MUNGKIN TAKDIR by Hanni Ramsul

BARU. ADA 1 SHJ. 
RM55 SM / RM60 SS
poslaju rm8 sem
MUNGKIN TAKDIR Hanni Ramsul“Dulu Elin tinggal seorang, tak ada yang mengganggu. Sekarang ni, mak risau kalau-kalau Khaled datang mengganggu,”
Melina mengangkat muka. pelukannya dileraikan. Pelik mendengar kata-kata ibunya itu.
“Kenapa mak cakap macam tu?,”
“Mak macam nampak bunga-bunga ke arah tu,”
“Maksud mak?,”
“Khaled ada telefon Elin tak?,”
Melina menjongket bahu. Sejak dia balik ke kampung, telefonnya memang dia matikan. Tidak mahu diganggu.
“Elin tutup telefon,”
“Patutlah Khaled asyik telefon mak, tanyakan Elin,”
Melina mengangkat kening.
“Mak tak cakap pun?,”
“Ni… mak cakaplah ni. Hati-hatilah. Nak mak pergi sana temankan Elin ke?,”
Melina tersenyum lebar.
“Ikutkan Elin, memanglah Elin nak. Nanti hari-hari dapat tidur atas riba mak. Tapi, Elin tahu mak lagi selesa tinggal kat kampung ni.Elin tak nak mak tak seronok nanti. Insyaa ALLAH tak ada apa-apa. Mak jangan risau, ya,”
“Ada apa-apa masalah, terus beritahu mak ya. Mak tak nak lagi jadi orang yang terakhir yang tahu semua benda. Faham?,”
Melina tersengih. Wajah ibunya disentuh dengan kedua-dua belah tangan.
“Baik mak…,”ucapnya sambil melayangkan ciuman di pipi kanan ibunya.
“Elin janji…,”ucapnya bersambung sambil ciuman berganti ke pipi kiri pula. Usai memberi ciuman sayang, dia membetulkan duduk. Perlahan berbaring di sofa, berbantalkan riba ibunya. Umirah tersenyum senang. Jemarinya perlahan mengelus rambut Melina.

atau

No comments:

Post a Comment