RHAPSODY - Hayati Ahmad

 
πŸ’žAKAN DATANGπŸ’ž
🌹RHAPSODY - Hayati Ahmad. (baru)
🌹RHAPSODY 

*“Dah nak tidurke?” Soal Ben.
“Tak, tak la. Saja baring.” Aku berbohong. Tapi rasa mengantuk aku memang sudah musnah sama sekali.
“Jom buka hadiah.”
“Hah, ok-ok.” Aku terus bangun lalu mengekori Ben ke arah kumpulan kotak-kotak yang berbungkus kemas di satu sudut bilik kami.
Kami meneliti satu persatu kotak yang dirasakan menarik untuk dibuka dulu.
“Ini siapa bagi ni?” Soal Ben sambil memegang kotak yang berbalut hijau.
“Bak sini.” Aku minta kotak tersebut dari Ben. Sebaik sahaja kotak tersebut sampai ke tanganku, aku terus membaca nama pemberinya.
~Peah~ Selamat pengantin baru beb. Semoga hadiah aku ni memberi manfaat yang besar untuk kalian berdua.
“Siapa bagi?”
“Peah.” Jawab aku dengan senyuman terpaksa rela. Ben mengangguk. Dia membuka satu kotak yang lain. Aku terus membuka kotak hadiah pemberian Peah.
Sebaik sahaja melihat isi hadiah tersebut, aku tidak jadi mengeluarkan isi kotak itu. Cepat-cepat aku letakkan kotak Peah ke tepi.
“Peah bagi apa?” Aku tersentak dengan soalan Ben. Ben pandang aku. Aku menggeleng.
“Sini abang tengok.”
“Tak yah la.”
“Apa yang nak rahsia sangat. Dengan abang kan?”
“Er…” Ben cuba mencapai kotak tersebut namun sepantas kelajuan cahaya aku sambar kotak tersebut dari jatuh ke tangan Ben. Tapi nampaknya Ben semakin teruja untuk mendapatkannya lalu menjangkau tubuhnya untuk lebih dekat. Aku menjauh, tapi belum sempat aku mengelak Ben terlebih dahulu ‘menangkap’ lenganku. Aku terus memeluk kotak pemberian Peah.
“Adik!” Ben memelukku untuk mendapatkan kotak tersebut. Darahku terasa menyerbu ke muka. Serta-merta aku lepaskan kotak tersebut ke tangan Ben. Ben tersenyum.
“Ambiklah, nak sangat!” Aku mencebir. Ben keluarkan ‘hadiah’ puaka si Peah lalu mengangkatnya tinggi. Maka terlayarlah nightgown berwarna pink telus pandang di hadapanku. Ben tersenyum di sebalik lingerie ‘bertuah’ itu. Wajah aku terasa semakin pijar. Hendak senyumpun aku rasa senget.
“Sudahlah, esok je buka hadiah.” Aku terus bangun. Tiba-tiba aku tidak dapat menahan diri dari ketawa. Hadiah Peah betul-betul menjadi ‘setan’ malam pertama kami.
“Nak pakai tak?” Soal Ben. Aku menggeleng dan ketawa semakin kuat.
Ben juga bangun lalu mengekoriku.
“Nak ke mana?” Soalnya.
“Nak tidurlah.” Jawabku.
“Katil kat situ sayang…” Ben pegang tanganku. Dan untuk kesekian kalinya jantung aku berdegup begitu laju. Mahu tidak mahu aku tidak lagi mampu mengelak. Dengan lagak acah-acah cool aku menghempaskan diri ke katil_Meniarap. Dalam hati rasa macam nak pengsan.
Ben tanggalkan bajunya. Oh Mai, Rin jangan tengok! Aku memujuk hati. Tapi kepalaku derhaka. Aku termenoleh memandang Ben. Siot! Aku tidak berani hendak mengira berapa pack yang ada ditubuhnya sebab Ben terus mendekatiku. Nafas aku terus jadi semakin laju.
Ah, harap-harap aku tidak kena mandi hadaslah pagi esok. Perlukah aku azan saja pada waktu dinihari begini?*
atau

No comments:

Post a Comment