KOMBO PEDAS ~ HASH AULIA


"Harini, Postage dah naik kan untuk SS? RM 12.50.. Tapi, harga untuk SS Hash still sama sehingga 15 Mac. So sesiapa yang order masa pre order, postage harga asal. After pre order, maybe akan naikkan ikut harga semasa. Better grab before PRE ORDER.. " ~ Hash Aulia
Yang mana nak order sila P M /www.wasap.my/60189666752/KomboPedas

TEASER ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

💚💖🖤💙💘💚💖🖤💙💘
¤ Teaser ¤
Geza Amsyar : Seego Hatimu

"Siapa izin masuk bilik aku?"

Mellisa bungkam. Tak berkelip dia pandang muka sinis encik suami.

"Siapa izinkan kau masuk bilik aku?" Suara Geza semakin sinis dengan senyuman menyakitkan hati.

"Oh.. Sekarang ni saya perlukan izin ke untuk masuk bilik ni?" Tutup pintu, dia melangkah ke almari. Berwajah tenang. Walhal, hati terhiris dengan bicara sinis encik suami.

"Yes! Ini rumah aku. Ini bilik aku!"

Mellisa pejam mata.

"Geza.. " seru dia perlahan. Cuba menahan sebak yang mula bertandang. Personaliti Geza berubah 360 darjah. Sumpah! Dia seakan tak kenal siapa yang berdiri depan mata dia saat ini.

Adakah Geza kawan baik dia dulu, sama dengan Geza yang sekarang. Dua perwatakan dalam satu jasad.

"Malam tu saya cuma.. "

"In one hour, aku nak kau pack semua barang kau dan keluar daripada rumah aku. In one hour!"

Allah!

Dia terhenyak dalam kejutan. Mata tepat memandang ke wajah bengis Geza. Tak berkelip walau sesaat.

"Kau buatlah macam mana sekalipun. Dalam masa satu jam, aku tak nak tengok barang-barang kau dalam rumah aku."

Rahang bergerak-gerak. Mata memerah.

"Bila aku balik nanti, aku tak nak tengok barang kau menyemak depan mata aku. Aku tak nak tengok kau. Leave!"

Allahu... Kuatlah hati. Kuat...

💚💖🖤💙💘💚💖🖤💙💘
Luf Rizqi : Sekeras Jiwamu

"Cik Qaseh, please.." Akhirnya Luf memberi amaran apabila sedari tadi lagi Qaseh duk menggesel pada tubuhnya.

Pelik sungguh perempuan sorang ni. Beza dengan adik dia.

"Why? I tak ganggu you kerja pun.."

Ya. Memang kau tak ganggu aku kerja. Tapi, kau ganggu kosentrasi aku. Daripada tadi duk menempel, rimas!

"You tak sepatutnya buat macam ni. Tak kena cara. Tak kena gaya. Anak orang kaya berpewatakan macam ni."

"You nak cakap I murah ke?" celah Qaseh. Sengaja dia dekatkan tubuh ke Mr Mannequin. Membelai lengan encik bodyguard.

"Baguslah kalau sedar. Jangan terlalu gedik sangat. Lelaki tak suka."

Merah muka Qaseh. Pertama kali kena tegur dengan lelaki asing. Dan pertama kali kena reject. Buat ego mula tercabar. Ketap bibir, dia menikam tepat ke dasar anak mata si lelaki. Wajah yang langsung tak bereaksi.

Memang patung!

"I memang murah. So, apa you nak hairan? Hobi I memang suka sentuh you." Selamba dia tarik tangan Luf lalu lingkarkan ke pinggang sendiri. Kemudian, menoleh ke belakang.

"Papa... Bodyguard papa cabul Qaseh. Dia pelukpinggang Qaseh."

Jatuh rahang Luf. Buru-buru dia tarik tangan seraya menoleh ke pintu utama. Nampak je kelibat Dato Ilham, dia pantas geleng kepala.

"Tak, Dato. Tak. Saya tak buat." Kalut dia bela diri sendiri.

Mengerling sekilas pada Qaseh, si gadis senyum senget.

"Qaseh tak pernah kena cabul. Bila dah kena sentuh macam tu, Qaseh rasa elok kitorang berkahwin je."

What. The.??

Perempuan ni diperbuat daripada apa?

Melopong Luf. I cannot brain. 

💚💖🖤💙💘💚💖🖤💙💘
Aurellia : Masihkah ada Rindu?

"Aurel.."

"Don't touch me!" Tangan direntap. Jemari telunjuk naik tepat ke wajah encik suami.

Tergamam Shaq sesaat melihat tingkah laku cik isteri. Berbeza sangat dengan Delana yang sopan. Sekilas, tangan meraup wajah. Dia hela nafas kasar.

"Bak sini kunci kereta. Dah pukul berapa sekarang ni? Tak payah nak keluar sangat."

Peluk tubuh. Aurellia senyum sinis.

"Kalau aku tetap nak keluar. Apa kau boleh buat?"

"Jangan nak tempah neraka sangat, Aurel. Neraka tu bukan tempat yang indah-indah."

Zap! Deep sangat! Sehingg senyuman dia mati mendadak.

"Kurang ajar dengan I, boleh dimaafkan lagi. Tapi, melangkah masuk ke kelab malam... " jeda. Dia tenung tajam ke dasar mata si isteri.

Isteri-paksa-rela.

"I tak akan izinkan."

"Kau siapa nak arah-arah aku? Berapa kali aku nak cakap, yang aku... "

"Lana tak tidur lagi?"

Tiba-tiba Shaq mencantas sambil memandang ke belakang. Bibir koyak senyuman manis.

Dengar je nama si kakak meniti di bibir Shaq, spontan Aurellia menerpa ke dalam pelukan encik suami. Bicara kasar tadi terus lenyap. Dia pelukkemas tubuh Shaq.

Satu je agenda dia. Sakitkan hati Delana. Biar si gadis menderita melihat kemesraan dia dengan Shaq a.k.a bekas teman lelaki Orked Delana.

Membisu. Hilang diksi. Tak berkelip dia pandang Aurellia yang sedang membelit tubuhnya. Setiap lekuk tubuh Aurellia jelas terasa.

Telan liur. Dada dihempas debaran maha hebat.

Mudahnya nak tipu budak ni.. Bisik hati Shaq perlahan.
atau

No comments:

Post a Comment