
Bismillahirrahmanirrahim
PREORDER TELAH DIBUKA jom dapatkan FREE POSTAGE sekarang sehingga 31/03 ini sahaja ‼‼‼
𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗠𝗨𝗠 𝗗𝗜𝗔
Blurp
Ditemukan dengan Ikhmal secara tidak sengaja telah mengheret Alia Qistina menjadi pengganti kekasih yang meninggalkannya. Tanpa ragu-ragu lelaki itu mengajaknya berkahwin.
“Saya akan diamkan hal ini kalau Alia sudi menjadi pasangan hidup saya.”-IKHMAL
“Encik Ikhmal ingat ini hal main-main ya?”- ALIA
“Saya tahu ia tak mudah untuk memulakan satu hubungan. Tapi kita boleh mencuba.” IKHMAL
Kemudian datang pula Darren Rizal, kawan baik Ikhmal. Pada Darren apa yang ada pada Alia semua dia suka. Tapi bila dia mendapat tahu niat si kawan yang mahu mengahwini Alia, dia terkilan. Patutkah dia memberitahu hal sebenar kepada gadis itu?
“Kau tak perlu lagi nak ambil tahu tentang Alia sebab dia sudah ada seseorang yang akan menjaganya.”- DARREN
“Siapa?”- IKHMAL
“Aku! Akulah lelaki itu yang akan menjadi temannya seumur hidup!”- DARREN
Sedangkan Alia langsung tidak tahu menahu tentang perasaannya. Ah, nanti Alia pasti akan tahu. Jalan cerita kisah mereka tidak semudah yang Darren sangkakan. Ikhmal kawan baik. Patutkah dia mengkhianati persahabatan mereka? Itu semua belakang kira. Yang penting, hasrat hatinya.
“Saya serius. Saya serius nak jadikan awak isteri saya!”-DARREN
Alia bingung. Tidak tahu siapa yang harus dia pilih. Darren atau Ikhmal?
𝗗𝗘𝗡𝗗𝗔𝗠 𝗖𝗜𝗡𝗧𝗔 𝗦𝗘𝗠𝗔𝗟𝗔𝗠
Blurb
Hari-hari bercekau macam harimau dan singa. Kalau di pejabat ini pendapat masing-masing jarang senada seia sekata tapi, tup-tup mereka mengumumkan hendak bertunang. Itulah kemuncak hubungan Lya Hanna dan Amal.
“Hanna! Where is my Hanna? Hannaku?” Mulut Amal riuh memanggil Lya Hanna.
“I’m here!” Tak nampak wajah, hanya suara dan tangan terangkat tinggi melambai. Badan dan wajah terlindung di sebalik PC yang bersaiz 16 inci.
“Oh, there you are.” Amal melangkah girang mendekat.
Lya Hanna acuh tak acuh. Amal lain macam betul perangainya lepas lamaran diberikan kata ya. Manis benar layanan sampai rasa dia boleh kena diabetes.
Ujian itu sentiasa ada untuk menguji kesetiaan sebuah cinta. Janji yang ditabur hanya sekadar tinggal janji. Dia difitnah, dan dinafikan hak sebagai isteri. Masa lalu yang cuba dilupakan, diungkit semula bila kala cinta yang sentiasa meniti di bibir sirna terhakis dek terbuai dengan hasutan fitnah pihak ketiga.
Mampukah Lya Hanna mengutip kembali maruah dan nilai harga dirinya yang diinjak gara-gara masa lalu yang tidak seputih masa lalu orang lain? Akan kembali suburkah cinta dia dan Amal atau terus berkubur tanpa nisan?
🌈🌈🌈🌈🌈🌈🌈
𝑫𝑼𝑫𝑨𝑴𝑼 𝑨𝑲𝑼 𝒀𝑨𝑵𝑮 𝑷𝑼𝑵𝒀𝑨
Blurb
“Dengan ini saya Khalil Zahrain bin Ali menceraikan Sofia Rahman dengan talak 3”. - KHALIL
Puas sudah. Bukan satu malah tiga sekali talak dilepaskan pada Sofia di hadapan hakim mahkamah syariah.
Dikhianati oleh insan yang paling disayangi dalam hidupnya membuatkan Khalil membawa diri setahun hidup di Sabah bekerja di pelantar minyak. Hidup hampir murung kerana tidak dapat menerima hakikat dicurangi oleh isteri tersayang.
“Menikah dengan kau, adalah satu penyesalan yang aku buat dalam hidup ini”.
“Rizqin satu kesilapan daripada pernikahan kita”. - IZHAM
Pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang Hana pada Izham dibalas tuba dan kata-kata yang melapah hatinya menjadi kepingan kecil. Hana pasrah apabila Izham berlaku curang dan menceraikannya demi menikahi Sofia.
Hana bangkit daripada kesilapan lalu dan mula membina cita-cita sendiri untuk memajukan diri yang selama ini dipandang rendah oleh bekas suaminya itu.
Menjalin usahasama perniagaan dengan Puan Hasnah menemukan semula Hana dengan Khalil. Tanpa dijangka, Khalil anak Puan Hasnah melamar Hana untuk menjadi suri hidupnya. Tambahan pula, Rizqin menjadi alasan kuat untuk Khalil melamar Hana. Rizqin seperti satu tali yang mengikat kuat jodoh Hana dan Khalil.
Melayari hidup dengan penuh kebahagiaan rupanya menjadi satu kesakitan pada Sofia, bekas isteri Khalil. Sofia cemburu dan sakit hati apatah lagi hidup bersama Izham tak seperti yang dimimpikan selama ini. Penyesalan mula wujud dalam hati Sofia. Dia nekad untuk mendapatkan Khalil semula. Izham pula rasa tercabar kerana Sofia suka membantah kata-kata dan memandang rendah padanya. Sebaliknya, hidup bersama Sofia membuatkan Izham hilang taraf sebagai maharaja yang selama ini dilayan bak kelas pertama oleh Hana.
Berjayakah Hana mempertahankan rumah tangganya buat kali kedua, apabila Sofia mula menggila untuk mendapatkan Khalil semula? Setiakah Khalil pada Hana, apabila Sofia wanita pertama yang dicintainya itu mula merapati? Sanggupkah Izham menjadi duda buat kali kedua, apabila Sofia mula mendesak untuk berpisah? Mampukah Hana terus bertahan dan setia pada Khalil, apabila bekas dudanya mula gila talak?
🌈🌈🌈🌈🌈🌈🌈
𝐏𝐔𝐓𝐈𝐊-𝐏𝐔𝐓𝐈𝐊 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀
Nur Auni, cerita hidupnya tidak seindah insan lain. Walaupun lahir daripada keluarga yang berada, tetapi hidupnya ibarat melukut di tepi gantang. Bukan dia yang menyisihkan diri tetapi dirinya yang selalu disissihkan. Semenjak dari kecil lagi dia terpaksa menghadap kebencian keluarga terutama mamanya, membuatkan dia membesar di dalam penuh persoalan. Kenapa? Atas salah dan silap apa?
Masih adakah pelangi yang sudi muncul selepas taufan membadai?
email : mybizsantaishop@gmail.com
No comments:
Post a Comment