KOMBO PLAYBOY

PRE ORDER
.
.
SINOPSIS LAMARAN UNTUK ENCIK PLAYBOY (LUEP)

Kerana terpaksa, dia telah membuat sesuatu di luar akal fikiran seorang wanita. Dia nekad melamar seorang playboy untuk dirinya.

" Sudikah Encik Zeydan Arman menjadi suami kepada saya?" - NURUL ASMIDAR

Nota lamaran itu disampaikan kepada bosnya sendiri demi menutup aib diri yang telah diperkosa oleh bekas majikannya. Dia perlukan lelaki untuk menjadi ayah pada kandungannya. 

Namun, lamaran yang dilihat terdesak itu telah ditolak dan dianggap gila oleh Zeydan Arman.

" Saya tak akan setuju untuk berkahwin dengan dengan awak biarpun tak ada perempuan dalam dunia ni. Nak tahu sebab apa? Sebab saya tak suka jilat bekas orang lain dan... saya tak berminat untuk jadi ' ayah segera' pada anak awak Asmidar!"- ZEYDAN ARMAN.

Apakah lamaran itu akan terus ditolak saat Asmidar merayu dan terus merayu? Kerana hati seorang playboy bisa tersentuh dengan airmata wanita.

" Saya akan berkahwin dengan awak Asmidar. Tapi, saya tak akan layan awak atau menjaga awak seperti suami yang lain. Awak teruskan hidup awak dan saya akan teruskan dengan hidup saya"- ZEYDAN ARMAN.

" Baiklah encik. Itu pun sudah memadai bagi saya. Terima kasih kerana sudi menerima saya sebagai isteri..."- NURUL ASMIDAR

Mampukah perkahwinan tanpa rasa cinta ini dapat bertahan sehingga ke hujung nyawa? Kerana akad nikah yang dilafazkan hanya kerana sebuah simpati.

Bagaimana pengakhiran kisah Encik Bos dan Cik PA ini? Dapatkah hati seorang playboy dicairkan oleh kelembutan seorang gadis kampung seperti Nurul Asmidar? 

" Awak tahu kan bagaimana perkahwinan ni terjadi? Jadi, jangan nak merungut" - ZEYDAN ARMAN.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡
SINOPSIS CHARMING PLAYBOY MARRIED CIK NERD (CPMCN)

Gibran Aariz, 

Si Charming Playboy. Terlalu handsome, kaya dan digilai semua perempuan. Gibran menukar perempuan seperti menukar baju. Istilah cinta tidak pernah ada dalam kamus hidupnya.

Mulan Aurellia,
Seorang nerd. Perwatakan polos. Mempunyai rupa skema dan suka pakai baju old fashion.

Pertemuan tanpa sengaja telah menemukan mereka berdua. 

" Damn. Betul ke semalam aku bersama dia?" - GIBRAN AARIZ

" Awak dah musnahkan hidup saya. Kenapa awak buat saya macam ni?" - MULAN AURELLIA

Kerana mabuk, hidup Gibran Aariz telah menjadi huru hara hanya kerana dirinya telah tersalah masuk rumah. Sedar saja, dia dah berada di atas katil bersama Mulan Aurellia! Gadis yang tak memenuhi kriterianya langsung!

" Daddy nak kamu kahwin dengan perempuan tu"- DATUK BAHRAN.

Maka, bermulalah episod dendam si charming playboy pada Mulan Aurellia. Macam-macam taktik jahat dilakukannya untuk menyingkirkan Mulan daripada hidupnya, walaupun mereka telah sah bernikah.

" Aku tak sangka kau dah bersedia nak bersama aku. Daripada aku cium kau, lebih baik aku cium perempuan cantik dekat club. Kau apa ada. Aku tak hadap dengan tubuh kau" - GIBRAN AARIZ

☆☆ HANYA JUAL ONLINE. TAK ADA DI KEDAI BUKU
atau

No comments:

Post a Comment