CETAKAN KE 2
RM24 SEM / RM27.00 SS
poslaju RM8 SEM / RM12 SS
ISTERI CAGARAN karya Reen Syazreena
Dia berdeham sebelum mengambil tempat di meja makan. Saat dia melabuhkan punggungnya, Huda angkat punggung, mahu beredar tapi belum sempat Huda melangkah, dia bersuara.
“I ada benda nak cakap.”
Huda kaku. Tertanya-tanya adakah apa yang Haikal ingin katakan ketika ini, berkaitan dengan apa yang berlalu semalam? Seram sejuk badannya apabila ingatkan hal semalam.
“Duduk!” Arah Haikal tegas apabila Huda tidak memberi respons pada ayatnya. Apa yang Huda lakukan hanyalah kaku berdiri membelakanginya.
“You nak I paksa you ke, macam mana?”
Huda mendengus. Nafas ditarik. Dia tak mahu berhadapan dengan Haikal buat masa ini.
“Atau you nak I ulang lagi kisah malam tadi? I tak kisah. Okey saja.” Haikal bersuara lagi.
Terus Huda kembali menghempaskan punggungnya ke kerusi. Gerun pula mendengar ayat Haikal yang itu tapi dia masih membelakangi Haikal. Dia tak mahu melihat wajah lelaki itu. Kalau boleh, dia juga tidak mahu mendengar suara lelaki itu juga.
Haikal membetulkan suara sebelum kembali menuturkan apa yang bermain di benak fikiran.
“Tentang apa yang berlaku semalam, I minta maaf. Ia berlaku di luar kawalan I.” Tidak pasti sama ada kata maaf yang dituturkannya sebentar tadi adalah ikhlas atau tidak dan dia juga tidak pasti sama ada dia benar-benar kesal atas apa yang berlaku semalam.
Entah mengapa Huda rasakan kata maaf Luthfi Haikal ini langsung tidak ikhlas pada pendengarannya.
“I akan bertanggungjawab,” sambung Haikal lagi.
Huda diam seketika. “I nak bercerai.”
Sudah jangka ayat itu akan muncul daripada mulut Huda. “You nak bercerai sebab hal yang terjadi semalam?”
“Semuanya salah you.”
“You pasti apa yang berlaku adalah salah I sahaja? You sikit pun tak halang I, Huda. You biarkan je apa yang I buat kat you and you seemed to enjoy last night.” Dituturkan ayat itu dengan sinis.
Huda ketap gigi. Geram!
“Kalau bukan you… kita tak akan...” Ayat Huda dibiarkan tergantung. Segan untuk menyebut perkataan terakhir itu.
“Arghhh! Sudahlah...”
“I tak faham kenapa you nak overthinking hal ini. Benda yang dah berlaku, tak boleh diundur balik dan you dah jadi hak milik I yang mutlak pun, Huda.” Haikal pandang isterinya tanpa rasa bersalah.
Lagipun semalam, Huda langsung tidak bantah pada perlakuannya. Bahkan wanita itu membalasnya walaupun pada awalnya membantah.
Dalam hati Huda sudah memaki hamun Luthfi Haikal itu. “You tak cintakan I, Kal.”
“True tapi you yang goda I dulu, Huda.”
Sekali lagi Huda mengeluh kasar. Sungguh semalam dia lupa langsung akan keadaan dirinya. Ah, fitrah manusia yang sukar dikawal oleh sesiapa jua. Tapi... Haikal tetap bersalah! Lelaki itu yang tidak mampu mengawal nafsunya.
“You masih nak cakap semua yang berlaku ni salah I?” Haikal senyum sinis.
“I nak bercerai.” Huda kekal dengan keputusannya.
Giliran Haikal pula mengeluh. “I dah cakap yang I akan bertanggungjawab. Kalau you mengandung selepas ni, I tetap akan mengaku anak dalam kandungan you tu adalah anak I.”
“Kalau I tak mengandung?”
Haikal mengeluh kasar Kemungkinan Huda untuk hamil pada kali pertama cubaan adalah 50% tapi tidak pula dia fikirkan apa yang berlaku jikalau Huda tidak mengandung.
“Kalau I tak mengandung dalam masa dua bulan ni, I nak you ceraikan I,” sambung Huda lagi.
Terkejut betul Haikal dengan cadangan Huda ini. Ingat cerai ni soal main-main ke?
“Dan kalau I mengandung sekalipun, I nak you ceraikan I selepas I lahirkan anak tu,” tambah Huda lagi. “You boleh ambik anak tu nanti.”
Haikal mendengus. Punggung diangkat. Huda dipandang. “You sounds ridiculous, Huda! You ingat cerai ni hal main-main ke?”
“You yang ingat kahwin ni soal main-main, Kal!” Nada Huda tinggi.
Haikal memicit pelipisnya. Terkedu dengan ayat serangan balas Huda. “Walaupun I macam ni, I tak kan biarkan anak I membesar dalam keluarga yang berpecah belah.”
Huda pandang Haikal dengan rasa tidak percaya. Adakah dia salah membuat andaian ketika ini. Yang Haikal tak akan mahu ceraikannya selepas dia melahirkan anak? Itu pun jikalau dia mengandung.
“Okey. Kita akan tunggu waktu dua bulan seperti yang you cakap tu.” Haikal bersuara lagi.
“You akan ceraikan I kalau I tak mengandung dalam masa dua bulan?” Huda meminta kepastian.
Sukar betul untuk Haikal memberi jawapan pada soalan Huda itu. Yang sejujurnya, dia langsung tidak pernah fikirkan tentang penceraian. Memanglah dia berkahwin dengan Huda disebabkan dendamnya terhadap wanita itu tapi penceraian tidak pernah ada dalam rancangan dendamnya.
email : mybizsantaishop@gmail.com
atau
WhatsApp 018-9666752
No comments:
Post a Comment