coming soon Ebook ISTERI PAKSAAN THE KING

 

Dia digelar ‘The King’. Ketua mafia yang mnegendalikan pinjaman wang berlesen. Dia tak pernah peduli dengan arahan orang lain walaupun seseorang itu adalah ayah kandung sendiri. Bagi dia, hanya arahan dia yang perlu dipatuhi. Namun tatkala si ayah meletakkan dia di antara dua persimpangan, dia terpaksa akur untuk kali pertama.
Daddy nak Guz kahwin. Kalau Guz tak kahwin, jangan salahkan daddy kalau daddy serahkan semua harta daddy pada adik tiri Guz. - Tan Sri Gaffar
Terdesak. Guzman tak punya calon isteri memandangkan selama ini dia tak pernah serius dengan mana-mana perempuan. Apatah lagi perempuan yang dikenali itu sekadar cukup sebagai peneman di kelab malam. Sehinggalah dia menemukan seseorang. Seseorang yang layak untuk dia jadikan sebagai ‘kambing hitam’.
Aku nak adik kau. Sebagai habuan, hutang kau dengan aku dikira langsai. Aku cuma perlukan dia sebagai isteri aku untuk tempoh satu tahun. Selepas tu aku tak halang kalau dia nak tuntut cerai daripada aku. - Guzman
Luthfi tahu andai dia menolak sekalipun Guzman punya seribu cara untuk dapatkan Lidya. Siapa saja yang mampu melawan ‘The King’? Apa yang Guzman mahu, pasti dia akan usahakan sampai dapat.
Lid cuma kena kahwin dengan dia untuk tempoh setahun. Selepas tu Lid boleh minta dia lepaskan Lid. - Luthfi
Bengang. Lidya rasa Guzman sengaja gunakan kedudukan dia untuk memaksa Lidya patuh pada arahan lelaki itu. Lidya tahu Luthfi pun berat hati mahu melepaskan dia pada Guzman, memandangkan Luthfi itu adalah bodyguard Guzman dan Luthfi sedang terbeban dengan hutang berpuluh ribu, apa lagi pilihan yang Luthfi ada?
Saya tahu awak banyak duit. Tapi jangan gunakan kelebihan yang awak ada untuk paksa saya dan Luthfi. Saya takkan kahwin dengan awak. Saya dah ada teman lelaki. - Lidya
Kau dah bersuami pun aku boleh buat kau bercerai, inikan pula setakat teman lelaki. Kau akan jadi milik aku meskipun tanpa rela, Lidya. Takkan kau tak tahu tak kau sedang berdepan dengan siapa? - Guzman
The King, itu yang mereka gelarkan pada awak. Memang, memang awak ni raja kepada segala kejahatan! - Lidya
Sehebat mana sekalipun Lidya cuba mengelak, banyak kali juga Guzman terus memaksa dan mengugut. Hingga sampai satu tahap, Lidya terpaksa mengalah semata-mata kerana kasihankan Luthfi.
Saya terima awak sebagai suami. Tapi selepas tempoh satu tahun, tolong lepaskan saya. Awak dah dapat apa yang awak nak, jadi kedudukan saya dah tak penting sebagai isteri awak lagi. - Lidya
Masing-masing bersetuju. Namun selepas beberapa bulan bergelar suami isteri, rentak hati pun mulai berbeza. Benarkah selepas tempoh satu tahun, rumahtangga mereka akan berakhir? Atau Guzman sanggup rendahkan ego demi seorang isteri yang mula mengambil tempat dalam sudut hati? Jika benar begitu, mampu ke Guzman tinggalkan segala kegiatannya kerana Guzman tahu Lidya takkan mampu menerima seorang mafia seperti dia sebagai suami? Segala persoalan akan terjawab dalam nukilan berbentuk digital ini nanti.

🛑 Buka pra-tempahan bermula 7 JULAI-15 JULAI

🛑 Setebal +-250 ms


No comments:

Post a Comment