FASAD


 BUKU BARU . STOK TINGGAL 1. PRINT ON DEMAND

HARGA RM38 SEM TERMASUK POS

[READY STOCK] FASAD - ADNIL ZAFF
Siapa belum ada jom pm laju2 k tak pun klik je link bawah ni
Jom layan random teaser dia naaa...
Teaser 1...
“Ana dah kurang bercakap dengan mommy sekarang ni. Kenapa, Ana?”
“Tak ada apa,” jawab Jannah perlahan.
“Ana masih belum boleh lupakan dia tu ya?”
Jannah diam lagi.
“Mommy nampak Ana dah banyak berubah. Mommy tak suka keadaan ni, sayang. Mommy faham, kita akan rasa kecewa bila sesuatu yang kita mahukan tu tak dapat kita miliki. Tapi kita kena ingat. Tak semua yang kita mahukan sesuai untuk kita.”
“Tak sesuai untuk mommy dan daddy. Yang penting daddy dan mommy happy. Ana terima aja. Apa nak jadi dengan Ana, biarlah!” sambut Jannah selamba.
Tersentak Insyirah mendengar jawapan sang anak. Macam memulangkan paku buah keras. Anak ini tidak selalu melawan kata-katanya. Tapi kerana cinta, Jannah berubah.
“Daddy boleh sekat Ana dari jumpa dia. Tapi Ana tetap sayangkan Abang Malik,” ucap Jannah lagi.
“Dia suami orang, Ana! Apalah perasaan isteri-isteri dia bila tahu tentang ini?”
“Ana tak peduli pun apa dia orang nak rasa.”
“Nurul Jannah!” tegas Insyirah.
Jannah sekadar memandang kosong raut ibunya itu.
“Mommy tak tahu cinta jenis apa yang boleh membuatkan Ana jadi tidak berperasaan. Mementingkan diri sendiri begini. Sedarlah, Ana. Ini salah!”
“Ini takdir, mommy.”
“Ia. Ada takdir yang buruk dan ada yang baik. Tetapi kita berhak memilih untuk lari dari takdir yang buruk kepada yang baik. Ini yang kami sedang buat untuk Ana. Mommy tak mahu Ana tempah neraka dunia untuk diri Ana sendiri.”
Jannah diam. Selesai menggosok tudung, dia terus berlalu tanpa mempedulikan Insyirah yang sedang memerhatikan dia. Melurut jatuh bahu si ibu melihat reaksi sang anak. Apa kena dengan anaknya itu sebenarnya?
*********************
Teaser 2
“Kamu tak lagi pulang bersama Saad?” tanya Ariff sambil memandang dari atas ke bawah. Dia terpandangkan Rayland memeluk topi keledar dan tubuhnya sudah tersarung jaket.
“Saya naik motor, pak cik. Saya lebih senang ingat jalan di sini kalau saya sendiri yang memandu.” Rayland menjawab sambil menjeling Jannah di sebelah ayahnya.
“Kamu beli motor?”
Rayland sekadar memuncungkan mulutnya ke arah sebiji motor besar. Ternganga Ariff memandang motor anak muda itu. Kalaulah Farouqe nampak, berpinar biji mata anak itu.
“Kamu akan berkahwin sedikit masa lagi. Pastikan kedua-dua kaki kamu nanti tidak berbalut dengan plaster akibat dari motor itu,” pesan Ariff.
Rayland ketawa sedikit sambil menggaru kepalanya. Sekali lagi dia mengerling buah hatinya. Jannah buat-buat memandang ke arah lain. Tapi sudahnya terjeling-jeling juga.
“Saya balik dulu, pak cik.”
“Ia. Berhati-hatilah.” Ariff membalas biasa.
“Sayang, saya balik dulu ya?” ucap Rayland kepada Jannah.
“Emm.. ia. Err.. hati-hatilah.” Tidak tentu arah Jannah saat dipanah pandangan ayahnya. Merah mukanya.
Sehingga lelaki itu bertenggek di atas motornya, dua manusia itu terus memandang. Ngauman enjin motor itu menarik perhatian orang sekeliling. Jannah terus memandang sehingga motor itu menderu pergi.
Bestnya kalau dapat naik motor tu, ucap hatinya teruja. Tak pernah merasa naik motor besar. Sentuh pun tidak pernah! Selalu dia terpandang wanita-wanita yang membonceng motor besar seperti itu bersama suami. Alangkah seronoknya!
“Ehemmm..” deheman itu segera membuatkan Jannah kembali memandang ayahnya.
“Kamu tidak boleh keluar dengan Rayland selagi tidak bernikah,” ucap Ariff dengan kerlingan ekor mata.
“Ia. Ana tahu, daddy. Pandang aja pun,” cebir Jannah perlahan.
“Jangan mimpi nak membonceng sambil berpeluk-pelukan di belakang dia! Macamlah daddy tak boleh baca apa yang ada dalam fikiran kamu tu,” balas Ariff lantas menarik pipi anaknya.
“Sakitlah, daddy!” getus Jannah manja. Lengan ayahnya segera dipukulnya. Tahu aja apa ada dalam fikiran dia. Tiada can untuk dia nak cari alasan!
****************
Teaser 3
“Dalam dunia ni ada berjuta-juta perempuan. Sebahagiannya pernah saya temui. Tapi kenapa saya rasa awaklah wanita yang paling jelita di mata saya?”
Jannah ketawa kecil. “Awak ni memang mulut manis, kan?” bohonglah kalau hati tidak kembang setaman dipuji-puji begini. Mulalah dia tersipu-sipu di hadapan lelaki itu.
“Saya hanya katakan apa yang saya rasa, sayang.”
“Pertama kali saya berkenalan dengan awak, saya tak pernah jangka yang saya akhirnya kena paksa kahwin dengan awak.”
“Awak rasa terpaksa?” berubah sedikit wajah Rayland.
“Ialah. Mungkin juga kesian. Tak tahan tengok muka awak setiap kali tak dilayan,” ujar Jannah selamba.
“Awak sengaja buat saya kecil hati, kan? Sebab awak saya jadi seorang lelaki yang tak tahu malu. Asyik mengejar perempuan yang tak sukakan saya. Saya ni tak cukup tampan ke? Saya ada wang. Tak banyak. Tapi cukuplah untuk beri apa saja yang awak inginkan. Saya budiman. Saya tak pernah pukul wanita. Kalau awak perasan, saya ada tubuh badan yang cantik. Saya suka menjaga penampilan diri.”
“Ia? Teruskan melobi diri sendiri. Saya dengar ni. Selagi tekak saya ni belum meloya, saya akan terus menadah telinga,” jawab Jannah.
Tercebik Rayland dengan jawapan isterinya. “Sampai hati awak cakap macam ni pada saya. Awak tak terpikat ke?”
“Lah.. kenapa pula awak nak kecil hati? Saya hampir nak terpikat ni..”
Spontan Rayland membalikkan tubuhnya ke arah lain. Jannah ketawa gelihati dengan gelagat lelaki itu.
“Awak merajuk ke? Dah pandai merajuk sekarang ya?” ucap Jannah sambil ketawa.

No comments:

Post a Comment