AKU SANGGUP ~ HANI FAZUHA

LIMITED EDITION 

AKU SANGGUP ~ Hani Fazuha
2 naskah shj

Harga : RM68 SEM / RM78 SS
termasuk poslaju
“You lebih kenal Bella dari I, Ziyaad. Jadinya, tepuk dada, tanya hati sendiri. Kalau you masih percaya I yang simbah muka Bella, maknanya you belum kenal I sepenuhnya.”
“Yaa...” Satu keluhan panjang terluah di bibir Ziyaad. Saat itu otaknya mula berfungsi dengan baik. Ya! Dia mula faham sekarang. Adiya dan Anabella itu bezanya seperti langit dan bumi. Jadi, tak perlu huraikan secara terperinci.
Mata saling memandang. Sinar mata Ziyaad lembut dan redup tapi sinar mata Adiya tajam menikam.
“Geraklah! Tunggu apa lagi?” Adiya kembali menegak ke depan dan tangan berpeluk tubuh. Badan disandar ke belakang dengan mata terpejam.
Tiba-tiba terasa tangannya ditarik Ziyaad tetapi dia keraskan diri. Tak ada hati nak beramah mesra waktu ini.
“Yaa...I may not always understand you but I trust you.”
Ziyaad bawa jemari si isteri ke bibirnya dan dicium lama.
Cuma dengan sebaris ayat, hanya dengan perlakuan biasa-biasa, Ziyaad sudah mampu buat hati Adiya yang membara tadi tersimbah selautan air dingin. Terus sejuk seluruh badan.
Ziyaad dan Akif, dua beradik yang berlainan identiti tetapi seringkali buat Adiya kalah. Namun, tidak mahu memberi jalan mudah buat Ziyaad, Adiya masih bekukan wajah.
“Boleh balik sekarang?” Senada Adiya menyoal apabila
Ziyaad tiada tanda-tanda untuk menggerakkan kereta.
Ziyaad condongkan badan, mendekatkan wajahnya ke wajah si isteri.
atau
WhatsApp 018-9666752

No comments:

Post a Comment