Ebook Diva 6 in 1

READY FILE. CERITA BEST DR PENULIS BEST SELLER. EBOOK KAMI AKAN HANTAR KE EMAIL / WHATSAPP

PENGHANTARAN SEGERA
Dalam SATU Ebook ada 6 penulis 6 cerita.
Tajuk-tajuk di dalam F A I L DIVA :
Lily Haslina Nasir -Perempuan Sleeping Beauty Itu
Sophilea - Lelaki Sedingin Glasier
Aifa Batrisya - Bukan Perempuan Biasher-Biasher
Wardina Aisyah - Lelaki Untuk Suria
Farrah Izzlorna - Perempuan Itu Istimewa
Fatiah Zohar - Lelaki Tanpa Nama
Jom baca semua sinopsis 😍
SINOPSIS PEREMPUAN SLEEPING BEAUTY ITU ( Lily Haslina Nasir )
PEREMPUAN SLEEING BEAUTY ITU, asalnya adalah penutup sekuel AKUKAH CINDERELLA ITU (TERBIT 2010), AKUKAH SNOW WHITE ITU (TERBIT 2011) dan kompilasi AKUKAH PUTERI ITU (TERBIT 2011 PROJEK EKSKLUSIF PTS-POPULAR).
Karya dalam genre chitlit ini membawa watak Farid dan Lisa yang hidupnya seperti anjing dan kucing sejak kali pertama bertemu. Melalui Perempuan Sleeping Beauty ini, Lisa bergelut di tahun akhir pengajian. Entah kenapa sejak berada di tahun akhir ini, Lisa berdepan dengan masalah asyik tertidur sewaktu mahu belajar. Setiap kali di dalam kuliah, perpustakaan atau di hostel dia berdepan dengan masalah asyik layu mata dan menguap tanpa henti.
Sementara itu Farid pula berdepan dengan cabaran bapanya. Sebagai persediaan untuk melangkah ke alam dewasa dan meninggalkan dunia kampus, Farid diminta berdikari. Untuk itu segala bantuan duit poket, segala kemudahan kereta atau apa sahaja yang selama ini disediakan untuk Farid, ditarik balik oleh bapanya.
Perempuan Sleeping Beauty ini membawa cebisan kisah dari keseluruhan penutup tiga sekuel sebelum ini.
____________________________________________
SINOPSIS LELAKI SEDINGIN GLASIER ( Sophilea )
Tunang dengan Fathul Laith? Lelaki yang beku macam glasier tu? Yang tak pernah tersenyum dan tak pernah menyapa. Mampukah dia?
Doktor Irdina Safiya tertanya sendiri kenapa lelaki itu yang ibu dan ayahnya pilih untuk dia.
‘Ayah yakin Fathul lelaki yang sempurna untuk jadi imam Fiya sampai hujung nyawa.’-Sulaiman Khan
“Fathul mungkin bukan lelaki yang sempurna tapi uncle yakin sepertimana sempurnanya Allah menciptakan Adam dan Hawa begitu juga sempurna DIA menulis takdir kita.”-Tan Sri Hisyam
Bertunang dengan Doktor Fathul Laith meski di bawah satu bumbung, hospital yang sama tak pernah lelaki itu berlagak sebagai seorang tunang. Sampai Irdina tertanya sendiri siapa sebenarnya Fathul Laith. Kalau dia bukan pilihan kenapa di terima saat keluarga mereka mahu menyatukan keduanya.
Siapa sangka lelaki yang beku macam iceberg mampu menjadi seorang lelaki yang romantis kerana sebuah cinta. Namun saat cinta mula berputik muncul Nia yang merubah persepsi Irdina pada Fathul.
‘Kalau Nia cinta sejati awak, pergilah fight for your love.’Namun kata Fathul cukup Irdina sampai syurga
“Hati saya Cuma ada Irdina Safiya bukan Nia. Cukup Irdina tahu saya menyintai Irdina sepenuh hati.”
Cinta itu indah saat bersulamkan ikatan yang halal.
____________________________________________
SINOPSIS LELAKI UNTUK SURIA( Wardina Aisyah )
Suria, hidupnya mula berantakan saat Encik Ismail meluahkan isi hati. Rasa hendak pitam dia ketika itu.
Lelaki tua yang sudah. boleh dipanggil ayah, berhasrat hendak menjadikan dia isteri nombor tiga. Inilah yang dikatakan ‘rumah kata pergi, kubur kata mari’ tapi masih tak sedar diri.
“Okey! No problem. Minggu depan saya ajak dia ke sini. Boleh kenalkan dekat semua orang. Terutama sekali dekat boss.” – Suria.
Terlajak kata, Suria berkomplot dengan Aqil. MembuatkanEncik Ismail tawar hati. Namun siapa sangka disebalik lakonan Aqil mengharapkan ianya menjadi kenyataan.
“Suria Wahidah binti Asmawi, sudi tak kahwin dengan aku?” – Aqil.
Suria terpanah. Hatinya berbagi dua. Sedang dia cuba menjauhkan diri, namun kenapa hatinya pula sering merindu?
Aqil… masihkah ada ruang dihatinya buat Suria setelah cinta itu ditolak mentah-mentah?
____________________________________________
SINOPSIS BUKAN PEREMPUAN BIASHER-BIASHER
( Aifa Batrisya )
Memegang nama Mahsuri yang termaktub di kad pengenalan dirinya membuatkan dia punya semangat dan aura yang lain dari perempuan biasa. Dia, pemilik Kafe Surilicious yang terkenal di media sosial. Dia juga perempuan yang berjaya menarik perhatian Altaf Hariri, kaunselor selebriti yang sedang meningkat naik untuk menjadi suri hati lelaki itu. Tapi hari bahagia yang dirancang dan dinanti nampaknya tak seperti yang dia bayangkan. Dari majlis nikah yang tertunda, diikuti dengan majlis sanding yang serba tak kena Altaf bagai menyimpan satu rahsia besar dalam dirinya yang buat hati Suri jadi gusar hendak membayangkan alam rumah tangga mereka kemudian harinya. Adakah benar Altaf ikhlas menerima dia seadanya atau dia cuma dibayangi dek kata-kata manis dan positif Altaf sekadar mahu menyelamatkan diri Altaf dari segala masalah yang sudah terjadi antara mereka?
____________________________________________
SINOPSIS PEREMPUAN ITU ISTIMEWA ( Farrah Izzlorna )
Afi, seorang lelaki kaya yang berlagak dan mementingkan diri sendiri. Kehadirannya di Kampung Melati telah menimbulkan debaran di hati Safiya, seorang gadis polos yang cacat penglihatan. Melihat mangsa di depan mata untuk mengisi masa bosan, Afi terus mengambil kesempatan.
‘’Sebelum abang balik ke KL dan bagitahu mama dan papa abang tentang kita, abang perlukan bukti yang Fiya betul-betul cintakan abang.” - AFI
Habis madu, sepah dibuang! Safiya ditinggalkan terkapai-kapai sendirian tanpa khabar berita. Safiya setia menunggu Afi berbulan-bulan lamanya.
Namun, hancur hati Safiya apabila mengetahui bahawa Afi sudah ada pilihan hati yang lain.
“Afi sayangkan mama dan Afi takkan melakukan sesuatu yang akan melukakan hati mama, termasuklah mempunyai hubungan dengan budak kampung macam Safiya ni. Dahlah selekeh, buta pula tu. Bukan taste Afi,ma.’’ - AFI
“Entah anak siapa yang anak kau tu kandungkan, ada hati nak tuduh anak aku ni yang mengandungkan anak kau. Hei! Keturunan aku ni keturunan yang terhormatlah. Tak ada lagi dalam salasilah keluarga aku yang mengandung dan melahirkan anak haram, tau tak!” – DATIN AFIFAH
‘’Semua yang berlaku ni adalah salah saya. Apa yang penting sekarang adalah anak dalam kandungan ni. Walaupun bapanya adalah seorang lelaki yang tak bertanggungjawab, seorang yang dayus, saya takkan sesekali menghukumnya atas kesalahan yang bapanya telah lakukan. – SAFIYA
Kemudian, Daniel hadir membawa sinar dalam kehidupan Safiya. Tanpa diduga, Afi datang semula dan mahu bertanggungjawab atas perbuatannya.
Siapakah yang menjadi pilihan Safiya?
____________________________________________
SINOPSIS LELAKI TANPA NAMA ( Fatiah Zohar )
“Aku nak tengok kau senyum. Lepaskanlah. Biar beban jiwa kau sembuh, terisi dengan kebahagiaan sendiri.Bukankah kau dah berjanji, nak jadi Qeena yang lebih kuat dan matang daripada Qeena yang dulu?” -Dhan
Ada banyak sebab untuk dia menangis. Ada banyaksebab untuk dia marah dan kecewa. Tapi mengapa perluberpenat meluahkan pada dunia andai jeritannya sunyi daripada simpati manusia?
Dia boleh kuat sendiri.
Dia boleh berdiri dengan upaya sendiri.
“Ada sebabnya Allah mengatur setiap pertemuan. Ada sebabnya Allah temukan saya dengan awak. Rahsia Dia, kita tak tahu.” –Hayyat
Antara dua hati, siapa yang layak dia sayangi?
Untuk urusan tem pa han,

 

No comments:

Post a Comment