KOMBO GETARAN JIWA

KOMBO GETARAN JIWA 
PRE ORDER KINI DIBUKA 1-20 OCTOBER 2019
-
www.wasap.my/60189666752/komboGETARANJIWA
-
DOSA YANG BERNAMA RAFEAH
HARGA : RM30 POSTAGE RM8 SM| RM13 SS

RAFEAH. Sedari umurnya enam belas dia terjebak DOSA. Pada awalnya dia terseksa, sesal dan kesal, namun lama kelamaan dia mula terbiasa. Tanpa DOSA, hidupnya resah. Terbuat pahala, dia serba salah. Sehingga pada akhirnya dia mulai jelak dengan semuanya. Lantas dia membawa semula diri kembali ke tempat asalnya.
Maliki, Faizal, Rashid dan Zahin. Hadir mereka membawa suka, duka bahkan petaka dalam hidupnya. Rafeah terperangkap; antara nafsu yang buat dia lesu dan cinta yang buat dia jadi tak terkata-kata.
“Kalau hang sikit pun tak ada rasa malu pada manusia, malulah pada TUHAN! DIA maha melihat!” - Maliki.
“Orang kotor macam aku ni, baca QURAN banyak mana pun, hati payah nak tenang. Dah tak boleh suci kut jiwa hitam aku ni. Kalau dah kotor tu, kadang cuci dengan Clorox pun kotor tak hilang jugak. Aku boleh dibaratkan macam tu lah.” - Rafeah.
“Sudi tak Feya jadi isteri abang?” - Faizal
“Kahwin dengan pak su...” - Maliki.
“Kenapa? Hang tak boleh bimbing aku?” - Rafeah.
Rafeah keliru. Antara Maliki dan juga Faizal, hati sukar membuat pilihan. Sudah lama dirinya jauh daripada kasih sayang. Baik kasih sesama manusia, mahupun TUHAN. Pendosa seperti dia, layakkah untuk dicintai dan mencintai?
Dan tatkala hidayah mula mengetuk hati, TUHAN menguji lagi.
Lalu Rafeah kembali tertanya, benarkah TUHAN benci padanya?
🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃

KIAMBANG BERTAUT JUA
HARGA: RM28 POSTAGE RM8 SM| RM13 SS

“Jangan menikah dengan laki orang.”
“Duda pun tak apa. Yang penting jangan ambil laki orang!”
“Orang tua bongkok pun tak apa! Asalkan bukan hak orang.”
Hanya kerana sebuah kesalahan lalu dia sering ditempelak. Kononnya perempuan sepertinya tidak akan pernah berubah. Sekali sukakan hak orang, selamanya akan tetap menjadi perampas.
Shifa yakin dia sudah berubah. Dia bukan seperti Shifa yang pernah bersikap pentingkan diri. Shifa kini bersikap dewasa, fikirannya juga sudah matang.
Dia kembali untuk buktikan dia bukanlah Shifa yang dulu. Sekali berdosa tidak akan selamanya berdosa. Sedangkan nabi ampunkan umat, kenapa tidak manusia biasa berikan dia kemaafan yang sebenar?
“Maaf, Shifa. Aku tak percayakan kau.” - Zira
“Kenapa awak kembali, Shifa? Awak dah pernah porak perandakan keluarga saya sekali. Belum puas lagi ke?” - Iqbal
“Awak percayakan saya kan? Saya dah berubah! Saya bukan Shifa yang dulu!”
Helaan nafas lelaki itu yang begitu lemah buat Shifa terjelepok. Tubir matanya digenangi air.
“Awak pun tak percaya...”
Dia kecewa. Peluang kedua diharapkan. Dia tidak minta diberikan segala emas dan intan. Dia hanya meminta diberikan peluang kedua. Tidak layakkah seorang Shifa mendapat peluang kedua? Peluang untuk dicintai dan mencintai dengan sesungguhnya.
🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃

YANG DILUPA
HARGA : RM18 POSTAGE RM8 SM| RM13 SS
Pertama kali berjumpa Dian, hati Redza bergetar seribu. Jantung berdegup bagai nak gila. Pelik! Walhal selama ini punyalah susah dia nak sukakan seorang perempuan, sampai mama pun ingat dia gay!
Dengan Dian segalanya jadi indah. Hatinya berbunga-bunga. Sehari mengenali Dian, terasa bagaikan sudah bertahun-tahun Dian hadir dalam hidupnya.
“Siapa awak, Dian?”
“Awak baru sebut nama saya.”
“Tapi kenapa saya rasa awak Dian yang lain?”
Senyum Dian berubah canggung. Anak mata Redza direnung. Hembus angin menyita resah. Jadi saksi kasih bertaut. Lama Dian memendam rindu, bertemu dia di tempat yang sama.
Seandainya Redza tahu…
“Boleh saya minta nombor awak?”
Keengganan Dian buatkan Redza keliru. Tak sudikah Dian sambut salam cintanya? Apakah Dian tak percaya pada cinta pandang pertama?
“Kita jumpa kat sini. Kalau memang kita berjodoh, kita pasti akan berjumpa.”
Berpegang pada kata-kata Dian, Redza tak jemu menunggu kehadiran Dian. Dalam penantian, hatinya sering dipagut kerisauan.
Akan hadirkah Dian membawa cinta? Atau Dian membiarkan dirinya terus menunggu dalam keliru.

atau

No comments:

Post a Comment