PENSYARAH HOT ITU SUAMI AKU ~ Mum Linz



PENSYARAH HOT ITU SUAMI AKU
BUKU TERPAKAI.. KONDISI BAGUS
ADA 1 NASKAH SHJ
SAPE CEPAT DIA PUNYE
PENGHANTARAN DLM MGGU DPN
TIADA REPRINT
MAAF BUKAN HARGA KASIH SAYANG!
HARGA DITAWARKAN RM88 SM / RM98 SS
termasuk poslaju
serius berminat sila ..
"Dewi faham… Dewi faham, abang. Abang tak boleh terima. Bermaksud sampai bila-bila pun abang dah tak boleh nak tengok Dewi. Nak teruskan hubungan kita. Kalau itu yang boleh buat abang tenang, abang buatlah. Keputusan di tangan abang. Dewi terima."

Aduka masih bungkam. Tak menjawab sepatah pun.
"Dewi tak mampu nak buang semua tu dari kepala abang. Abang carilah bahagia abang. Dewi harap abang jumpa perempuan yang betul-betul layak, suci dan hanya milik abang seorang." Dewi mengangkat punggung. Ingin keluar dari bilik tidur mereka yang meninggalkan banyak kenangan manis antara mereka. Ingin keluar dari rumah yang pernah diserahkan padanya dulu. Ingin keluar dari hidup lelaki yang bertakhta di hatinya.
Dewi bersiap-siap di bilik tamu. Air mata belum mengering. Sungguh sakitnya hati, terseksanya perasaan hanya TUHAN saja yang mengerti. Siapa yang patut dipersalahkan sekarang?
Dewi melangkah keluar dari bilik tamu. Makanan yang terhidang di atas meja makan dipandang sepi. Seleranya mati. Kad bank dan kad rumah dikeluarkan dari dalam beg tangannya. Diletakkan semula di atas meja.
'Semua itu bukan milik aku lagi. Buat apa aku simpan.' Pen di atas kabinet TV diambil, dan sekeping kertas dari dalam beg tangannya dikoyak. Menulis sesuatu untuk sang suami. Ditindih kertas yang siap ditulis dengan kad bank dan kad kondo di atas meja.
Kaki diayun ke arah pintu besar. Mata memandang sekeliling rumah. Mungkin dia akan rindukan rumah ini. Air mata menitis lagi. Diseka pantas. Nafas ditarik lagi. Pintu dibuka, kaki 
melangkah keluar.
"Selamat tinggal suamiku..."

No comments:

Post a Comment