❤️ KOMBO MELELEH ❤️

💞 PRINT ON DEMAND
💞 TIADA DI KEDAI BUKU
💞 PENULIS BEST SELLER
💞 CETAKAN UNTUK YANG MEMBUAT PEMBAYARAN SAHAJA
❤️ KOMBO MELELEH ❤️
Pre order : 25 june - 9 julai. 
Free gift untuk 100 terawal
Sinopsis :
💕 Lizzy - Zati Mohd
Tiga tahun berlalu, kini Lizzy kembali sebagai seorang gadis biasa yang menuntut hak cintanya dari lelaki bernama Rayyan. Bukan lagi sebagai penjenayah yang paling dikehendaki polis suatu masa dahulu.

Kisah cinta Lizzy dan Rayyan menjadi kisah cinta paling bahagia antara mereka berdua. Namun pengakhiran perhubungan mereka bukanlah ‘happy ending’ seperti yang mereka duga.

Beberapa hari sebelum mereka disatukan, Rayyan diculik. Misi mencari dan menyelamat dijalankan. Hinggalah suatu hari, Lizzy terpaksa menjadi seperti dirinya tiga tahun lalu. Hasil bantuan Kim sepupu Rayyan. Mereka melakukan misi mencari dan menyelamat Rayyan tanpa pengetahuan pihak berkuasa.

Pertama kali melihat Lizzy, Kim jatuh cinta namun apa boleh buat Lizzy akan menjadi milik Rayyan sepupunya sendiri. Dan demi Lizzy juga, dia rela mempertaruhkan nyawa untuk mencari Rayyan.

Siapakah yang menculik Rayyan? Mampukah Rayyan dijumpai? Dan adakah Kim mampu membuka hati Lizzy untuk mencintainya? Semuanya akan terjawab dalam LIZZY.

💞 Masihkah Ada Cinta Buat aku? - Azwari
Arissa Najwa tidak terfikir untuk berkahwin di usia yang muda. Namun demi membalas jasa ibu saudaranya dia menerima lamaran Haris Naufal sebagai suaminya. Walaupun perkahwinan mereka bermula tanpa rasa cinta, mereka bahagia dengan perkahwinan ini.

​Di saat Arissa bergelar ibu, dia mula memberontak. Hatinya inginkan sesuatu yang mampu membanggakan suaminya. Lebih-lebih lagi suaminya kini bergelar CEO di sebuah hotel terkemuka.

​Sekelip mata, dunianya berubah. Disebabkan hasad dengki seseorang, memusnahkan kepercayaan Haris terhadap Arissa. Dirinya diceraikan sehingga dia hidup sebatang kara tanpa anak-anak di sisi.

​Mereka dipertemukan selepas lima tahun berpisah. Namun Haris Naufal yang dikenalinya dulu tidak sama lagi. Status bekas suaminya sebagai majikannya menjarakkan lagi hubungan mereka. Haknya sebagai ibu dinafikan oleh Haris.

​Hadirnya Salina dalam hidup Haris, membuatkan hati Arissa semakin terluka. Di saat Arissa ingin melupakan Haris, ada seseorang yang menyintainya dalam diam

​Masihkah ada cinta buat Arissa di hati Haris? Atau dia perlu memberi peluang kepada lelaki yang lain untuk menyintainya.

atau
atau

No comments:

Post a Comment