ADANYA DHIA ~ SOPHILEA


InsyaAllah penghantaran selepas 15hb Mei 2016...

KOMBO :
RM45.00 SEM / RM53.00 SS
termasuk postage

Stok terhad
Bukan buku pesta buku

================================================
email mybizsantaishop@gmail.com /  whatsapp 010-4398892
email mybizsantaishop@gmail.com /  whatsapp 010-4398892
email mybizsantaishop@gmail.com /  whatsapp 010-4398892
=================================================

Sinopsis Sejernih Al Khautsar

Aku bagaikan Luqman Al Hakim yang terpesona pada kecantikan Rabiatul Adawiyah walau hanya pandangan matanya. Kamu bagaikan penyambung Al Zahra dari Ahlil bait. Pada kamu ada sifat zuhud Sumaiyah…. ada ketegasan Aisyah RA dan ada kelembutan Fatimah Al Zahra. Sudikah kamu jika aku menawarkan diriku sebagai imam kamu untuk melayari sebuah bahtera yang dipanggil rumahtangga? Sudikah kamu menjadi Al Zahraku dengan lafaz Ijab dan Kabul? - HARITH

Kamu hadir dalam setiap istikharahku. Aku yakin dengan Petunjuk dariNYA. Tapi ALLAH maha mengetahui apa yang tersurat dan tersirat. Aku redha pada setiap yang ditentukan padaku. Cinta aku kepadaNYA melebihi kasih kamu kepadaku. - AISYA AL ZAHRA

Aku terpesona walau hanya pada matanya. Bumi Mesir menjadi saksi pertemuan pertama dan cinta pertamaku. Aku menginginkan nya sebagai permaisuri ku kerana aku tahu dia adalah wanita yang sempurna. didunia dialah penyeri di syurga menanti dia bidadari… - ADAM HARIRI.

“Egyptian?” Aisya menggeleng.
“No, Malaysian.” Aisya perasan semua orang memerhatikannya bila nama Malaysia terkeluar dari bibirnya.
“La…kami pun dari Malaysia juga. Akak Najihah. Kami ni datang buat umrah. Syarikat sponsor. Lepas tu terus melawat ke sini. Baru sampai semalam.” Aisya menyambut huluran tangan Najihah dan yang lain-lain.
“Saya Aisya…Aisya Al Zahra.” Dia memperkenalkan dirinya. Dia perasan lelaki itu masih memerhatikannya. ’Ya Allah kau jauhkanlah godaan itu dari hatiku.’ Dia menitip doa.
“Kat sini kerja ke?” Najihah semakin ramah bertanya. Fikirnya mungkin Aisya salah seorang jururawat yang berkhidmat di sini. Najihah tahu ramai jururawat Malaysia yang bekerja di hospital di Riyadh. Mungkin kerana gaji yang mahal.
“Saya belajar kat sini. Di Al-Azhar.” Aisya menerangkan.
“Alhamdulillah…. seronok akak dengar.”
Mereka menaiki bas persiaran yang diletakkan berhampiran jalan utama. Aisya duduk disebelah Najihah. Najihah dan yang lain-lain rancak bertanyakan Aisya.
“Dah berapa lama Aisya duduk kat sini?”
“Dah lima tahun.”
“Sejuk perut mak AIsya mengandung. Akak pun kalau ada anak nak juga hantar kat sini. Kurang-kurang jadi Al hafiz pun dah ok.” Aisya tersenyum. Sememangnya itulah impian setiap ibu bapa muslim di dunia ini. Tapi itukah impian ibu bapaku? Teringat pada satu hadis nabi ‘Seorang anak yang mampu menghafal 30 juzuk al –quran mampu menyelamatkan 40 orang saudaranya di akhirat termasuk kedua ibu bapanya.’
“Alah…susah-susah akak je lah belajar kat sini.” Lelaki yang asyik memandang Aisya dari tadi menyampuk. Aisya memandangnya sekilas.
“Alah… kalau bos bagi cuti dengan gaji akak sanggup.”
“Kalau cam tu akak je lah jadi bos…” Kata-kata lelaki itu disambut ketawa oleh yang lain. Aisya hanya mendiamkan diri. Tiba-tiba seorang wanita bernama Kalsom menyampuk.
“Kalau akak ada anak lelaki besar…dah pinang dah Aisya untuk jadi menantu. Bukan senang nak nak cari orang macam Aisya ni. Kat KL tu semuanya tak boleh pakai.” Aisya tahu kata-kata itu mungkin hanya gurauan dari mulut kalsom. Dia tersenyum disebalik hijabnya. Kalsom memuji.
“Sesiapapun sama sahaja kak. Yang penting hati budi dan keimanan. Saya pun biasa je.. tak ada apa yang istimewanya. ”Aisya merendah diri.
“Alah…tak ada anak pinangkan untuk saya pun boleh.” Lelaki itu lagi. Aisya resah. Dia tidak suka ada kata-kata lelaki itu.
“Alah... bos tu kalau nak tuju terus jelah. Tapi layak ke bos tu.” Seorang lelaki di belakang Aisya menyampuk. Aisya semakin rimas. Dia tidak suka situasi begini.
“Eh awak ingat saya ni jahil sangat ke bab agama? Saya ni kalau tak jadi jurutera dah lama jadi Al hafiz tau tak. Silap-silap awak tu jadi anak murid saya.” Aisya beristighfar. Riaknya lelaki ini memuji dirinya.
“Ya Aisya. Back to your apartment or you want go somewhere?” Aisya memandang Ismail dihadapan.
“To my apartment.” Ismail mengangguk. Perjalanan ke Kaherah terasa amat lambat. Aisya rimas dengan pandangan lelaki itu pada dirinya.
“Aisya tak nak ikut kami? Bolehlah tunjuk tempat-tempat kat Kaherah ni.”
“Maaf kak. Tapi saya ada perbincangan dimasjid selepas asar ni.” Aisya menolak pelawaan Najihah dengan lembut.
“Tak pelah kalau macam tu. Akak rasa Aisya ni mesti cantik. Tengok mata yang bersinar tu pun akak dah tau.” Kata-kata Najihah mengundang beberapa pasang anak mata terarah ke arahnya.
“Kecantikan tu tak ada yang kekal. Alhamdulillah cukup wajah sempurna itu sudah memadai.” Kata-kata Aisya menikam jauh dilubuk hati Najihah. Penuh rasa keinsafan dan sikap tawaduk. Alangkah bertuahnya lelaki yang mendapatkan Aisya sebagai isterinya. Tiba-tiba matanya memandang kearah seorang lelaki di kerusi di hadapan. Najihah perasan pada mata lelaki itu yang sering mencuri pandang ke arah Aisya. Dia tersenyum. Mudah-mudahan Tuhan temukan keduanya.
“Aisya boleh bagi akak nombor telefon?” Aisya mengangguk. Dia menulis sesuatu pada kertas kecil lantas dihulurkan pada Najihah. Aisya tiba di apartmentnya.
“Rumah saya dah sampai. Saya pergi dulu kak.” Aisya menyalami wanita-wanita di situ. Sebelum turun, sempat matanya menjamah pandangan lelaki itu padanya.
“Syukran ya Ismail…” Aisya menyampaikan terima kasihnya. Ismail mengangguk. Senang dengan budi bahasa Aisya yang telah lama dikenalinya ini.
Turun sahaja dari bas kakinya melangkah laju ke apartment. Pandangan lelaki itu menganggu fikirannya. Dia berzikir cuba membuang godaan Syaitan yang sedang menghasutnya.

Sinopsis Adanya Dhia 


Raja Azri Mursyid, lelaki ini sukar diduga tindakannya. Entah apa sebab dia menerima Nadhia Kasyrani yang membencinya sebagai isteri. Bagi Nadhia, dia tidak perlukan sesiapa untuk menjaganya. Dia sudah cukup matang berdiri sendiri selepas kematian ibu bapanya.
“Aku tak perlukan sesiapa dalam hidup aku walaupun seorang suami, Asyid.” Angkuhnya bicara Nadhia.
“Aku terima kau bukan kerana nafsu, harta atau kecantikan kau, Dhia.”-Mursyid.
Menerima Mursyid kerana hormat dan patuh pada bapa saudara yang menjaganya buatkan hati Nadhia memberontak.
“Kau tengoklah apa aku nak buat bila kau dah jadi isteri aku.” Ugut Mursyid.
“Kau ingat aku takut dengan kau.”
Saat selepas perkahwinan, bila Mursyid membawa Nadhia jauh dari kota besar ke tempatnya mengajar di satu sudut alam yang mendamaikan hati, Nadhia mula berubah.
“Tempat ni cantik Dhia, sebab tu aku tak mahu berganjak dari sini. Tapi bila kau datang tempat ini jadi lebih indah.” Mursyid cuba merubah jiwa Nadhia yang tandus seperti sahara kepada sebuah hati yang sejuk bagai glasier.
“Dosa aku banyak pada kau, Asyid. Mungkin Allah dah temukan aku dengan jodoh yang paling sempurna.”
"Aku sayang kau Dhia." Lafaz Mursyid dalam satu pelukan. Saat senyuman Mursyid dan Nadhia bersatu, saat jiwa dan hati mereka menyatu, cinta itu tetap ada dugaannya. Tetap sahaja ada rintangannya. Cinta itu milik kita dan akan tetap menjadi milik kita selamanya.

No comments:

Post a Comment