LARA

LARA ~ Nasirah Ghafarullahhuddin
RM23 sm /RM26 ss
 postage RM8.00

Adakah salahnya mencintai lelaki itu?
Adakah salahnya merasakan bahawa lelaki itu milik abadinya? Ya, memang salah dirinya.

Di saat dia menerima cinta Hakimi, lelaki itu pergi meninggalkan dia tanpa khabar berita.

Sungguh, dia berasa kerdil kerana selama ini, dia terlalu mendambakan ceritera cintanya seperti mimpi indah.

“Apa niat you sebenarnya? You nak perangkap i? Cakap!” – HAKIMI

Kerana wanita bernama Natasha, dia terpisah dengan Umairah. Dia jahil menilai pengorbanan dan dosa pun bermula…

Umairah dan Hakimi, mereka saling mencintai… saling memiliki.

Namun, Hakimi terleka dengan pujuk rayu Natasha. Dia jatuh di jurang duka yang diciptanya sendiri. Kini, di mana hendak dia mencari gadis itu… sedangkan dia yang mengubah plot kisah mereka.

Bertahun lamanya, Umairah melumpuhkan hati untuk lelaki lain. Pertemuan sweet dengan Danial, sedikit sebanyak mengubah gundah kerana ditinggalkan Hakimi.

Daniel yang positif, baik hati, gentleman buat dia terjatuh sekali lagi…

Hinggalah kemunculan semula…

“Temboknya muka you untuk muncul semula di hadapan i.” - UMAIRAH

“Umairah…” – HAKIMI

“Don’t you dare call me my name!!!” – UMAIRAH

Sedar tak Hakimi… bukan proses yang mudah untuk merawat hati yang telah dimatikan.

Haruskah Umairah membuka luka lama?

Bagaimana dengan anasir-anasir jahat yang bersemayam menjadi si pengacau?

Memperoleh kembali cinta si dia bukannya senang. Ada saja kebencian merantai setiap langkah, menikam kekuatan cinta.
Benarkah menongkah rasa kalbu, hanya terbit duka… menambah lara?

No comments:

Post a Comment