TRIPLE MACHO GUYS ~ HANA EFRIENA

TRIPLE MACHO GUYS tutup order 31/8. Selepas itu jika baki kuota ada baru kami open. DUDA MILIK AKU dah masuk kilang. Tinggal #DHAZ hujung bulan. #ZEHAN awal Sept hantar kilang. Pengeposan insyaAllah dlm bulan SEPT 2018. Akan diupdate dari semasa ke semasa. TQ yang support. ♥️♥️♥️
Print on demand sahaja.
DUDA MILIK AKU
Sebelum sempat ciuman Miranda berlabuh pada seulas bibir Nuria, terasa tubuh direntap kuat daripada belakang. Dua susuk tubuh yang nyaris ‘hanyut’ tergamam.

“What the h e l l do you think you are doing, Miranda??” Suara celah gigi. Hampir pekak telinga Miranda dan Nuria.

Turun ke dada bidang Dhaz, jelas berombak ganas.

Wajah Nuria pucat.

Sedangkan wajah Miranda jelas tak beriak. Kosong dan penuh sinis. Menyilang tangan pada tubuh, pandangan didongak. Jelas mencabar si suami.

“What?” Sepatah Miranda soal.

Dhaz raup muka. Ikutkan hati nak gegar Miranda kuat-kuat supaya Miranda sedar hubungan sejenis dia tu takkan ke mana-mana.

“This is wrong. Totally wrong, Miranda Sofea.” Dhaz ulang dengan suara yang menekan.

Miranda hamburkan gelak lucu pada bibir.

“Memang salah. Dari awal lagi semuanya memang salah. Dan yang paling salah bila kau nekad untuk nikahi aku.” Nada yang tadinya diselit dengan tawa lucu berubah keras di hujung ayat.

Menghembus nafas hangat, Dhaz semakin rasa tergugat.

Mampukah dia mengubah seorang Miranda Sofea? Saat ini, fikiran Dhaz seakan membeku. Tidak mahu mengeruhkan keadaan di tempat umum, jemari Miranda dilelar kemas.

“Come with me. And you, Nuria. You sedar tak apa yang you buat tadi?” Marah Dhaz berpindah pada Nuria.

Kalaulah Nuria tak melayan, tentu Miranda takkan bertindak sebegitu.

Goddamit! Why do I keep getting myself into this situation?

Nuria seakan-akan hilang ‘lidah’ hendak menjawab. Mujurlah ada Miranda sudi membela dirinya.

“Yang kau nak salahkan dia, kenapa?”

“Jadi bagitahu, siapa lagi yang lebih bersalah dalam hal ni? Kau?? Atau aku??” Mata Dhaz merah menahan marah.

Bibir Miranda tak luntur mengukirkan riak jengkel. Merentap, pegangan Dhaz padanya terlerai. Melangkah satu tapak ke hadapan, jemari naik menunjal-nunjal dada bidang Dhaz.

“Listen up. Let me make myself clear, Dhaz Rifzal.” Jeda.

Dan Dhaz seakan sudah mampu membaca ayat seterusnya yang bakal terhambur pada bibir Miranda.

“I’m still the same old me. Walaupun kau dah jadi suami aku, kau tetap takkan boleh ubah perasaan aku pada mana-mana perempuan terutamanya Nuria. Got it?” Sambung Miranda seraya memutarkan tubuh untuk berlalu pergi.

Terpusing menghempap dada bidang Dhaz saat lelaki itu kembali membantutkan langkahnya. Kedua-dua pergelangan tangan Miranda dicekup dan dibawa rapat ke dadanya. Pandangan mata helang bersabung.

“Dan kau bermimpi kalau kau rasa aku akan tunduk pada kata-kata kau tadi, Miranda. Aku takkan biarkan kau berterusan macam ni.” Noktahkan ayat dan berpaling mencari wajah Nuria.

“Ini amaran terakhir I pada you. Jauhi isteri I, Nuria,” tutur Dhaz bengkeng seraya mengheret tubuh Miranda menuju pada kereta mewahnya yang terparkir tidak jauh daripada situ.

Rontaan Miranda tidak berbekas. Sehebat mana Miranda cuba menafikan ciptaan Tuhan, hakikatnya tetap nyata.

Miranda Sofea masih seorang perempuan!

Seorang perempuan harus mencintai lelaki.

Bukan perempuan. Noktah!

“Get in the car!” jerkah Dhaz benar-benar rasa tercabar. Tengok Miranda berdegil, Dhaz dah malas nak berlembut lagi. Tubuh Miranda langsung ditolak masuk.

Nak cakap Dhaz kasar? Dhaz tak kisah.

Dhaz lebih risau dilabelkan dayus jika tidak membendung fitrah seorang Miranda Sofea yang dah lama songsang.

You can get through this, Dhaz.

Ayat memujuk diri. Sebab Dhaz rasa dahan keyakinan dia kadang-kala teruji juga dengan sikap keras kepala seorang Miranda.
KERANA CINTA TERAGUNG

"Introduce yourself, please." Suara Zehan jelss tak bernada. Santai berpeluk tubuh merenung gadis di hadapannya.

Entah macam manalah mama boleh berkenan dengan perempuan ni pun Zehan tak faham. Kasar mengalahkan lelaki. Tengok sajalah gayanya.

"Ainul Afeya, 24 tahun. Panggil aje, Feya."

"Muda lagi.." Kepala Zehan terangguk-angguk. Sebelah tangan naik mengusap-usap dagu. Lagi bertambah tanda tanya dalam kepala Zehan. Mama biar betul nak gandingkan dia dengan perempuan semuda ni? Dah tahap boleh jadi adik dia kut.

Afeya hantar jelingan maut. Meluat.

"Now, it's your turn. Introduce yourself, please." Bibir Afeya terconget senyuman sinis. Mengulang kembali sebaris ayat Zehan itu tadi.

Zehan berdeham sekali. Menegakkan tubuh, menghantar pandangan tepat ke wajah Afeya.

"Tuan Zehan, 33 tahun. You boleh panggil I, Tuan." Dalam satu nada.

Afeya terus tayang wajah meluat. Ingat dia siapa nak bertuan-tuan bagai? Cis!

"Dah kenapa saya nak kena panggil awak, tuan? Sejak bila pula saya jadi pekerja awak? Banyak cantik muka awak. Mentang-mentang keluarga saya orang biasa, suka hati awak nak letak darjat awak lebih tinggi daripada kami." Mulut comel itu laju berceloteh.

"Huh?" Terpinga-pinga Zehan untuk seketika.

Tiba-tiba kena sembur macam tu serius Zehan memang kurang mengerti. Namun dalam masa sesaat, sel-sel otaknya mula berhubung. Terus Zehan buang keluhan nipis pada bibir. Melangkah setapak ke hadapan, dompet kulit miliknya ditarik keluar. 'Sesuatu' turut dikeluarkan lalu ditayang tepat di hadapan wajah Afeya. Sikit lagi nak cecah batang hidung mancung milik si gadis.

"Tuan Zehan bin Tuan Zainal. Untuk orang baru macam you memang I selesa kalau you panggil I, Tuan. Zehan tu untuk orang yang dah kenal rapat dengan I. Ada masalah tentang nama I, Cik Ainul Afeya?" Wajah minta pelempang Zehan pamer buat tatapan Afeya.

Afeya gigit bawah bibir. Aiseh! Termalu sendiri dia kali ini. Tulah cepat sangat nak menghukum orang, nilah padahnya. Nak cover malu punya pasal, Afeya tepis IC lelaki itu sedikit.

"Ish, orang tahulah!" bentak Afeya dan menonong pergi. Dari tempat Zehan berdiri pun dia masih boleh dengar sayup-sayup bibir Afeya berdecit bebelkan dirinya.

"Pulak?" Terjungkit kening kiri milik Zehan. Bercakap dengan dirinya sendiri.


MISI MENCARI CIK IKHLAS

“Do you have anything to say?”

Suara Huz yang tiba-tiba kedengaran buat bahu Zahra tersentak sedikit. Kepala terus ditoleh ke arah lelaki itu. Lambat-lambat Zahra geleng sebagai jawapan.

“Good. Kalau you tak ada nak cakap apa-apa, biar I yang cakap,” tutur Huz seraya berdeham sekali. Zahra sekadar menumpukan perhatian saja pada lelaki itu.

“Tentang perkahwinan kita nanti..” Huz jeda.

Zahra sudah mula tak senang duduk. Debar mula melanda jiwa. Seolah-olah bisa menebak sesuatu yang tidak enak untuk didengar akan meluncur daripada bibir lelaki itu.

“I tak cintakan you, Zahra.” Dalam satu nafas, cukup lancar sekali.

“Pasal tu saya tahu, Encik Huz.” Perlahan suara Zahra menyahut. Meskipun hati sedikit terasa dengan sikap jujur Huz, kurangnya dia tahu Huz tidak bersikap hipokrit untuk menjadikan dia sebagai seorang isteri.

“Dan I tak pernah berniat untuk cintakan you.”

Kali ni hati Zahra benar-benar tersentap. Bermakna lelaki itu tidak mahu memberi peluangkah untuk perkahwinan mereka nanti?

“Kalau Encik Huz tak cuba nak berikan saya peluang tu, kenapa..”

“Semuanya sebab Zaskia. I kahwin dengan you sebab anak I perlukan seorang penjaga.” Deras Huz mencantas bicara Zahra. Zahra terhenyak untuk sesaat.

Penjaga? Fuh! Hati Zahra sedikit tercalar. Lama Zahra cuba memujuk hati barulah Zahra kembali bersuara kembali. Sebenarnya dia dan Huz itu tidak banyak bezanya.

Huz kahwini dia sebab pihak ketiga. Niat utama Zahra menerima lamaran Huz pula atas dasar permintaan Puan Nasuha untuk melihat dia berumahtangga. Cuma Zahra tidak terlalu sekejam Huz, kerana di hati memang sudah tumbuh rasa suka terhadap lelaki itu saat pertama kali dia menatap wajah Huz lagi.

“I tahu you akan cakap I kejam, Zahra. Tapi, inilah diri I. I tak mahu berikan you harapan palsu. Cukup you tahu, I kahwini you bukan untuk ceraikan you. Selagi you tak minta untuk dilepaskan, kita akan kekal sebagai suami isteri nanti. Cuma soal hati, I perlukan masa. Dan awal-awal I akan katakan, sikap I mungkin akan buat you makan hati. Jadi sebelum kita melangkah ke fasa seterusnya, you sanggup ke untuk hadap semua tu nanti?” Panjang lebar bicara Huz meminta Zahra berfikir untuk kesekian kalinya.

Memang benar Huz telah melamar Zahra.

Dan memang benar persetujuan sudah dibuat.

Tapi Huz tidak akan memaksa kiranya Zahra ingin menarik diri. Huz tidak mahu menyeksa jiwa dan batin gadis itu kelak. Dia juga tidak mahu menjadi lelaki yang terlalu mementingkan diri sendiri.

Agak lama suasana menjadi sepi. Hanya bunyi nafas saja yang sesekali kedengaran mengetuk deria telinga. Huz cari dan amati wajah Zahra.

“You dah mula berbelah bagi ke, Zahra?”

Zahra panggung kepala. Pandangan melekat pada wajah kacak milik Huz. Saat itu, hati Zahra mula bersuara. Yakin dengan rentak hati sendiri, sebuah senyuman luhur dijadikan tatapan buat lelaki itu. Huz terpana buat seketika.

“Saya sanggup, Encik Huz. Asalkan Encik Huz tak batalkan perkahwinan ni pada saat-saat akhir.”

“I minta maaf kalau dah buat you terluka.”

“Bukan salah Encik Huz. Saya yang memang bersungguh-sungguh nak mencuba.”

“Jangan bencikan I kalau selepas ni you tak bahagia, Zahra.”

“Saya takkan bencikan Encik Huz. Andai kata waktu tu takdir bawa kita untuk berpisah, saya pasrah. Sebab urusan takdir ini bukan di tangan saya. Tapi dia tangan DIA. Jangan risau.” Tulus ungkapan yang keluar dari bibir Zahra buat hati Huz semakin dijentik rasa bersalah.

Namun kepada siapa lagi hendak dia sandarkan sebuah harapan?



Dulu dia serahkan segala-galanya kepada Maya. Tapi Maya hancurkan semuanya dalam sekelip mata.


Saat ini, tiada apa lagi yang mampu dia serahkan kepada Zahra. Hatinya sendiri masih lerai tidak bercantum sampai sekarang. Kalau bukan disebabkan Zaskia, dia takkan jebak gadis itu ke alam perkahwinan ini.

Namun dalam diam, Huz masih tetap berharap.
Berharap supaya suatu masa nanti, Huz mampu kutip satu-persatu kembali hatinya yang pernah berderai. Supaya Huz mampu untuk menyerahkan sekeping hati itu kepada yang selayaknya untuk dia berikan.

Bak kata Zahra..

Takdir itu bukan di tangan mereka. Tapi di tangan Allah S.W.T.
WhatsApp 018-9666752

No comments:

Post a Comment