HINGGA NAFAS YANG TERAKHIR ~ Suzana Jumadil
RM23 sm /RM26 ss
postage RM8.00
RM23 sm /RM26 ss
postage RM8.00
Dia manusia yang tidak kenal erti putus asa.
Cintanya mengikut hierarki yang berbeza.
Baginya, cinta yang dianugerahkan Sang Penguasa adalah suatu perjuangan yang perlu dipertahankan.
“Saya tak akan membiarkan lagi awak mengatur buah catur mengikut selera awak. Biar permainan catur kali ini saya yang programkan. Dulu, awak suka main dengan queen, suka mulakan langkah dengan kuda. Lepas tu, lari... Awak tahu?
Semua tu melambangkan cara awak menyelesaikan masalah. Kalau ada masalah, awak lari. Macamlah cara tu boleh selesaikan segalanya.” – FARIZ
Dia reda jika takdir memisahkan mereka. Lantaran rasa rendah diri yang terpasak sejak dulu, dia membawa diri.
Alasannya mudah, jika tiada seorang insan pun yang mahu menyayanginya di dunia ini.
Tuhan sentiasa ada untuknya. Barangkali, jihad adalah laluan terbaik mencari bahagia.
“Aku cuma seorang diri di dunia ni. Bagai tikus yang tinggal di rumah orang kaya, mengutip sisa makanan orang lain. "- FARISYA
Bercinta dan bahagia menjadi harapan semua insan bernyawa. Begitu juga pasangan Fariz dan Farisya.
Tetapi, satu konspirasi jahat manusia yang tidak disangka-sangka membuat mereka terlontar di satu waktu yang memisahkan.
Mampukan dipertahankan istana cinta walaupun jarak sudah mematikan langkah?
Cukupkah nilai setia yang dipasak menjadi azimat?
Kita yang memulai semuanya… kita jua yang mengakhirinya.
Berapa kali harus menyakiti? Berapa kali harus tersiksa begini?
Mungkin jua berkali-kali sehingga nafas yang mengakhiri.
email : mybizsantaishop@gmail.com
No comments:
Post a Comment