cover belum final
RM35SM /RM 38SS
TERMASUK POSTAGE
Bab 3-part 1
KAMARUL benar-benar tidak faham apa yang berlaku.Yang dia tahu, tugasnya cuma kahwin. Dah selesai dah pun. Kahwin terkejut. Kahwin yang pasti akan meletuskan perang dahsyat di kemudian hari kelak. Kamarul Lail vs Orked Karmila, seteru maha dahsyat dari tingkatan satu sampai lima. Siapa yang tidak tahu? Dan Orked pengsan bukan sebab bau tangannya. Tapi terlalu terkejut bersuamikan dirinya. Jika empunya tubuhpun terkejut bagaimana pula Idham dengan Safiah?
Ketika zaman persekolahn mereka, jika Orked yang paling pandai, Kamarullah paling bodoh dalam kelas. Ketika Orked bersemangat menghadapi peperiksaan, Kamarul pula yang paling bersemangat menghadapi final bola sepak MSSPK. Ketika Orked sibuk menghias kelas, Kamarullah kaki penjahanam nombor wahidnya. Ketika Orked sering menjadi contoh baik dalam kelas, Kamarul pula contoh paling kutuk dalam kelas mereka.
Dan bagaikan tidak cukup episod-episod zaman remaja mereka, setelah dewasa Kamarul Orked vs Kamarul, bagai bangunan Dayabumi dengan Pejabat pos. Macam Kwang Soo dengan Aida Jebat! Kau orang faham tak?
Kamarul tersentak saat abah membisikkan sesuatu ke telinganya.
“Abah balik dulu. Terima kasih Rul. Rul anak abah.”
Abah tepuk bahunya perlahan. Kamarul terkesima! Sungguh dia kehilangan kata-kata. Untuk pertama kalinya abah selembut ini. Kalau tidak, hendak bercakap dengan Kamarul pun abah kena guna mak sebagai perantara. Kamarul dengan abah memang jarang pernah ngam!
Wait! Tiba-tiba Kamarul tersedar. Kalau abah balik, dia pun kena balik jugakan? Bergegas dia mengekori abah ke pintu.
“Bagi sinilah kunci keter tu bah. Tadi kata nak suruh orang drive!”
Kamarul ‘menghambat’ abah. Tiba-tiba berpasang-pasang mata memandang ke arahnya.
‘Aku ada buat salah kah?’ bertele-tele soalan itu menerjah benak Kamarul. Tapi jawapannya tidak kunjung tiba.
Mak membisikkan sesuatu kepada Orked yang kelihatan lemah kerana baru sedar dari pengsan. Orked yang ikut sama menghantar mak ke pintu mengangguk-angguk perlahan lantas menghulurkan tangannya kepada mak. Kedua tangannya yang penuh berinai merah siap corak berbunga-bunga itu berdakap kemas dengan tangan mak.
Pap, bahu Kamarul ditepuk. Dia menoleh.
“Kamarul tidur sinilah, rumah dady.”
“Iya Kamarul, tinggallah sini. Nanti esok senang hari besar kenduri tak lah tertunggu-tunggu. Mami dah siapkan baju Kamarul.” Mak Cik Zabidah menyokong kata-kata Pak Cik Musa.
‘Dady! Mami! Ahh sudahhh! Matilanakkk! Guru besar aku jadi mami! Ini betul-betul ngeri ni!’
Gulp, Kamarul telan air liur lagi. Nampaknya malam ini dia memang kenyang air liur.
Sebaik sahaja abah dan mak balik. Pak Cik Musa aka dady menggamit Kamarul. Heh, nak turunkan tips malam pertama lah tu. ‘Sorry, but it won't be tonight.’ Getus hati Kamarul geram. Betul-betul geram. Kamarul mula faham drama yang cuba dimainkan oleh mereka. Sekarang Kamarul cukup pasti dia sudah menjadi pak sanggup!
Kamarul lelaki sejati. Anak jantan encik Jamal ini takkan sama sekali menyentuh, jauh sekali menyetubuhi musuh ketatnya. Apatah lagi kalau musuh ketatnya itu kelapa yang sudah ditebuk tupai! Copy that! Itu syarat pertamanya. Meskipun tak seperti syarat Puteri Gunung Ledang, tapi ianya pasti cukup berat. Lebih berat dari menyediakan hati kuman tujuh dulang.
“Jagalah Orked tu, dia nampak terkejut sangat tadi. Ambik masa bertenang. Pujuk elok-elok. Nanti eloklah tu.”
Pak Cik Musa menyampaikan pesanannya dengan ringkas. Kamarul sempat menjeling sejenak ke arah Orked. Orked juga melepaskan kerlingan tajam. ‘Hishh katik ni, aku cucuk mata tu baru tau.’ Kamarul tersenyum kepada Orked. Senyuman plastik itu dilemparkan separuh hati. Kalau boleh, plastik pun Kamarul tidak mahu berikan kepada Orked!
Namun kemudiannya Orked melangkah longlai ke bilik. Kamarul hanya mampu mengangguk kepada Orked, tanda setuju memujuk wanita itu. Lain yang bergolak di hati, lain pula yang terzahir di sikapnya.
‘Jaga Orked? Habis siapa nak jaga aku? Kalau aku kena rogol macam mana?’ giliran Kamarul pula membantah, namun kata-kata itu terus terkurung di dalam hati.
Bab 3-part 2
KAMARUL lihat mami menghulurkan sehelai kain putih kepada Orked. Orked menyambut kain itu dari tangan mami aka guru besar atau guru yang berbadan besar itu lantas menjeling sejenak ke arah Kamarul.
‘Memang besarpun, kalau dulu sepemeluk, mungkin sekarang dah jadi dua pemeluk.’ Diam-diam Kamarul mengutuk mami mertuanya.
‘Kompius aku, apa ke jadahnya kain putih tengah-tengah malam ini. Petua apa agaknya?’ Kamarul garu pangkal telinganya yang tidak gatal.
Selesai sahaja dady menutup pintu, Kamarul terus minta diri mahu ke bilik.
‘Pedulikanlah mereka nak cakap aku ni tidak sabar ke apa, yang pasti… malam ni bukan 'malam pertama'. Bukan malam aku hilang teruna dan sudah pastinya bukan malam menguji si Orked ni dara atau tidak. Aku benar-benar letih. Berlengas dan aku mahu mandi!’ Kamarul merungut di dalam hati.
‘Panas terik aku berjalan
Membakar tubuh yang kering aku
Aku penat aku berhenti
Terjumpa air dan mahu mandi!’
Perlahan-lahan Kamarul menyanyikan lagu kumpulan XPDC itu sambil mencari tuala.
“Awak cari apa tu?”
Gedegang! Kamarul terhantuk pintu almari. Jilaker punya almari! Terkebil-kebil Kamarul pandang Orked yang tercegat memandang ke arahnya.
“Apa tengok-tengok!” Kamarul hampir menyergahnya.
“Huh! Sombong!” Orked membidas. Lantas si katik itu terus berlenggang menuju ke bilik air degan tuala tersidai di bahunya. ‘Ciss! Aku dah booking dulu, dia berani potong que! Ini tak boleh jadi!’
“Woii, bukak pintu ni. Aku nak mandi dulu!”
Senyap tiada jawapan. Kamarul hanya mendengar bunyi curahan air paip jatuh ke lantai. Mula-mula bunyi berus gigi, senyap, batuk… kahak tuih! Air dicurah lagi! Tuih lagi! Batuk lagi! Ahh sudahhh… tic toc tic tocsudah setengah jam Kamarul tercegat di hadapan pintu bilik air. Namun Orked tidak juga keluar.
Kamarul ketuk lagi pintu untuk kesekian kalinya. Kali ini dia tidak lagi meninggikan suaranya.
“Ooii, katik. Kau buat apa kat dalam tu. Kejang dah kaki aku kat luar ni.”
Sengaja Kamarul tekankan suara, biar Orked faham dan cepat menyudahkan kerja-kerjanya.
Senyap lagi tiada jawapan. Hmmm… Kamarul bergumam dan mula bosan. Akhirnya dia duduk termenung di pinggir katil.
‘Hendak tidur di mana aku malam ni ye?’
KAMARUL merebahkan tubuhnya. Rintik-rintik hujan seakan sedang menemani rintik juga dihatinya. Baru malam inilah dia merasai kepiluannya. Apakah yang perlu dikatakannya kepada Safiah? Kahwin paksa? Siapapun takkan percaya kalau Kamarul kena paksa menikahi Orked. Lainlah Orked, sesiapa pun akan yakin dan percaya, dia sudah kena mandrem oleh Kamarul kerana mana mungkin peguam muda sehebat Orked berpapasan dengan pomen kereta seperti Kamarul!
“Bangunlah!” Ada tamparan-tamparan lembut mengenai pipinya. Kamarul bengang tidurnya terganggu.
“Janganlahhhh.” Dia meniarap.
“Bangunlah, pergi mandi.”
“Awal lagi mak…” Kamarul mengangkat punggungnya lalu menonggeng. Kepalanya masih terlentuk di atas bantal.
“Bangunlah, kata tadi nak mandi.”
“Awal lagi ni mak…” Kamarul garu punggungnya.
“Hei panjang, Bangunlah. Pengotorlah main korek-korek punggung!”
Mata Kamarul terbuka luas. Tiba-tiba dia terus terjun dari katil. Matanya melilau memerhatikan sekeliling.
“Kat mana aku ni? Kau siapa? Kau culik aku ye?”
“Huh, tak kuasa aku.” Sehelai tuala di serahkan dengan kasar kepadanya.
“Bau dah macam kerbau lepas berkubang.”
“Hesyy…” Kamarul mencebir. Tuala disangkutkan ke bahunya. Dia segera menanggalkan bajunya.
“Oitt, apa ni!” Pekik Orked. Baju yang ditanggalkan baru sahaja tersangkut di kepala. Kamarul terhenti di situ. Tubuhnya telanjangnya terpampang di hadapan Orked. Kamarul tarik semula bajunya ke bawah.
“Kalau aku tak tanggal baju, macam mana nak mandi?”
“Pergi tanggal dalam bilik air!” Orked tuding jari ke pintu bilik air.
“Pulak?” Kamarul menggeleng lalu bergegas ke bilik air. Tidak lama kemudian kedengaran bunyi air dicurahkan dengan iringan lagu Hatiku Luka lagi nyanyian Black Dog Bone.
KELUAR saja dari bilik air, pandangan Kamarul gelap gelita.
“Blackoutke ni?” Soal Kamarul. Tapi soalannya tidak berjawab. Dia buka semula pintu bilik air. Elok saja lampu terang benderang. Bias cahaya lampu sampai ke sekujur tubuh di atas katil yang sedang berbaring dengan sebiji bantal di atas tubuhnya.
Tap, Kamarul tekan suis. Sebaik sahaja dia memusingkan semula tubuhnya, sebiji bantal meluru ke tubuhnya.
“Eh, apa ni?” Soal Kamarul.
Orked berpaling sambil menutup mukanya.
“Kkkau… kau.. hisy!” Kamarul pandang ke bawah. Tiba-tiba dia membeliakkan matanya. Tergesa-gesa dia mengutip semula tualanya yang melorot dari pinggang.
“Erkk… mana aku nak tahu jadi begini.”
“Kau sengajakan!”
“Hmm… tak, aku ta…”
Belum sempat Kamarul menyudahkan kata-katanya Orked terlebih dahulu bangun lalu keluar dari bilik.
Hmmmm… Kamarul tarik nafas panjang. Dia mengomel marahkan tuala. Malu betul, aset penting dia ternampak dek Orked. Kalau tak nampak nyata pun, bayang dan gambarannya mesti nampak juga. Tergeleng-geleng Kamarul. Mujurlah dia pakai ‘seluar kecil’ kalau tak, habislah dia kena terkam dek Orked. ‘Euwww ngeri!’ Kamarul terbayangkan adegan itu.
Kamarul termenung di birai katil. Romanya mencanak naik kerana kesejukan. Sudah lebih sejam dia hanya bertuala saja. Dia datang ke sini sehelai sepinggang dan ditinggalkan oleh mak dan abah juga sehelai sepinggang.
“Ya Allah, mana pulak minah katik ni?” Kamarul memandang aircond yang terpasang kuat. Remotenya entah di mana diletakkan oleh Orked.
Mengerekot sudah, mengereng sudah, menonggeng juga sudah. Segalanya serba tidak kena. Hujan di luar semakin lebat. Kamarul tidak berani hendak menyelongkar almari. Takut tiba-tiba saja Orked bertempik pula. Mana hendak diletakkan muka. Selimut pun tidak ada di atas katil.
“Huh, harap cadar saja yang lawa, selimut entah ke mana.” Rungut Kamarul. Dia benar-benar tidak tahan. Bibirnya mengeletar. Jari jemarinya juga mengeletar. Puas dia mundar- mandir dan berlari-lari anak dalam bilik untuk memanaskan tubuhnya. Namun letih saja yang dapat. Sudahlah letih, lapar pula. Dia tidak menjamah sedikitpun makanan gara-gara telah berjanji dengan Safiah untuk makan malam bersama.
“Aduh, Fea!” Kamarul tepuk dahi. Habislah cinta hatinya…
email : mybizsantaishop@gmail.com
No comments:
Post a Comment