KOMBO MELOMEDI

Preorder
Tajuk:CINTA YANG TERLEWATKAN
Genre: KOMEDI ROMANTIK
Penulis: SARA HEZRA

Terbitan:ORABOOK PUBLICATION
Keluaran: OGOS 2019
M/s:600++
-
Tajuk:SAAT KAU TAKLUK CINTA INI
Genre:MELODRAMA
Penulis: SARA HEZRA
Terbitan:ORABOOK PUBLICATION
Keluaran: OGOS 2019
M/s:600++
-
Harga kombo ini RM70SM/RM73 SS
Single RM43 sm/RM46 SS

-
Novel ini adalah PRINT ON DEMAND(POD)
-
Pre order dibuka sehingga 10.8.2019
Selepas 10.8, sara akan kutip order untuk pengiraan. Jumlah yang order sahaja akan dicetak.
Pengeposan novel ini dijangka bermula pada 26.8.2019.

*******
CINTA YANG TERLEWATKAN


BLURP 
"Benarlah Darwin's Theory ni, Dahlia. Sesungguhnya, dari beruk kau berubah jadi orang malah jadi perempuan cantik pulak tu!"~Ziyad Haliq
"Isaac Newton punya teori graviti pulak sesuai sangat untuk aku apply. Jangan tanya kenapa pelempang aku singgah kat pipi kau. Semuanya kerana graviti!"~Dahlia a.ka Chempaka Exora.Rose Dahlia 



Nama dia Dahlia. Nama yang diberi oleh Mak Long Joriah tapi dia senang menggelar dirinya Chempaka Exora Rose Dahlia. Nama tak menahan. Semua nama bunga dia rembat. Ziyad pula malas nak panggil panjang-panjang tapi terpaksa juga bila ggelaran sering meniti bibir Ziyad adalah , "Bunga tahi ayam".



Ziyad Haliq itu bukan orang lain, sepupunya jugak. Sepupu yang selalu mengunjungi rumah Mak Long Jori. Balik sekolah saja dia akan tumpang makan di situ. Dia nampak Dahlia memang tak semenggah. Apa saja tentang Dahlia pada matanya memang buat dia tak berkenan. 



Kerana satu peristiwa, Ziyad membawa diri ke UK. Lama mamat tu tak balik. Hampir 15 tahun. Satu hari Ziyad muncul semula di rumah Mak Long Jori.



“Kenapa kau balik?”~Dahlia
“Eh, kau kisah sangat aku balik kenapa? Bukan aku nak rampas bilik kau atau tilam kau. ke kau goyah? Rasa jatuh cinta dengan aku yang makin handsome ni?”~Ziyad.



Ya, Ziyad makin tampan tapi tetap tidak membuatkan Dahlia sukakan lelaki itu. Sampai satu masa, takdir mengikat mereka. Perkahwinan mereka nampak macam sempurna dan tiada paksaan tapi sebnarnya perkahwinan mereka ruang percakaran.



"Kau memang suka aku sebab tu kau bersepakat dgn mak long jori nak buat aku dan Soraya putus."~Ziyad.



"Eh, tolong sikit ya. Kau tu yg suka aku sebab tu kau tak memberontak, tak mogok bila mak long nak kahwinkan kita. Kau siap masuk meminang berpantun bagai. Tu duit hantaran mcam retisss tu, kalau kau tak nak, mesti kau tak bagi aku kan? Nampak sgt kau memang terlampau syok kt aku sampai sanggup sogok hantaran 100k."~Dahlia



Pening lalat rumahtangga mereka. Tunggang-langang, upside down tapi untuk lafaz talak, itu bukan perkara yg terlintas di fikiran Ziyad. Hanyut dengan haluan masing-masing, Ziyad terabai perhatian terhadap Dahlia namun bila tiba-tiba bila Dahlia dapat kerja sebagai pramugari, Ziyad bagai hilang punca. 



"Bila Dahlia nak balik ?"
"Liya kat Tokyo.Tak balik kot."
"Abang rindu laa."
"Eh, setahun Liya tercongok kat rumah siang malam abang tak peduli pun, Liya dah kerja abang sibuk pula nak rindu?"



Ziyad rasa terpukul namun dia tak mampu putar semula waktu yang terbazir. Kemelut bertambah runcing bila rahsia yang disimpan Ziyad terbongkar. Atas segala kesakitan yang diberi mampukah Dahlia menyambut cinta Ziyad atau mengakui, cinta ini adalah CINTA YANG TERLEWATKAN? 



*****
SAAT KAU TAKLUK CINTA INI…



BLURP 
Rahhal yang tak ada pilihan, perlu meninggalkan kerjayanya dan balik ke kampung apabila emaknya jatuh sakit. Namun kepulangannya tidak disenangi Fakhril. Fakhril bertindak merampas rumah pusakanya.



Rahhal tidak mudah mengalah. Tetap kental, dia membangunkan tanah milik emaknya dengan mengusahakan kebun pisang dan kolam ikan. 



Kehadiran Haira yang menumpang di pondoknya membuatkan hatinya mula disapa cinta dan ternyata gadis cantik itu sanggup bersama-samanya bersusah payah membina kehidupan. Manisnya cinta tidak bias kalah teruji kemiskinan. Cinta mereka utuh.



Sedang mereka didakap hangat asmara, terbongkar pengkhiatan Haira. Rahhal kalap. Cinta yang memugar di hatinya berantakan. Hilang percaya saat bertebaran dusta dari gadis selembut Haira. 



“Saat kau takluk cinta ini, saat itu juga kau hempas seluruh hatiku dengan pengkhianatanmu!”~RAHHAL TAUFIQ



Namun kata Haira, dia terpaksa. Dia mungkin berbohong banyak perkara tapi dia tidak pernah membohongi rasa cintanya.



Rahhal memutuskan untuk berhenti menyinta. Haira berikrar untuk terus bertahan setia. Rahhal penuh dendam, Haira terus sulit memendam. 



Jiwa dan raga terpisah namun saat takdir mempertemukan mereka kembali, tegakah mereka bersua untuk kali kedua? Mampukah Rahhal menghulur maaf atau dia dia yang perlu meraih sebuah kemaafan seorang Haira Melissa?



“Cinta ini sudah menakluk seluruh atmaku, sehingga aku tidak lagi bisa merasa pahitnya dusta.”~RAHHAL TAUFIQ



“Ya, saat kau takluk cinta ini, tidak ada satu pun daerah dalam hati ini kau tinggalkan kosong. kerana ia telah terisi oleh hebatnya cintamu!”~MELISSA HAIRA

atau
atau

No comments:

Post a Comment