EXCLUSIVE EDITION
PRE ORDER TILL 30 OCTOBER 2019
RM43 SM / RM46 SS
SEBAGAI abang, Megat Saifuddin mahukan yang terbaik untuk adiknya, Teh Safiya setelah melalui fasa getir tiga tahun yang lalu. Kembalinya Alif selepas menjalani hukuman penjara kerana mendera dan hampir menyebabkan kematian, menyebabkan Megat memaksa Suhaimi, yang juga teman baiknya, mempercepatkan pernikahan lelaki itu dan Teh.
“Apa kau nak lagi dengan adik aku?” – Megat.
Kalau diikut, Teh masih belum bersedia untuk bernikah lagi. Namun, desakan Megat dan Mak Cu Ujie, emak saudara yang menjaganya selepas kematian ibunya, terpaksa diturutkan. Apa yang diharap untuk perkahwinan kali ini, adalah bahagia selamanya.
“Ya, baik... tapi kita tak tahu bagaimana baiknya dia bila hidup bersama. Alif pun dulu baik kan!” – Teh.
Walau berat hati, diterima juga Suhaimi, sebagai suami, duda yang punya dua orang anak, bujang dan dara. Mungkin, ia sebagai keputusan yang terbaik, agar Alif tidak mengganggunya.
“Saya pun bukannya bujang. Duda. Ada anak dua orang. Harap... Teh boleh terima seadanya kami semua. Insya-Allah, saya akan cuba jaga Teh sehingga ke akhir hayat saya.” – Suhaimi.
Kehidupan selepas bernikah teruji lagi dengan kerenah anak-anak dan bekas isteri Suhaimi yang tiba-tiba hadir diantara mereka.
Mampukah Teh menghadapinya? Bagaimana tindakan Megat apabila kehidupan adik kesayangannya diganggu oleh mereka yang mempunyai pertalian darah dengan Suhaimi?
email : mybizsantaishop@gmail.com
No comments:
Post a Comment