selalu buat saya nangis, ejek saya tomboi macam lelaki,” sambung Juwita.
“Kuatnya memori awak, boleh pula ingat lagi. Hahaha...” Bazli ketawa sendiri.
Juwita memandang Bazli, “Awak ni, kenapa tak kahwin lagi? Dulu ramai betul orang minat awak kan masa sekolah,” tanya Juwita, cepu emasnya soalan.
“Belum sampai seru lagi, nak buat macamana... awak?” tanya Bazli pula. 
Kau.. sempurna bagiku..
Tak kurang sesuatu..
Kau terima apa adaku.. 
“Bazli, Excuse ya...” Juwita memberi isyarat pada Bazli untuk menjawab panggilan telefon itu dan meninggalkan Bazli di sana.
Sementara itu Puan Julia dan Puan Munira yang berada di dapur sibuk bercerita tentang Bazli dan Juwita.
“Nampak sesuai Bazli dan Juwita tu kan?” Puan Julia sengaja memulakan cerita.
“Awak pun perasaan ya Puan Julia. Anak saya tu okey saja, kalau saya cakap mesti dia nak punya. Lagipun dia tu hanya bercinta dengan kerja dia memanjang lepas lama menduda. Anak awak pula macamana Puan Julia?” tanya Puan Munira.
“Anak saya pun sama, sibuk di butik dia tu mengalahkan menteri. Ala, duda-duda anak awak pun saya tengok okey lagi. Jangan risaulah.”
“Kalau kita jodohkan mereka berdua tu mesti bagus. Kita berbesanlah ya...” Puan Munira sakan bercerita.
Juwita yang kebetulan lalu di situ mendengar kata-kata ibunya dan Puan Munira. Tiba-tiba saja dia risau. Ada sesuatu yang bermain-main dalam kepalanya, ini semua takkan dibiarkannya terjadi! Kemudiannya sambil berjalan dan memikirkan perbualan yang baru didengarinya, Juwita rasa pandangannya berpinar-pinar dan kepalanya seakan pening. Juwita memegang tiang di depannya tetapi akhirnya matanya tertutup.
Bazli yang kebetulan mahu ke dapur memandang Juwita dari jauh, dia melihat Juwita tiba-tiba terjatuh.
“Juwita!” teriaknya.
Puan Munira dan Puan Julia terkejut dengan teriakan Bazli yang agak kuat, mereka keluar dari dapur. Mereka terkejut melihat Juwita pengsan di sana.
“Juwita, bangun nak.. Juwita.. bangun nak.. bangun...” Puan Julia kelihatan risau, dia memandang Puan Munira.
Bazli sampai di sana, “Mama, ambil air masak dalam gelas,” arah Bazli.
Segera Puan Munira ke dapur dan membawa segelas air.
“BismillahIrahmanIrrahim.. wamai yattakillah.. ha yajAllahumakraja...” Bazli membaca Ayat Seribu Dinar dan kemudian merenjis air di wajah Juwita. Perlahan-lahan Juwita membuka matanya.
“Juwita tak apa-apa?” tanya Puan Julia yang masih risau.
“Tak ma, Juwita penat sikit saja, kita balik ya ma,” pinta Juwita.
“Okey, okey, kami balik dulu ya Puan Munira, Bazli, terima kasih ya.” Puan Julia mengucapkan terima kasih, Bazli dan Puan Munira menemani mereka hingga ke kereta.
Bazli senyum-senyum sendiri, tidak sedar perlakuannya itu diperhatikan ibunya sebaik Juwita dan ibunya beredar.
Puan Munira menguis lengan anaknya, “Suka?” tanya Puan Munira sambil angkat-angkat kening senyum penuh makna.
“Tak adalah, apalah soalan mama ni.” Bazli menafi.
“Baik. Kalau macam tu tak payahlah mama dan aunty Julia bincang lagi.” Puan Munira sengaja menarik perhatian Bazli.
“Mama nak bincang apa?” tanya Bazli ingin tahu.
Puan Munira masuk ke dalam, sengaja tak menjawab. Bazli pula terkocoh-kocoh mengejar ibunya.
“Mama!”
“Tunggulah masanya. Dah, mama nak masak ni.” Puan Munira terus ke dapur.
“Assalamualaikum?” seseorang memberi salam.
“Waalaikumsalam..” Bazli menjawab sambil memandang Mira adik perempuannya yang baru balik kuliah.
“Siapa yang datang tadi?” tanya Mira apabila melihat ada gelas yang belum dibasuh.
“Bakal kakak ipar kamu.” Puan Munira terus menjawab.
“Mama!” Bazli segan-segan.
“Kakak ipar? Wah! Baguslah, tak lama lagi meriahlah rumah kita ni dengan kanak-kanak kan ma?” Mira sengaja bergurau.
“Dahlah, Bazli nak naik bilik. Mama dan Mira ni memang sengaja mengusik Bazli.” Bazli mengherot mulut.
“Ala abang ni, macam anak dara nak naik bilik bagai.” Mira mencelah.
“Malu tapi mahu lah tu..” Puan Munira menambah lagi.
“Mama!”
Bazli geleng kepala memandang mereka yang sedang ketawa dan terus naik ke biliknya, tapi dalam hati dia senyum sendiri, hatinya berbunga riang!
“Yes! Yes! Yessss!” Bazli bersuara perlahan dan buat aksi macam nampak bola masuk gol!



email : mybizsantaishop@gmail.com
atau
WhatsApp 010-4398892
atau
 KLIK SINI UTK ORDER FORM

No comments:

Post a Comment