Penceroboh Hati ~ Dekna Lee



PRE ORDER - dilanjutkan sehingga 7 April 2016 [bayaran akhir]

PRINT ON DEMAND
RM39.00 SEM/ RM42.00 SS
termasuk postage

atau
WhatsApp 010-4398892
atau 


Sinopsis:
Maya dikejar sekumpulan lelaki mat saleh sebab dia jadi saksi kes tembak-menembak yang berlaku antara mat-mat saleh tu dengan klien dia. dia melarikan diri dari diekori sehingga terpaksa menyorok ke dalam sebuah ladang persendirian.
Pada awal lagi Faez mengacukan senapang ke kepala Maya kerana Maya telah menceroboh ladang bapanya. Maya menceritakan kejadian sebenar yang berlaku tetapi Faez masih tidak mempercayainya. Dia fikir Maya ingin mengintip dan mengganggu privasi dia sekeluarga memandangkan dia abang kepada artis terkenal, Izzat Hamdi.
Bapa Faez pula, percaya pada kisah Maya ingin membantu dengan memberikan perlindungan kepada Maya.

====================
RANDOM TEASER

“AWAK suka saya tak? Maksud saya, suka sayang? Atau lebih tepat lagi, cinta, seperti mana awak rasa terhadap arwah isteri awak.” Soalan itu sengaja dia tujukan buat Faez. Dia sudah cukup terluka dengan jawapan lelaki itu tetapi dia tak boleh berhenti dari mengambil tahu.

“Kau ni mabuk ketum ke apa? Aku anggap kau dah macam adik aku sendiri dah.” Semakin sakit hatinya sebaik saja mendengar jawapan itu. Adik? Kalau kawan, dia boleh terima. Tapi adik?

Sedaya upaya dia menahan dirinya agar tidak teresak walaupun hidung dah panas.

No comments:

Post a Comment