OBSES

Bismillahirrahmanirrahim.. cover Qays Rico dah siap lama dengan designer. Cover HE aje belum sebab ada penulis tak sempat hantar, jadi HE buat keputusan untuk keluarkan ebook juga sempena #ComboEbookTheKing. Jangan lupa sokong nanti. 3 HARI pertama pra-tempahan harga SPECIAL.

[SINOPSIS]
Dua kali cuba melamar, malangnya dua kali juga lamarannya ditolak menyebabkan Eshadiq mula tak boleh nak bersabar lagi. Eshadiq bukan main tak peduli tentang status Annara sebagai anak seorang tukang kebun, tapi Annara tetap beria-ia mahu jual mahal. Bagi Eshadiq, cinta itu bukan peduli soal darjat dan harta. Apa sekalipun yang berlaku, Annara mesti jadi isteri dia.
Gara-gara terlalu obses, Eshadiq rancang satu ‘plan jahat’ untuk pastikan Annara terjatuh ke dalam tangannya. Tak dapat cara lembut, Eshadiq guna cara halus. Lagipun dia dah tak boleh nak telan saja setiap hinaan Annara terhadapnya. Annara kata dia tak layak jadi suami Annara, tapi Eshadiq akan pastikan lelaki yang Annara kata tak layak nilah Annara akan hadap hari-hari selepas ni.
Aku tak nak kau ‘rosakkan’ dia. Tapi kau boleh sentuh dia untuk jayakan rancangan aku. Dan waktu tu, aku akan muncul sebagai ‘penyelamat’. Bila tahu aku cuba selamatkan maruah dia, aku yakin tu salah satu peluang untuk aku dekati dia. - Eshadiq
Eshadiq aturkan satu rancangan seolah-olah Annara hampir dirogol. Malangnya sewaktu kejadian, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Annara lumpuh kedua-dua belah kaki selepas terjatuh dari tangga ketika cuba selamatkan diri. Rasa bersalah membelit tangkai hati. Namun dalam kesempitan Annara, Eshadiq tetap nampak peluang untuk dia terus dekati gadis itu.
Saya boleh tanggung semua kos rawatan untuk pulihkan kedua-dua belah kaki Nara. Tapi dengan satu syarat, Nara perlu jadi isteri saya. - Eshadiq
Eshadiq minta pada Pak Cik Ammar untuk nikahi Annara. Tercabar ego, dalam keadaan sudah lumpuh pun Annara masih mahu berlagak dengan dia. Namun seorang ayah takkan sanggup mahu melihat anak dia terus menderita, sudahnya Annara terpaksa bersetuju mahu menikahi Eshadiq.
Tuan kena ingat saya kahwin dengan tuan sebab abah saya. Kalau diikutkan rasa benci, saya lebih sanggup lumpuh daripada terpaksa jadi isteri tuan. - Annara
Dah cacat pun kau masih nak berlagak dengan aku kan? Well, Annara.. aku pernah cakap berulang kali kau tolak lamaran aku sekalipun tetap muka aku yang kau akan hadap hari-hari selepas ni. Kau akan jadi milik aku sampai hujung nyawa, Nara. Sekarang ni aku dah menang kan? - Eshadiq
Rumahtangga mereka memang tak sama seperti pasangan lain. Apatah lagi pabila bekas teman-teman wanita Eshadiq turut muncul mengganggu mereka. Annara mula rasa cemburu, tapi demi ego mustahillah Annara mahu mengaku.
Kau tak kisah ke mereka datang sini cari aku? Tak cemburu? - Eshadiq
Kalau tuan nak baik balik dengan bekas teman wanita tuan, saya lagi berlapang hati. Sekurang-kurangnya saya tahu suatu hari nanti tuan akan lepaskan saya juga. - Annara
Correction, Nara. Aku tak pernah iktiraf mereka sebagai teman wanita aku. Dari dulu, aku cuma nakkan kau. Tak payah berangan nak bebas daripada aku sebab aku takkan sesekali ceraikan kau. Kau akan jadi hak aku sampai hujung nyawa. - Eshadiq
Annara kata dia tak kisah. Untuk apa dia rasa cemburu sedangkan dia langsung tak cintakan Eshadiq. Selagi Eshadiq tak buat maksiat dalam rumah tu, Eshadiq nak angkut semua teman wanita dia ke situ pun Annara tak peduli. Malangnya pabila Allah S.W.T benar-benar terbalikkan hati Annara, Annara dah tak mampu nak menipu lagi. Tambahan pula layanan Eshadiq sesekali mampu membeli jiwa. Di saat Annara cuba memberikan ruang dalam hati untuk Eshadiq jadi penghuni, satu rahsia yang Eshadiq simpan kemas akhirnya terbongkar.
Obses sangat tuan dengan saya, sampaikan tuan sanggup upah orang untuk aniaya saya kan? Tuan jadikan alasan saya lumpuh supaya abah setuju untuk kahwinkan kita. Tapi yang sebenar, tuan punca saya jadi macam ni. Tuan ni manusia ke binatang?? - Annara
Terngadah, tak sangka rahsia itu akan sampai ke pengetahuan Annara secepat ini. Menjentik rasa benci Annara pada Eshadiq untuk sekali lagi. Kerana obses seorang lelaki, dia hampir merosakkan seluruh masa depan Annara. Agak-agak mampu ke Eshadiq pujuk hati Annara yang terluka? Sedangkan dialah punca semua ini berlaku dalam hidup Annara. Sama-sama kita nantikan kesudahannya di dalam naskhah berbentuk digital ini.

#ObsesSeorangLelaki
🛑 Buka pra-tempahan 7 JULAI - 15 JULAI
🛑 Edaran Fail 17 JULAI (48 JAM)
🛑 Setebal +-250 ms


 




No comments:

Post a Comment