KOMBO PRIA TERHEBAT

PRE ORDER HINGGA 30 MAC
SAYA CINTA AWAK (Zine)

“Eee… geramnya! Berani betul nak ugut orang.” Muka Maisarah merah menyala. Mengorat zaman baru memang begini ke. Style amaran macam ni.

“Dah tiga kali dia mintak kau jangan reject dia. Itu maknanya dia suka kat kau. Dan aku tak rasa dia kahwin sebab mak dia paksa. Mungkin cinta pandang pertama.” Nurul berkata dengan penuh yakin. Dia tahu sukar untuk Maisarah percaya.

Maisarah pandang Nurul dengan mata disepetkan. “Tak ada lelaki waras nak kat orang macam aku. Apatah lagi cinta pandang pertama. Mengarut tau tak.”

“Lelaki kalau dah suka, perempuan selekeh pun nampak lawa. Kalau dia suka kamu, terima ajelah. Betul kata Nurul. Budak ni serius suka kamu.” Tan Sri Sulaiman bersetuju dengan kata-kata Nurul.

“Tak boleh brainlah lelaki suka perempuan biasa macam saya. Mustahil.” Maisarah terpandang seorang lelaki masuk ke dalam bangunan dengan mengepit sekor ayam jantan. Terus dia melarikan diri.

Namun nasibnya kurang baik bila terlanggar Zafran yang sedang berjalan. Terus dia menyorok di belakang lelaki itu. Mukanya disembamkan ke belikat lelaki itu.

“Awak tolong saya.” Suara Maisarah terketar-ketar.
Zafran hanya menoleh sekilas. Dia menyambut kad yang dihulurkan Nurul. Tangannya menarik perlahan hujung baju Maisarah.

“Nak apa?” Maisarah beranikan diri angkat muka. Dia mencapai kad yang Zafran hulurkan.

‘Kalau awak tak terima lamaran saya ayam jantan ni akan digam kat meja penyambut tetamu ni. Biar awak merana seumur hidup. Pandai-pandailah awak kerja dengan ayam tu.’

“Yalah yalah… saya terima lamaran awak wahai Zafran yang sangat menyakitkan hati!” Maisarah tidak tahan lagi. Dia tahu selagi dia tidak terima pasti ada lagi ugutan yang akan muncul.

*****

Mr Bibik

teaser versi raw

“Morning mak.”

“Morning apa? Afternoon dah.” Puan Salbiah tunjuk jam di dinding.

“Hah!” Aulia tergamam melihat jam di dinding. Sudah pukul 12 tengah hari. Niatnya mahu tidur sebentar tadi. Tak sangka terlajak hingga ke tengah hari.

“Firas. Kenapa awak tak kejut saya.” Hari kedua di rumah mentuanya dia sudah tunjuk perangai tidak elok. Padahal mama sudah pesan agar dia menjaga tingkah laku.

“Kejut ayam bangun tidur lagi senang dari kejut awak tau. Pintu tu dah hampir roboh saya gegar. Katil tu nasib baik tak patah aje. Kalau bom meletup pun awak tak sedar agaknya.” Firas berwajah serius. Padahal memang dia sengaja tidak kejut Aulia. Kasihan melihat muka penat isterinya.

Aulia kerut dahi. Betul ke Firas ada kejut dia. Bohonglah kalau dia susah hendak bangun. Kata mama sekali panggil aje dia akan bangun. Tapi waktu pagi ajelah. Sebab hendak pergi kerja.

“Aulia pergi mandi. Kejap lagi dah makan tengah hari. Jangan layan Firas ni.” Puan Salbiah tahu anaknya berbohong.
Aulia terus kembali ke bilik untuk mengambil tuala dan
pakaiannya. Sambil itu mulutnya membebel marahkan Firas.

“Ada pelan nak bawak Aulia jalan-jalan keliling kampung. Dia tau ke fasal Arisya?”

“Siapa Arisya?” Aulia muncul dengan tuala dan pakaian tukar.

“Awak mandi dulu. Nanti saya cerita kat awak,” arah Firas. Dia memang berniat untuk menceritakan tentang Arisya kepada Aulia. Tetapi menunggu masa yang sesuai.

Aulia akur. Dia terus ayun langkah ke bilik mandi. Habislah dia kalau mama tahu tengah hari baru nak mandi. Semuanya salah Firas. Sengaja tidak kejut dia bangun. Memang kebiasaannya kalau hari cuti dia akan tidur sepanjang hari. Itu rutin dia semasa bujang sekarang dia sudah berkahwin. Kena tukar rutin.

Pintu bilik air ditolak perlahan. Dia letakkan baju tukar di para. Mama pesan pakai kain batik semasa mandi kat kampung. Matanya melilau melihat sekeliling bilik air. Mana tau ada lubang ke apa. Dia tanggalkan bajunya dan berkemban dengan kain batik.

Tengah hari panas. Dapat pula mandi air kolah memang nikmat. Aulia mula menjirus tubuhnya. Terasa segar dan dingin. Saat dia mencapai sabun mandinya tiba-tiba dia terlihat sesuatu di kakinya.

“Argh!!! Firas tolong!”

“Lah. Kenapa pulak tu.” Puan Salbiah dan Firas saling berpandangan.

Firas cepat-cepat bangun dan menuju ke bilik mandi. “Awak kenapa?” Dengan sekali tolak pintu bilik mandi terbuka.
Matanya melekat ke arah tubuh Aulia yang berbalut kain batik basah. Ternampak lekuk tubuh isterinya. Sempat lagi matanya menjelajah ke kaki isterinya. Barulah dia tahu apa punca jeritan Aulia.

“Binatang tu kecik aje. Buang ajelah.” Firas mendekati Aulia. Timbul akal untuk kenakan isterinya.

“Tak naklah geli.” Aulia tutup matanya. Tengok sahaja sudah geli apa lagi hendak sentuh. Memang dia tidak akan sentuh. “Tolong buang.”

“Okay kejap.” Firas mengambil kesempatan menjamu matanya dengan pemandangan indah. Rasanya dia patut berterima kasih kepada cacing itu kerana muncul. Leher putih Aulia membuat dia terasa ingin membelainya.

“Dah buang ke belum.”

“Yalah. Kejap....” Firas tunduk dan mengambil cacing tadi dari kaki Aulia. “Cacing jantan ni.”

Aulia beranikan diri membuka mata. Dia melihat cacing yang dipegang Firas. “Mana awak tau tu cacing jantan.”

“Cacing jantan aje gatal tengok perempuan mandi.”
Aulia segera faham kata-kata Firas. Cepat-cepat dia tutup dadanya yang terdedah. Geli punya fasal tak perasan dia berkeadaan seksi. Cukup untuk mengundang senyuman nakal di bibir sesiapapun.

“Jangan nak tendang atau tampar. Nanti saya campak cacing ni kat awak.”

“Eei janganlah geli.”

“Dah. Pergi sambung mandi.”

“Awak tak keluar. Takkan awak nak berdiri kat sini.” Tangan Aulia melindungi dadanya. Takut dengan senyuman nakal Firas dan juga cacing yang sedang meliuk lentuk di tangan Firas.

“Sebagai suami yang baik saya akan sentiasa melindungi isteri saya.” Firas senyum nakal. “Mana tau lepas ni muncul cacing lagi. Tak payahlah saya kelam kabut lari.”

“Awak keluar sekarang. Nanti saya...” Ayat Aulia terhenti sebaik terlihat cacing yang Firas tunjuk. Siap dengan senyum lebar sampai ke telinga.

“Mandi cepat. Saya teman awak.”

“Firas!!!”

“Ha... mak panggil tu. Keluar cepat. Tak baik lengah-lengah kalau mak panggil.” Giliran Aulia pula senyum lebar. Memang dia cukup berterima kasih dengan mentuanya saat ini.

“Apa senyum-senyum saya campak cacing ni baru tau...”
Firas acah-acah mahu mencampak cacing tadi ke tubuh Aulia.

“Firas!!!” Laung Puan Salbiah lagi.

“Kali ni awak selamat.” Firas keluar dari bilik air. Membawa cacing itu sekali.🌠

 #NODA 🌠
“Hello Hadif. Hai...” Adra melambai Hadif yang sedang berdiri di sisi kereta.


Pantas Hadif alihkan pandangan ke tempat lain. Skirt yang Adra pakai sedikit lagi menampakkan seluar dalam gadis itu. Tambah menyakitkan mata, gadis itu hanya memakai singlet bertali halus. Tetapi kali ini tiada makeup tebal.

“Kita bukan nak pergi kelab malam. Tak boleh ke pakai baju elok-elok,” tegur Hadif. Mata yang cuba dialihkan kembali memandang Adra yang sedang berdiri di hadapannya.

“Ini baju yang paling elok aku ada. Kenapa kau tak suka?” Adra hulurkan tangan namun Hadif pandang tempat lain.

“Orang pun pandai nak beli makanan yang elok tertutup lalat tak hinggap. Kau manusia nak dedah-dedah. Kau ingat aku suka. Aku tak akan sentuh perempuan yang tak halal untuk aku.”

Adra kerut dahi. Tangan bolehlah Hadif kawal. Dia mendekatkan tubuhnya rapat ke tubuh Hadif. Sedikit lagi mereka akan bersentuhan. Terhambur tawanya melihat mata Hadif sekejap pejam dan sekejap celik. Anehnya mata itu singgah ke dadanya.

“Tak suka tapi mata tu... macam aku tak nampak aje mata kau turun naik. Kenapa? Nak tengok apa kat sebalik kain ni ke?” Adra tarik tubuhnya menjauhi Hadif. Dia menyengih. Lelaki semuanya sama sahaja. Pantang nampak perempuan seksi.

“Belikan aku baju kalau kau nak jaga mata kau tu. Aku tak ada duit.”

“Tak ada masa nak belikan kau baju. Pergi tukar baju sekarang,” arah Hadif.

“Malas. Sekarang ni nak pergi hospital atau tak. Kau halang aku masuk kereta.”

Hadif alihkan tubuhnya. Dia membukakan pintu kereta untuk Adra. Sudah terbiasa bersikap sedemikian bila ada Jannah. Selepas Adra masuk dia terus ke tempat duduk pemandu.

Sebaik sahaja masuk, Hadif menarik tali pinggang keledarnya. Saat dia hendak klip tali pinggang, matanya terlihat paha putih gebu Adra. Terpaku seketika. Syaitan mula berbisik sesuatu yang jahat. Puas dia suruh otaknya agar berpaling namun matanya tetap melekat.

“Lelaki semuanya sama aje. Bulat mata tengok paha putih gebu. Kau nak tengok lagi atas ke?” Adra tarik kain skirtnya sedikit.

Serta-merta Hadif alihkan pandangan. Kenapalah matanya nakal sangat. Dia mengambil baju kot yang dia letakkan di kerusi belakang. Kot tadi digunakan menutup paha Adra. Baru hilang sakit matanya.

Adra ketawa. “Aku hormat kau sebab teguh iman. Tapi aku jugak nak tengok sejauh mana kau boleh mengelak.”
“Aku harap urusan kita tak lama. Jijik aku dengan kau.” Hadif tidak sembunyikan perasaannya.

“Kau... jijik dengan aku. Sila cari orang lain selamatkan tunang kau.” Adra tarik kot tadi dan campak ke arah Hadif. Dia membuka tali pinggang keledarnya dan bersedia hendak membuka pintu.

“Aku minta maaf.” Hadif menyambar lengan Adra. Dia melanggar ikrarnya sendiri untuk tidak menyentuh yang bukan halal untuknya. “Aku janji akan cakap baik-baik.”

“Sayang sangat kau kat budak tu kan. Sampai sanggup kau langgar ikrar kau.” Adra berpusing. Dan selamba sahaja dia usap pipi Hadif.

Hadif terkesima. Sentuhan Adra bagaikan arus elektrik. Jantungnya seakan terkena renjatan. Mata mereka bertatapan. Hadif bagaikan dirasuk untuk menjamah bibir merah Adra. Tangannya naik dan mengelus pipi Adra secara automatik.

“Kepala kau dah tumbuh tanduk.”

Hadif cepat -cepat tarik tangannya dan kembali duduk tegak. “Maaf. Aku hilang pertimbangan.”

Meletus tawa Adra. Satu kereta bergema dengan ketawanya. Sengaja dia mempermainkan perasaan lelaki itu. Dia membayangkan perjalanan mereka pasti akan lebih menarik.

Hadif mula memandu. Sesekali matanya melirik ke sebelah. Hendak atau tidak dia harus mencari butik dahulu dan membelikan pakaian untuk Adra. Dia terus membelok ke butik milik kakak sepupunya.

“Aku nak kau pakai baju kurung. Tak kisah pun berapa harganya,” ucap Hadif sambil membuka pintu butik.

“Kita ni dah macam hero heroin Pretty Woman. Kan...”

“Kau pelacur ke?”

“Kau rasa?” Adra naikkan kening sebelah dan lontarkan senyuman.

No comments:

Post a Comment