DEAR SIR MEGAT ~ DILLA AHMAD

💥𝐏𝐑𝐄 𝐎𝐑𝐃𝐄𝐑 𝐃𝐄𝐀𝐑 𝐒𝐈𝐑 𝐌𝐄𝐆𝐀𝐓 𝐛𝐲 𝐃𝐈𝐋𝐋𝐀 𝐀𝐇𝐌𝐀𝐃
💥𝐏𝐑𝐄 𝐎𝐑𝐃𝐄𝐑 𝐃𝐄𝐀𝐑 𝐒𝐈𝐑 𝐌𝐄𝐆𝐀𝐓 𝐛𝐲 𝐃𝐈𝐋𝐋𝐀 𝐀𝐇𝐌𝐀𝐃
FREE POS SEHINGGA 31/12/2019 SHJ
-
RM25 SM/ RM28 SS
-
“Hidup aku pun kau nak sibukkan?” Kening Badrul
dah ternaik sebelah. Sudah macam emak dia pula si Taufik ni.
“Aku bukan apa, bro. Aku sayang kau macam adikberadik aku. Pak Cik Ngah tu dah macam bapak aku. Aku tak
mahu kau terus hanyut bercinta aje. Tapi habuk pun tarak.
Kau kena ada impian. Visi untuk masa depan kau. Tu, si
Casey tu. Dah lama tunggu kau. Bila kau nak ajak dia
kahwin? She’s pregnant now, Bad.” Tunak mata Taufik
menikam ke anak matanya.
Merengus keras Badrul apabila nama Casey
dibangkitkan. Inilah yang dia fikirkan sejak beberapa hari.
Pasal Casey mengandung dan Taufik syak dia yang punya
angkara. Heh! Memang separuh matilah dia menafikan. Nak
mampus! Tak mungkin dia akan melakukan perkara itu
sebelum mereka diijabkabulkan. Tahu Megat Ngah, hilang
nyawa dia kang. Sudahlah hubungan dia dengan abahnya itu
tidak berapa baik kebelakangan ini.
Masalahnya sekarang, anak yang Casey kandungkan
itu bukan daripada benihnya. Megat Ngah tak sukakan
perempuan mat salih itu. Kalau abahnya tahu pasal hal Casey
yang mengandungkan anak orang lain, lagi akan jadi huruhara hidupnya yang semakin kusut ini. Entah dengan jantan
mana Casey berselingkuh, Badrul tidak tahu.

No comments:

Post a Comment