CINTA HATI MR KEKWAT

CINTA HATI MR.KEKWAT - NorShiemah Md Yasan
RM38sm/RM41
termasuk pos
Hafiz mempunyai segalanya. Seorang pengarah urusan yang kaya, kacak dan mempunyai kekasih yang cantik yang bernama Nayla. Akan tetapi poyo, sombong, berlagak dan kekwat. Hanya seorang sahaja yang bijak mematahkan setiap kata-katanya. Maya. Seorang gadis yang bersaiz XL, suka makan dan banyak cakap. 
“What! Awak save nama saya dengan… Mr. Kekwat? Are you mad, Maya?” - Hafiz
“Bila taip nama Encik Hafiz, saya tak jumpa button save. Sorry.” - Maya
Hidup mereka kemudiannya porak-peranda apabila kekasih hati Hafiz, Nayla mula bermain kayu tiga. Bukan dengan orang lain. Tunang Maya sendiri iaitu Bakhtiar. Hafiz telah meletakkan segala punca perpisahan kepada Maya. Sedih? memanglah Maya merasa sedih. Tetapi dia kuatkan juga untuk melayani Hafiz dan tidak akan mengalah.
Masalahnya, keluarga Hafiz sudah mulai suka dengan Maya. Hajat hati sangat Maya menjadi menantu mereka. Kahwin dengan Maya? Memang tidak! Sampailah dia cuba menjodohkan Maya dengan Razaifi. Masalahnya, lain yang dirancang lain yang jadi. Pening!
Sehingga satu peristiwa, hati Hafiz mula kendur dengan kebenciannya terhadap Maya. 
“Saya tak nak minyak angin. Saya tak suka.” - Hafiz
“Tak pernahlah orang tolak minyak angin ni. Sapulah, Encik Hafiz. Buat hilang pening tu.” -Maya
Masalahnya baru sahaja Maya nak menyulam sayang kepada Hafiz, Nayla datang semula untuk menagih cinta Hafiz.
Siapakah yang bakal dipilih oleh Hafiz? Bekas kekasih hatinya atau insan yang pernah dia benci?

No comments:

Post a Comment