KERANA CINTA TERAGUNG ~ HANA HE


TUTUP ORDER / BYRN AKHIR 31 OGOS 2018

PENGHNTARAN SEPTEMBER
| KERANA CINTA TERAGUNG |
RM 39 SM RM 46 SS IN POS
Sebelum sempat ciuman Miranda berlabuh pada seulas bibir Nuria, terasa tubuh direntap kuat daripada belakang. Dua susuk tubuh yang nyaris ‘hanyut’ tergamam.
“What the h*** do you think you are doing, Miranda??” Suara celah gigi. Hampir pekak telinga Miranda dan Nuria.
Turun ke dada bidang Dhaz, jelas berombak ganas. Wajah Nuria pucat.
Sedangkan wajah Miranda jelas tak beriak. Kosong dan penuh sinis. Menyilang tangan pada tubuh, pandangan didongak. Jelas mencabar si suami.
“What?” Sepatah Miranda soal. Dhaz raup muka. Ikutkan hati nak gegar Miranda kuat-kuat supaya Miranda sedar hubungan sejenis dia tu takkan ke mana-mana.
“Memang salah. Dari awal lagi semuanya memang salah. Dan yang paling salah bila kau nekad untuk nikahi aku.” Nada yang tadinya diselit dengan tawa lucu berubah keras di hujung ayat.
“This is wrong. Totally wrong, Miranda Sofea.” Dhaz ulang dengan suara yang menekan. Miranda hamburkan gelak lucu pada bibir. Menghembus nafas hangat, Dhaz semakin rasa tergugat.
“Come with me. And you, Nuria. You sedar tak apa yang you buat tadi?” Marah Dhaz berpindah pada Nuria.
Mampukah dia mengubah seorang Miranda Sofea? Saat ini, fikiran Dhaz seakan membeku. Tidak mahu mengeruhkan keadaan di tempat umum, jemari Miranda dilelar kemas. Kalaulah Nuria tak melayan, tentu Miranda takkan bertindak sebegitu. Goddamit! Why do I keep getting myself into this situation?
Bibir Miranda tak luntur mengukirkan riak jengkel. Merentap, pegangan Dhaz padanya terlerai. Melangkah satu tapak ke hadapan, jemari naik menunjal-nunjal dada bidang Dhaz.
Nuria seakan-akan hilang ‘lidah’ hendak menjawab. Mujurlah ada Miranda sudi membela dirinya. “Yang kau nak salahkan dia, kenapa?” “Jadi bagitahu, siapa lagi yang lebih bersalah dalam hal ni? Kau?? Atau aku??” Mata Dhaz merah menahan marah. “Listen up. Let me make myself clear, Dhaz Rifzal.” Jeda.
Terpusing menghempap dada bidang Dhaz saat lelaki itu kembali membantutkan langkahnya. Kedua-dua pergelangan tangan Miranda dicekup dan dibawa rapat ke dadanya. Pandangan mata helang bersabung.
Dan Dhaz seakan sudah mampu membaca ayat seterusnya yang bakal terhambur pada bibir Miranda. “I’m still the same old me. Walaupun kau dah jadi suami aku, kau tetap takkan boleh ubah perasaan aku pada mana-mana perempuan terutamanya Nuria. Got it?” Sambung Miranda seraya memutarkan tubuh untuk berlalu pergi.
Rontaan Miranda tidak berbekas. Sehebat mana Miranda cuba menafikan ciptaan Tuhan, hakikatnya tetap nyata.
“Dan kau bermimpi kalau kau rasa aku akan tunduk pada kata-kata kau tadi, Miranda. Aku takkan biarkan kau berterusan macam ni.” Noktahkan ayat dan berpaling mencari wajah Nuria. “Ini amaran terakhir I pada you. Jauhi isteri I, Nuria,” tutur Dhaz bengkeng seraya mengheret tubuh Miranda menuju pada kereta mewahnya yang terparkir tidak jauh daripada situ. Miranda Sofea masih seorang perempuan! Seorang perempuan harus mencintai lelaki. Bukan perempuan. Noktah!
#KERANACINTATERAGUNG
“Get in the car!” jerkah Dhaz benar-benar rasa tercabar. Tengok Miranda berdegil, Dhaz dah malas nak berlembut lagi. Tubuh Miranda langsung ditolak masuk. Nak cakap Dhaz kasar? Dhaz tak kisah. Dhaz lebih risau dilabelkan dayus jika tidak membendung fitrah seorang Miranda Sofea yang dah lama songsang. You can get through this, Dhaz. Ayat memujuk diri. Sebab Dhaz rasa dahan keyakinan dia kadang-kala teruji juga dengan sikap keras kepala seorang Miranda.
WhatsApp 018-9666752

No comments:

Post a Comment