DIBUKA UTK PRE ORDER
INSHAA ALLAH MULA PENGHNTAN DLM MGGU DEPAN
KOMBO
RM68 SM / RM72 SS
termasuk postage
🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁
AKU BUKAN KELIP-KELIP - APRIL SNOW
HARGA RM30 SM/ SS
POSTAGE RM8 SM / RM12 SS
Kak Lang Teh Jannah kakak aku yang ketiga. Kami empat adik beradik. Semua perempuan. Mak dan arwah abah tak ada rezeki anak lelaki. Aku yang bongsu. Teh Nuur Tirana.
Nama aku memang lain sikit. Entahlah. Aku pun tak tau sebab apa. Spesial kut aku ni masa lahir dulu. Kata mak, arwah abah yang bubuh tambahan Nuur tu. Mak ikut aje. Kak Long Teh Mariah duduk di Labuan. Ikut suami dia yang kerja tentera. Ada tiga anak. Kak Ngah Teh Kamariah pula duduk kat Felda Palong di Gemas. Anak dia dah empat. Suami dia peneroka Felda kat situ.
Kak long dengan kak ngah memang duduk jauh, jadi jaranglah balik kampung tapi kami berempat ni sentiasa dekat sebab ada group WhatsApp. Kami akan riuh kat ‘rumah hijau’ tu. Ada aje cerita. Aku la yang paling kecoh. Dan sebab paling kecoh, aku la juga yang paling kerap kena bahan dengan dia orang. Lagi- lagi bila pak lang pinangkan aku untuk anak sulung dia, si Daud badak Al-Syaitonirrojim gemuk tu dulu. Memang teruk aku kena gelak…kena sakat.
Tapi aku mana boleh tak membalas. Mulut aku ni mana boleh nak bagi orang menang kan. Tak hingin aku dengan si badak tu. Mulut dah la berpuaka. Nanti dengan aku sekali kena rasuk puaka mulut dia tu.
Kak lang yang paling hampir duduk dengan mak walaupun tak sebumbung. Kak lang duduk dengan mak mentua dia. Sekampung dengan mak juga. Jadi dia tempat rujukan kami kalau nak tahu pasal mak.
Kalau ada hal-hal penting kat kampung, kak lang juga la jadi reporter atas talian. Melaporkan secara langsung. Aku ni hujung minggu aje dapat balik kampung tengok mak. Dari mula kerja lima tahun dulu memang aku jadikan rutin. Mesti balik. Bila pindah kerja ke Kuala Lumpur pun aku tetap juga balik kampung bila hujung minggu. Kecuali ada hal penting, aku akan cakap kat mak dan kak lang. Biar kak lang tengok-tengokkan mak.
Kak lang sangat beruntung. Dapat suami, lelaki yang baik sangat dan bertanggungjawab pada dia dan anak-anak. Rezeki kak lang. Mak mentua dia pun sayang betul kat kak lang dan layan dia dengan baik.
Daripada dia beranakkan anak pertama dulu, mak mentua kak lang lah yang jaga dia masa berpantang. Mak pula akan pergi untuk mengurut dan bengkung kak lang. Rumah mak mentua kak lang tak jauh pun dari rumah kami. Jarak sebatang rokok aje bak kata arwah abah dulu.
Mak dulu bekas bidan kerajaan. Mak memang pandai mengurut. Tapi bila dah pencen ni, mak tak adalah nak terus jadi bidan dan tukang urut. Penat katanya. Hanya kalau untuk anak-anak dan kaum keluarga aje yang mak akan buat. Aku ni adalah menurun bakat mengurut daripada mak. Sikit-sikit tu bolehlah. Kalau tengah sesak boleh la aku jadi tukang urut bidan terjun!
Mak mentua kak lang dengan mak bukan orang lain. Biras. Kak lang kahwin dengan anak tunggal arwah Pak Ngah Jalal, Abang Hadi. Pak Ngah Jalal tu adik abah. Abang ipar aku tu anak tunggal. Kerja kampung. Dia usahakan kebun getah dan kelapa sawit peninggalan pak ngah. Juga kebun buah-buahan dari tanah yang dibeli dari duit hasil kebun getah dan kelapa sawit.
Sekarang ni dia tengah usahakan projek tanaman cili merah kat kebun getah dia tu. Kata dia cili merah ada harga yang baik di pasaran. Abang Hadi yang aku panggil abang lang ni gila rajin. Tak duduk diam. Tak pernahlah kalau aku singgah rumah kak lang nampak dia lepak-lepak. Nak tidur tengah hari lagi la tak pernah. Ada aje kerja dia buat cari duit. Yalah. Kerja sendiri. Malas jawabnya makan sabut la anak bini dia.
Cakap pasal ikan haruan yang aku ambil tadi, kak lang yang teringin sangat nak makan kata mak. Pak Harun, suami Mak Besah memancing kat sungai kampung seberang petang semalam. Tu yang dia telefon mak malam tadi pesan kat mak suruh datang ambil pagi ni. Dan aku la yang ditugaskan mak suruh pergi ambil. Aku juga nanti yang akan hantar haruan salai ni ke rumah mak mentua kak lang. Rezeki kau la, kak lang.
Telinga terus dihidangkan suara nyaring pak lang dari atas rumah. Aku ketap gigi. Orang tua ni memang mendapat dengan aku karang ni. Kau tunggu aku naik, pak lang!
🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁
Yang manis-manis semua dalam novel ya.
RISIK PADA HATI -HANNI RAMSUL
HARGA RM30 SM/SS
POSTAGE RM8 SM /12 SS
Hati yang sakit bagai tidak mahu hilang. Menyesal rasanya dia naik ke tingkat atas mencari Adam. Lain yang dicari lain pula yang dia jumpa. Melihat aksi mesra Adam dan Hayfa bagai melihat gunung api yang meletus. Bahangnya terus meresap ke hati. Sungguh di luar dugaannya aksi yang dilihat petang tadi.
“Bodoh. Bermesra tak kira tempat. Saja nak suruh aku tengok laki kau sayang kau? Ingat aku peduli? Tapi, memang aku pun…” dia mengeluh lemah di hujung ayat.
Turun naik nafasnya teringatkan senyum Hayfa yang seakan mengejeknya. Senyum Hayfa penuh kemenangan. Dia pula, seakan orang bodoh. Tidak mampu bergerak walau satu inci pun dek kerana terkejut dengan aksi Adam.
“Abang Adam ni memang bodohlah. Aku punyalah elok. Cantik, muda… sah-sah tak mandul macam si Hayfa tu. Tapi perempuan tu juga yang dia pandang. Menyampah!”
“Dah kenapa ni? Muncung dah panjang sedepa. Bercakap sorang-sorang. Kena sampuk ke?”
“Ya!” Geram nada jawapannya bersama muncung yang semakin panjang.
“Sampuk dek hantu apa?”
“Hantu Hayfa!”
Adibah tersenyum nipis sambil perlahan menggeleng.
“Sudahlah. Tak payah buat muka macam ni depan mak. Cuba bagitahu apa masalahnya? Hayfa buat apa kat kamu?”
Erra mengeluh panjang. Merengek geram sambil menghentak kedua-dua kaki ke lantai. Sungguh ada rasa geram yang terkumpul di hatinya.
Terperangkap di situ tanpa mampu dia keluarkan.
“Abang Adamlah mak… orang bencilah. Perlu ke dia nak mesra-mesra dengan bini dia tu depan orang? Sakitlah hati. Yang Hayfa tu pulak. Ya ALLAH!!
Menyampahnya!”
Adibah tergelak.
“Padan muka. Kenapa pergi tak ajak mak? Kalau mak ada tahulah macam mana mak sekolahkan Adam dengan Hayfa tu.”
Erra hanya mencemik. Panas hatinya masih belum hilang ibunya pula sesedap rasa menambah bara.
“Sabar je lah. Yang penting kamu terus buat baik dengan mak long kamu. Dengan Adam tu. Jangan jemu-jemu. Sampai bila dia nak mesra-mesra dengan bini mandul dia tu? Sampai bila mak long kamu nak bela menantu mandul dia tu? Betul tak?”
Erra mengeluh.
“Terus je buat baik dengan Adam tu. Dia cakap apa pun buat tak tahu je. Pandai kamu ambil hatinya jadi hak kamulah Adam tu. Takkanlah si Adam tu tak nak anak langsung. Yang penting kamu. Jangan cepat sangat mengalah kalau memang kamu nakkan Adam.”
“Memanglah orang nak mak. Dari dulu lagi orang nak Abang Adam. Tapi Hayfa tu datang merampas. Kalau Hayfa tu tak wujud dalam hidup Abang Adam sekarang ni mesti orang dah jadi isteri Abang Adam.”
“Alah… tak payah nak fikir sangatlah. Tengoklah apa balasan orang yang potong jalan anak mak? Mandul jadinya!” Bersungguh Adibah bersuara memberi semangat.
“Apa yang lebih kat Hayfa tu yang tak ada kat orang, mak?” Tanpa mengacuhkan kata-kata semangat daripada ibunya, Erra mengajukan soalan dengan perasaan yang terbuku. Entah kenapa, walau sudah bertahun-tahun, dia tetap tidak dapat melupakan Adam.
“Tak ada apa yang kurang pada kamu Erra. Kalau Adam nak isteri yang kerja bagus kamu pun kerja bagus. Nak yang cantik kamu jauh lagi cantik daripada bini dia tu.”
Erra mengerling.
“Dah orang anak mak, mestilah mak cakap orang yang cantik.”
Adibah ketawa rendah. Erra menarik nafas dalam-dalam.
“Susah-susah carilah orang lain Erra. Lelaki dalam dunia ni bukannya Adam sorang. Kamu tunggu Adam tu sampai sudahlah mak ni tak merasa nak bermenantu. Bercucu jauh sekali.”
Erra menggeleng. Bagaimana dia mahu mencari orang lain sedang di dalam hatinya hanya ada Adam seorang?
“Orang sayang Abang Adam. Mak pun suka sangat dengan Abang Adam kan? Anak saudara kesayangan mak kan? Lagipun cucu mak dah berderet kut. Tu… anak kak long, anak abang ngah.”
Giliran Adibah yang mengeluh panjang.
“Orang akan usaha sampai Abang Adam tu pandang orang ni. Jatuh hati pada orang.”
“Sebab mak tahu Adam tu baik orangnya. Ikut kamulah kalau kamu nak juga si Adam tu. Tapi ingat… kamu tu bukannya makin muda.”
Erra diam. Ibunya berlalu. Dia bersandar ke sofa. Mendongak merenung siling. Memandang kipas yang berputar. Fikiran kembali sesak dengan bayangan insiden petang tadi.
“Kalaulah aku yang Abang Adam dukung…” Tidak habis kata-katanya, Erra tergelak sendiri.
“Gatal kau Erra.” Omelnya mengekek sambil bingkas bangun. Tidak mahu lagi terus melayan rasa geram di hati.
email : mybizsantaishop@gmail.com
atau
atau
No comments:
Post a Comment