KOMPILASI MELETOP

PROMOI SEHINGGA 20 DIS 219 SAHAJA!
**HARGA COMBO UNTUK 4 NASKAH INI HANYA RM115(SM)/RM130(SS) SAHAJA FREE POS**😃😃
.
*** INI ADALAH LIMITED EDITION YANG SANGAT LIMITED. TAK AKAN ADA DI KEDAI-KEDAI BUKU. HANYA SECARA ONLINE SAHAJA.
SIAPA CEPAT, DIA DAPAT.😊😊😊

MIMPIKAN CINTA siri 1
Harga : RM30(SM)/RM33(SS)
Postage : RM8/RM12

******
5 cerita bergabung di dalam satu naskhah.
• Hargai Aku – Laydee Amarfi
Cinta yang ditolak membuat Adi tekad mahu memalukan Ami. Mampukah Ami bertahan bila maruah dirinya menjadi taruhan dendam lelaki itu?

• Poskad Daripada Dia – Dhiya Zafira
Bukan mudah untuk bangkit setelah kehilangan. Bagi Adwa, hidup harus diteruskan dan dia perlu bermula semula. Tapi bila poskad itu tiba, segalanya berubah.

• Bukan Bahan Eksperimen – Nureen Mirza
Fahd yang sukar untuk jatuh cinta cuba bereksperimen untuk mencari cinta sejati. Siapakah yang bakal menjadi bahan eksperimen cintanya?

• Secawan Kopi Hitam – Aidah Bakri
Quds yang sunyi berkahwin dengan Banin yang lebih suka hidup sendiri. Tanpa saling mengenali, ibarat kopi yang pahit. Mampukah mereka menelan kepahitan tersebut?

• Au Revoir – Farah Husain
Mike, janjinya satu; Dia tak akan pernah tinggalkan Bella. Namun, mengapa kehadiran Imran buat dia mungkiri janji yang satu itu?


MIMPIKAN CINTA Siri 2
Harga : RM29(SM)/RM32(SS)
Postage : RM8/RM12
******
4 cerita bergabung di dalam satu naskhah.
• Sentuh Hati Dia – Hani Fazuha
Haraz Iskandar, berjanji pada diri untuk berubah. Cinta dan perempuan cuba dielakkan. Tapi Tuhan tetap mahu mengujinya dengan cinta dan perempuan. Mungkinkah Zaira itu ujian terakhir untuk dia menuju bahagia?

• Sean – Ezza Mysara
Demi menyelamatkan rumah tangga rakan baiknya, Sean mengatur langkah mengenali Nelysa. Ada rahsia yang tersingkap. Mampukah Sean melenturkan dendam Nelysa?

• Yang Terbaik – Emy Roberto
Ain dan Adnan, kisah dua insan yang berkahwin atas aturan keluarga. Namun dengan kehadiran orang ketiga, mampukah keduanya kekal bersama atau perpisahan yang dipilih?

• Jangan Putus Cinta – Rina Farizq
Bagi Hafiz, putus cinta sangat menyakitkan. Hanya Ecah menjadi tempat mengadu dan meluahkan perasaan. Hafiz tak mahu bercinta lagi. Kali ini kalau jumpa yang sesuai, kahwin saja terus! Yang mengejutkan, kenapa Hafiz nak kahwin dengan Ecah pula?


MIMPIKAN CINTA Siri 3
Harga : RM29(SM)/RM32(SS)
Postage : RM8/RM12
******
4 cerita bergabung di dalam satu naskhah.
• Denda Cinta – Sufea Hareez
Misi Aqil, menjejaki kisah ayah kandung yang telah meninggal. Bila bertemu Aisha, hatinya jadi nanar, tingkah serba tak kena. Kerja gila Aqil menyebabkan Aisha dalam dilema. Jika silap langkah, dia bakal didenda.

• Begitulah Cinta – Hezzy Azra
Kerana hati sudah terpaut, Que sanggup memohon kerja di kafe milik Addra. Berbalaskah perasaan Que bila Addra hanya menganggapnya sekadar pekerja?

• Lelaki Itu – Nani Yuhanna
Memegang status bapa tunggal, Hilman tak pernah pasang angan-angan untuk bercinta lagi. Mampukah dibuka semula hatinya saat mengetahui cinta Kriesya padanya?

• Tak Terhitung – Hani Fazuha
Hana yang polos. Ditinggalkan suami pun dia masih bersangka baik. Dan pertemuan yang tak disangka dengan Doktor Hadif mencipta satu dimensi baru dirinya. Namun, bahagia itu tidak mudah walau banyak jalan yang boleh dipilih.


MIMPIKAN CINTA Siri 4
Harga : RM30(SM)/RM33(SS)
Postage : RM8/RM12
*****
5 cerita bergabung di dalam satu naskhah.

• Kala Hati Dah Terjual – Lynn Dayana
Il luv you. I hate you. Rasa cinta berubah seiring masa bila hati ada banyak penjuru.

• Bahagia Milik Kita – Ella Affandy
Baru mengikat kasih sebagai suami isteri, Zachary dan Liana diuji dugaan. Mampukah pasangan ini membawa kisah cinta mereka ke pelayaran bahagia atau akan terus diamuk badai yang bakal menenggelamkan bahtera mereka?

• Jadi Gadis Pilihan – Illa Shanahila
Naina, gadis pilihan Tuan Adrian. Selepas pelbagai cerita buruk tentang Naina diketahui Tuan Adrian, adakah Naina masih menjadi gadis pilihan?

• Tersilap Cinta – Cik Amal Amina
Irsa dan Iyyad, dua nama yang ditakdirkan untuk bersatu. Tapi, adakah cinta itu milik mereka?

• Roti Gardenia Sambal Bilis – Najwa Ulfah Abdul Rahman
Pertemuan di taman tasik menemukan si pelukis 'bisu' dan si penulis tak bernama. Namun ada yang terjadi, buat si pelukis bisu menjauhkan diri. Bagaimana akhirnya kisah ini?

No comments:

Post a Comment