TERIMA KASIH CINTA

ORDER HINGGA 3 MAC ATAU 
SEHINGGA KOATA PENUH.
HARGA RM32 SM / RM35 SS
POSTAGE RM8 SM/ RM13 SS
TERIMA KASIH CINTA
- Sinopsis:
Pertemuan An dengan dua anak kecil Yaya dan adiknya Lea membawa ke pertelingkahan dan perselisihan faham antara dia dengan Harris Ibrahim. Lelaki bongkak dan sombong itu tidak perlukan pertolongan An untuk menjaga anak-anaknya malah memberi amaran pada An untuk tidak lagi terlalu mengambil berat terhadap mereka. Tapi tidak bagi Yaya dan Lea. Anak kecil itu belum pandai hidup berdikari. Mereka tetap mengharapkan belas dari An. Bagai menjilat ludah yang telah dihamburkan, Harris kembali menagih pertolongan dari ummi; ibu saudara An, untuk menjaga kedua anaknya itu tatkala dia bertugas malam. Tan Sri Syed Abdul Rashid; Pengerusi Paradigm Holdings Sdn Bhd tempat An bekerja mengarahkan An mengurus sebuah projek yang ada di luar negara. Tanpa pengetahuan An, itu adalah permainan licik dari Tan Sri. Berkahwin dengannya atau An berhenti kerja atas alasan mengabaikan tanggungjawab jika enggan. Razlan yang bakal mengahwini wanita pilihan keluarga datang menagih cinta lama dan mahu memperisterikan An. Hidup An mula kucar-kacir. Orang tua An mahu An berhenti kerja. Rezeki ALLAH itu luas kata mereka. Tetapi An nekad untuk ke negara yang majoriti penduduknya berkulit hitam asalkan tidak mengahwini lelaki yang lebih tua dari bapanya. Dan Razlan bukan lagi cinta hatinya kerana lelaki itu tidak pernah berani mengota janjinya. Saat itulah Harris datang melamar mahu memperisterikan An demi anak-anaknya yang sudah menjadikan An mommy mereka. Harris bukan lelaki idaman An, jauh sekali untuk dijadikan suami. Biarpun usia An sudah menginjak 33 tahun, tapi dia belum terdesak untuk menamatkan zaman bujang. Apakah akan jadi pada rumahtangga mereka jika kasih sayang tidak akan wujud di antara mereka? Mampukah kebahagiaan jadi miliknya jika kasih sayang datang dari Yaya dan Lea sahaja? Benar, cinta bukan segalanya. Tetapi penting dalam membina rumahtangga bahagia. Apakah cinta mampu dimilikinya jika cinta lelaki itu hanya pd arwah isterinya? Dan An sekadar dijadikan pengasuh dan penjaga ke dua orang anaknya? Semua persoalan ini terjawab dlm kisah 
TERIMA KASIH CINTA hasil idea terbaru ASofea.


 

No comments:

Post a Comment