RUGI TAK GRAB.. JARANG2 OFFER SUPPLIER NI. STOK CLEARANCE
SEBUAH RM20‼ SEBUAH RM20‼
-
💥Belum masuk kos pos
💥Offer sampai 18/10 sahaja
-
-
💥Belum masuk kos pos
💥Offer sampai 18/10 sahaja
-
SINOPSIS BILA MISS GANGSTER JATUH CINTA
Dia Izabella... Seorang gadis gengster yang tidak pernah gentar pada sesiapapun. Dia juga adalah ketua gengster kumpulan Robinhood yang terkenal di bandaraya Kuala Lumpur.
Kisah hidupnya berubah setelah dia merompak sebuah rumah mewah, milik seorang arkitek muda bernama HANS ZIDAN. " ... Saya halalkan duit saya RM9000 sebagai tanda minta maaf saya sebab tercium awak tadi. Jadi, kita 0-0. Sekarang, saya nak tengok awak pergi dari kawasan rumah saya dan jangan bermimpi nak datang rompak lagi" - HANS ZIDAN
Ciuman tak tersengaja itu telah membuat hati Izabella berbunga-bunga. Tidak ada lelaki pernah menciumnya sebelum ini. " Kau adalah orang yang pertama mencipta sejarah mencium pipi seorang gadis gengster yang masih suci"- IZABELLA
Sejak itu dia telah jatuh cinta pandang pertama pada Hans Zidan. Dia nekad menggunakan pelbagai cara untuk mengorat lelaki kacak itu.
Dapatkah hati Hans Zidan ditawan? Dapatkah Hans Zidan menerima seorang gadis gengster yang selalu mengganggu hidupnya dan membuat dia ketakutan setiap hari?
Ikuti kisah komedi romantik ini di dalam BILA MISS GENGSTER JATUH CINTA!
💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋
SINOPSIS CINTA TERAGUNG SI BUDAK SETAN 1
" Aku nak ingatkan kau supaya jangan sesekali kau cari pasal dengan geng budak setan tu. Sekali kau cari pasal, susah untuk kau lepaskan diri kau dari setan-setan tu. Kau anggap je hidup kau dah berakhir. Sampai ke lubang cacing dorang cari kau beb!"
Mereka adalah GENG BUDAK SETAN. Satu kumpulan yang dianggotai oleh lima pelajar lelaki, pewaris harta kekayaan billionaire. Mereka terkenal dengan sikap nakal di El Haj High School. Mereka pembuli yang ada kelas. Tiada seorang manusia pun di El Haj High School yang berani cari pasal dengan mereka.
Namun, tradisi itu berubah dengan kehadiran seorang guru baru, bernama NIA ISKANDAR. Seorang guru yang belum tahu dengan siapa dia berurusan.
" Saya nampak dengan mata kepala saya sendiri, budak ni yang cari pasal dulu"- NIA ISKANDAR.
Hanya kerana memberitahu kebenaran, dirinya berada dalam senarai mangsa GENG BUDAK SETAN. Ketenangan hidupnya telah diragut selepas itu!
" Lain kali jaga tepi kain sendiri. Kalau cikgu baru, buat macam cikgu baru. Jangan nak kerek sangat"-ANDIKA PUTRA.
Kemunculan ANDIKA aka Ketua Geng Budak Setan telah membuatkan hidup Nia bertambah huru hara di sekolah itu. Dirinya sering diburu. Sering dijadikan mangsa dalam segala hal!
" Awak nak buat apa lagi Andika? Tak puas lagi ke kenakan saya? Awak ni tak ada hati dan perasaan ke hah!"- NIA ISKANDAR
" Saya ada hati tapi belum ada perasaan. Dan saya tak tahu bila perasaan itu akan hadir"- ANDIKA PUTRA
Masing-masing tidak mahu mengalah. Masing-masing menyakiti sesama sendiri. Masing-masing keras kepala sehingga pelbagai rancangan 'dilancarkan!'
Namun, ada cinta yang terbit tanpa mereka sedar. Mereka mengambil keputusan untuk bercinta secara senyap. Percintaan itu harus disembunyikan dari semua pihak kerana cinta mereka adalah CINTA TERLARANG! Mereka berpura-pura di sekolah bagaikan tiada apa-apa.
Tapi, sejauhmana hubungan rahsia mereka dapat disimpan rapi? Apa yang bakal terjadi andai ayah Andika, si billionaire yang bengis itu dapat tahu tentang kisah cinta anak lelaki tunggalnya?
Apakah yang akan berlaku pada percintaan pelajar dan guru itu?? IKUTI KISAH MEREKA DALAM CINTA TERAGUNG SI BUDAK SETAN!
💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚
SINOPSIS CINTA TERAGUNG SI BUDAK SETAN2
Cinta mereka telah putus. Cinta mereka berakhir dengan airmata. Mereka nekad membawa haluan sendiri. Kini mereka kembali dengan cerita hidup yang berbeza. Tiada lagi guru yang kerek. Tiada lagi gelaran budak setan. Tiada lagi El Haj High School. Semuanya berubah. Yang ada kini adalah seorang CEO muda dan seorang PA yang setia pada majikannya.
.
Namun takdir telah mempertemukan mereka untuk kali kedua. Bagaimana penerimaan Nia pada Andika yang telah menyakiti hatinya selama lima tahun lalu? Apakah Andika mampu menjelaskan salah faham yang terjadi antara mereka angkara ayahnya sendiri?
.
“ Bercinta dengan pelajar sekolah bukan cerita dongeng, tapi cerita cinta yang paling agung. Sebuah kisah cinta yang jarang berlaku pada mana-mana orang pun. Kalau betul cakap awak ianya sebuah kisah dongeng, mengapa hari ini cikgu dan pelajar itu dipertemukan sekali lagi? Think”- ANDIKA PUTRA
.
“ Setiap kali awak muncul pasti awak akan sakitkan hati saya. Sebab itulah, saya berharap awak dan saya tidak dipertemukan lagi. Tapi, doa saya tak dimakbulkan. Awak masih muncul untuk menyakiti” – NIA ISKANDAR
.
Mampukah si budak setan itu menghabiskan cerita cintanya yang mati di tengah jalan?
.
JAWAPANNYA ADA DI DALAM CINTA TERAGUNG SI BUDAK SETAN 2
💙💙💙💙💙💙💙💙💙💙💙💙💙
SINOPSIS CINTA TERAGUNG SI BUDAK SETAN 3
Perkahwinan Nia dan Andika yang selama ini bahagia, mengalami pergolakan dengan kehadiran Zahira ke dalam rumahtangga mereka. Zahira nekad mendapatkan Andika kembali dengan cara apa sekalipun.
" Tak lama lagi, kau akan kehilangan dia Nia. Dan kamar tidur kau, akan menjadi milik aku bersama Andika. Tempat tidur kau, akan ada aku tak lama lagi" - ZAHIRA
Namun, apakah usaha wanita itu berjaya untuk memisahkan Andika dari Nia? Pada masa yang sama, persahabatan Andika dan Remy juga sedang menanti retak kerana seorang pelajar yang bernama Rangga Haizer. Siapakah Rangga Haizer? Dan, benarkah Geng Budak Setan bakal berpisah dan hilang ahlinya?
Semuanya bakal terjawab dalam CINTA TERAGUNG SI BUDAK SETAN 3!
💛💛💛💛💛💛💛💛💛💛💛💛💛💛
SINOPSIS MISI CIK RAISYAH PIKAT ENCIK SUAMI
************************** ******************
Hanya kerana mulut celuparnya, dia telah diperangkap dalam sebuah perkahwinan. Perkahwinan yang langsung dia tak inginkan kerana bakal pengantinnya seorang wanita yang tak punya malu!
" Sekarang kau kena berkahwin dengan aku. Kau kena bertanggungjawab dengan apa yang dah berlaku malam ni. Akhirnya perempuan kotor dan hina ni akan jadi isteri kau. Kesian kan..."-RAISYAH
" Kau yang perangkap aku. Kau ni perempuan iblis!"-NAZIM
Disebabkan ugutan dan ingin menutup maruah keluarga, dia meneruskan pernikahan dengan Raisyah Nabella, wanita yang sangat berbeza cara hidup dengannya. Bebas! Sosial! Seksi! Itulah karakter isterinya.
Menjaga Raisyah sebagai isteri satu cabaran buat Nazim. Mereka ibarat langit dan bumi. Seorang dengan cara Barat dan seorang dengan cara Timur.
Namun, perkahwinan yang selalu dipenuhi perbalahan itu, berubah tiba-tiba apabila Raisyah telah jatuh cinta pada Encik Suami. Sikap Nazim yang beku membuatkan Raisyah nekad untuk menjalankan MISI MEMIKATnya.
" Bagaimana saya perangkap awak dengan perkahwinan ini, saya juga akan perangkap jiwa awak untuk igaukan saya"- RAISYAH
💛💚💛💚💛💚💛💚💛💚💛💚💛💚💛💚
SINOPSIS HANTU MILAH CARI PAKWE
“ Sini, mai dekat sikit telinga hangpa”. Rosyam ingin bisik sesuatu. “ Sebenaqnya kat kampung ni. Semua anak teruna dah kahwin kecuali aku dengan Udin Kambing”.
.
Tercengang muka Mat Yeh. Hud menelan air liur laju. Ini berita yang paling tergempar.
.
“ Maknanya semua teruna kat sini pakat kahwin sebab takut Milah ganggu ke?”. Hud pandang muka Rosyam inginkan jawapan.
.
“ Betoi, you are absolutely correct!”. Rosyam memetik jari.
.
Hud Haikal dan Mat Yeh meninggalkan Kampung Kota. Tidak sanggup lagi mereka diganggu oleh hantu Milah di kampung Rosyam.
.
Namun mereka tidak sedar yang mereka sebenarnya diekori sampai ke Universiti Professor Adi Raja, tempat mereka belajar. Pada mulanya mereka menjalani hidup sebagai mahasiswa seperti biasa tapi segalanya menjadi huru hara selepas beberapa peristiwa pelik terjadi pada mereka.
.
“ Lif tak boleh tutup”. Mat Yeh tengok kawan-kawan dia. Berderau darah mereka.
.
“ Cuba kau tekan butang close tu sekali lagi”. Hud dah rasa semacam.
.
“ Aku dah tekan banyak kali. Tengok aku try tutup tapi tak boleh. Aku dah naik seram nih”. Tangan Mat Yeh masih lagi tekan butang close.
.
Mereka berempat keluar semula dari lif. Deras tangga apartment dipanjat. “ Tunggu aku!”. Nabil tercungap-tercungap.
.
“ Lari wei. Dia ikut kita”. Mat Yeh pecut laju. Diikuti oleh Hud, Rosyam dan Nabil.
.
Selepas detik malam itu, Hud Haikal menjadi sasaran hanya kerana satu kelebihan yang dia ada.
.
“ Hud, dia memang tak nampak aku. Cuma kau seorang saja yang boleh lihat aku” - MILAH
.
Disebabkan kelebihan ini, hidup Hud Haikal tak tentu arah. Hanya dia saja boleh nampak hantu Milah??!! Tidak!!! Tambah parah lagi apabila Milah meminta tolongnya untuk jadi manusia normal semula.
.
“ Aku nak kau tolong aku’. Milah merenung Hud Haikal.
.
“ Nak tolong apanya. Sorry, aku tak tolong hantu”. Hud cuba tutup mata. Seluruh badan dia menggigil.
.
“ Tolong aku jadi manusia normal semula”. Rayu Milah.
.
Hud terkelu. Hantu pun nak jadi manusia? Dah giler agaknya hantu Milah ni. “ Aku tak nak tolong kau. Aku mohon kau pergi, jangan ganggu aku Milah”.
.
Hud nekad menolak permintaan gila itu. Sebab baginya permintaan hantu nak jadi manusia memang tak masuk akal. Hud tetap berkeras tidak mahu menolong sehingga Milah mengganggu kehidupan sehariannya yang menyebabkan dia terpaksa surrender.
.
" Betul Milah. Aku akan tolong kau. I keep my promise. Sekarang boleh tak kau serahkan semula barang-barang aku”- HUD
.
“ Betul ni Hud yang kau akan tolong aku? Kau tak tipu aku kan. Tapi kalau kau tipu aku, kau akan terima nasib yang lagi buruk dari yang kau terima hari ni”.- MILAH
.
Dengan termatri perjanjian itu, akhirnya Hud membahayakan dirinya untuk menolong Milah kembali ke dunia nyata dan merungkai rahsia keghaiban Milah selama ini.
.
Mampukah Hud menolong Milah?? Dan adakah akan timbul bibit-bibit cinta di antara mereka berdua setelah Hud mengetahui Milah sebenarnya bukan hantu seperti yang diperkatakan orang.
.
Kalau betullah kau ni manusia, aku lah orang yang paling bahagia di saat ini. Kau nak tahu tak kenapa aku rasa macam tu wahai Milah. Sebab aku dah jatuh hati kat kau. Kau merajuk tadi comel je dekat mata aku.
💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥
SINOPSIS ISTERI YANG KU AMBIL SECARA PAKSA💙
************************** ******************
" Putera, abang punya impian terakhir. Impian yang ingin abang lihat sebelum abang menutup mata. Abang nak Putera temui gadis muda itu dan kahwinilah dia. Ini amanah abang pada Putera. Kasihanilah dia Putera. Kerana perbuatan abang, tiada seorang lelaki pun mahu mendekatinya. Malah, dia diejek disebabkan wajahnya yang cacat" - ADI
Amanah Adi yang meminta dia berkahwin dengan perempuan cacat rupa menyebabkan hidup dia huru-hara. Dia rasa gila apabila wajib bertanggungjawab pada kejahatan silam abang kandungnya.
Kerana ingin melepaskan diri, dia telah atur rancangan mencari calon suami kepada Cahaya Fatihah, gadis yang diamanahkan padanya.
" Masa depan aku lagi penting. Esok apa pun terjadi, aku harus dapatkan calon untuk perempuan cacat tu jugak"- PUTERA
Namun, semua pencariannya gagal sehingga dia bertemu Fernand Akasyah, seorang lelaki kacukan Spain-Malay. Yang terdesak mencari calon isteri kerana harta nenek sendiri.
" Tujuan aku untuk beri kau isteri. Aku dengar tadi kau sedang cuba tunaikan keinginan nenek kau. Jadi, kita dipertemukan untuk saling membantu"- PUTERA
Seorang ingin melepaskan diri, seorang lagi terdesak bawa balik isteri. Mereka bersatu untuk memperjudikan hidup seorang perempuan yang bernama CAHAYA FATIHAH.
Apakah kesudahannya? Ikuti kisah mereka di dalam ISTERI YANG KU AMBIL SECARA PAKSA.
.
💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮
SINOPSIS CALON ISTERI FATEH ALEXANDER❤
************************** *****************
FATEH ALEXANDER pulang ke Malaysia untuk menunaikan permintaan akhir abinya jutawan Marwan untuk mencari ibunya Maria, isteri yang dibuang 26 tahun yang lalu.
Namun kedatangannya ke Malaysia telah menjebakkan dirinya dengan dua orang gadis. Faiha anak ustaz Habib yang selalu merayu cintanya hingga sanggup menggadai maruah diri.
" Faiha jangan heret saya ke dalam api neraka".- Fateh Alexander
"Awak tetap akan menjadi suami saya" - Faiha
Kerana bimbang dengan ajakan terkutuk Faiha, Fateh terjebak untuk menjadi bodyguard pada Elena seorang gadis liar yang sangat membenci dirinya.
" Aku akan singkirkan kau dari hidup aku" - Elena
Kedua gadis ini sering bertembung muka. Faiha tidak suka layanan buruk Elena kepada Fateh Alexander. Dan Elena meluat dengan Faiha kerana merasakan gadis itu terlalu naif dan selalu membela Fateh.
Namun disebabkan satu peristiwa, Elena mula jatuh hati pada Fateh Alexander. Maka bermulalah siri perebutan cinta antara Faiha dan Elena untuk mendapatkan cinta lelaki tampan itu.
Siapakah yang bakal dilamar Fateh Alexander?
Faiha atau Elena?
Dan dapatkah Fateh menemui ibunya Maria?
Antara Faiha dan Elena siapakah yang akan berkahwin dengan Fateh?
Siapakah pula yang akan merosakkan perkahwinan Fateh Alexander?
Semuanya bakal terjawab di dalam novel ini.
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
SINOPSIS AZROY MY MAN
Pertemuan mereka mudah. Mereka bertemu di traffic light dan bertengkar di traffic light.
" Hey, mat rempit. Kalau ye pun nak jual minyak, janganlah sampai ketuk cermin kereta orang. Adab dekat mana?"- PELANGI MIRANDA
" Kurang ajar betul minah tu. Aku bukan puji dia. Aku puji kawan dia. Yang dia berlebih sangat kenapa"- AZROY AFFENDI
Namun dari detik pertemuan itu, kisah mereka berkembang menjadi cerita cinta yang mampu mengalirkan airmata. Mereka tersepit antara cinta dan persahabatan kerana pada masa yang sama, Dahlia juga turut mencintai Azroy.
" Azroy Affendi, saya nak beritahu awak yang saya dah jatuh hati dan jatuh cinta pada awak"- DAHLIA.
Cinta tiga segi ini kian rumit saat Dahlia terlibat dalam kemalangan.
" Akan ada ke laki-laki yang nak mengahwini aku saat melihat keadaan aku macam ni. Tidak akan ada lelaki yang inginkan perempuan cacat sebagai isteri" - DAHLIA
Demi kesembuhan dan senyuman Dahlia, Pelangi korbankan cintanya dengan melepaskan Azroy pada
email : mybizsantaishop@gmail.com
No comments:
Post a Comment