KOMBO HERO TERHEBAT

cover sementara
PRE ORDER KOMBO HERO TERHEBAT
SINOPSIS MR ROMEO ADUKA
****************************

" Pengantin lelaki dah lari"

Ayat ini telah mengejutkan Ati Khalida di hari pernikahannya sendiri.

" Saya akan ganti tempat pengantin lelaki" - ROMEO ADUKA

Dan ayat ini membuatkan Ati Khalida terkejut untuk kali kedua.

Permainan apa yang sedang dia lalui sekarang ini? Seorang pergi dan seorang datang menjadi galang ganti memegang tangan Tok Kadi dan melafazkan akad nikah di hadapan ratusan tetamu yang hadir. Dia tak pernah membayangkan diri sendiri ditinggalkan oleh bakal suami tanpa dia tahu apa puncanya. Romeo Aduka yang dianggap sebagai ' suami turun dari langit' itu kini sah bergelar suami kepadanya.

Namun, tidak semudah itu Ati Khalida akan menerima Romeo Aduka sebagai suami. Dia tahu lelaki itu telah berbuat sesuatu untuk memilikinya dengan cara yang paling kotor!

" Tubuh ini kan yang awak nak sangat rasa? Sampai awak terkejar-kejarkan saya. Sekarang saya benarkan awak lepaskan nafsu awak pada tubuh ni. Buatlah apa yang awak nak. Perlakukanlah apa yang awak suka!"- ATI KHALIDA.

" Tutup badan awak. Saya takkan sentuh awak selagi awak tak rela untuk bersama dengan saya. Saya akan pastikan awak sendiri yang datang serah diri pada saya"- ROMEO ADUKA.

Bagaimanakah kesudahan kisah rumahtangga mereka? Apakah badai yang bakal melanda saat perkahwinan mendadak itu tidak direstui oleh Puan Sharifah Aloya, ibu Romeo Aduka yang menganggap Ati Khalida adalah perempuan yang tidak elok dan cuba mengambil kesempatan atas kekayaan anaknya.

Dapatkah Romeo Aduka mengambil hati Ati Khalida sebagai isteri? Serta membuat wanita itu jatuh cinta padanya dengan rela hati?

" Bila awak nak serah diri awak pada saya?"- ROMEO ADUKA.

" Kenapa? Awak dah tak tahan ke. Mana kata-kata awak dulu yang sanggup tunggu saya datang serahkan diri saya pada awak Mr Romeo Aduka?" - ATI KHALIDA

💖💗💖💗💖💗💖💗💖💗💖💗💖💗💖💗

SINOPSIS TENGKU EMRAN & MISS BODYGUARD
***************************************

" Saya Azzura binti Mahmud dari VIP ELITE BODYGUARD melapor diri. Tengku Basit ambil saya kerja"

Akibat mendapat surat ugutan bersama bom jangka palsu dari kumpulan gengster yang paling menggerunkan, Tengku Basit mengambil keputusan untuk melindungi pewaris takhta kekayaannya, Tengku Emran dengan mengupah seorang bodyguard bernama Azzura!

Azzura yang baru datang ke bandar kerana desakan hidup, terpaksa menerima kerja gila menjadi bodyguard kepada Tengku Emran yang kerek, angkuh dan enggan mengakui dirinya sebagai bodyguard. Maka, bermulalah kekecohan antara mereka.

" Layak ke kau jadi bodyguard aku? Jangan jatuhkan maruah jantan aku" - TENGKU EMRAN

" Saya ni tahu semua jenis pertahanan diri. Silat, taekwondo, judo dan silambam! Saya boleh lindungi Tengku" - AZZURA

Di sebalik ketidakserasian yang berlaku antara Azzura dan Tengku Emran, muncul seorang ketua kumpulan gengster yang kacak bernama Arman Azka Saputra. Kepulangannya ke Malaysia adalah untuk menghapuskan Tengku Emran kerana satu dendam. Namun, mata Arman Azka telah terpaut pada Azzura sejak pertama kali melihat gadis itu di rumah Tengku Emran. Arman Azka tekad untuk memiliki Azzura sepenuhnya dan berjanji akan membuat seluruh keluarga Tengku Basit menderita.

" Kau tahu betapa aku sayangkan Azzura. Kau sanggup merampas hak aku! ARGHHHH!!" - ARMAN AZKA

Maka, bermulalah perebutan dan aksi gila Arman Azka untuk mendapatkan cinta Azzura, walaupun gadis itu telah pun menikahi Tengku Emran.

Apa yang akan terjadi pada perkahwinan Azzura dan Tengku Emran. Siapa yang dicintai Azzura? Adakah Tengku Emran berjaya dihapuskan? Mampukah Azzura melindungi suaminya sendiri dari Arman Azka yang kejam itu? Semuanya terjawab dalam novel ini.

No comments:

Post a Comment