KOMBO GEDIK ~ HASH AULIA

PRE ORDER SEHINGGA 31 OKTOBER SAHAJA! 
ONLINE SAHAJA. 
TIADA DI KEDAI BUKU.
Aku Harus Mencintai..

"Hatta.. I think kita kena pergi petang lagi, kut. Takut jammed."

"You nak pakai baju mana nanti?"

Diam juga. Maira angkat wajah, pandang Hatta. Lelaki itu bersahaja tayang muka malas nak melayan. Perlahan, bibir mengeluh, Maira mula mendekati.

Peluk tubuh. Dia berdepan dengan Hatta.

"Sampai bila you nak lancarkan perang dingin dengan I?"

"Sampai you kembalikan anak I." Sinis Hatta menjawab bersama senyum senget. Hatta ingat dia sorang je bersedih? Habis tu aku? Gembira bila anak yang aku kandung meninggal dunia?

"Okay." Sepatah Maira jawab, dia tolak tubuh Hatta ke katil bersama-sama dirinya. Terbeliak mata encik suami.

"You dah kenapa??"

"Nak gantikan anak untuk you. Tadi minta sangat." Maira balas. Selamba dia panjat tubuh Hatta lalu kunci kedua-dua belah tangan encik suami ke tilam.

Hatta nampak cuak. Halkum dia bergerak-gerak. Bibir terkunci rapat. Bertaut pandang, sengaja Maira jungkit-jungkit kening nakal.
-
-
Hati Yang Setia..

Helena perasan, mata Haider tak beralih dari tenung dia. Sekejap-sekejap mengerling. Rimas pulak!

"Mata tu, tak pernah pandang orang ke?" Dek rimas, Helena menyoal geram.

"Pakai macam tu, mengundang betul! Saja je nak uji keimanan orang."

"Apa yang mengujinya? I pakai baju besar, kut." Helena tilik badan sendiri. Dia pakai baju loose paras paha, kut. Besar gedabak. Mana ada seksi.

"Ya. Baju saja. Buat orang rasa nak menyelinap masuk. Sembunyi dalam baju." balas Haider selamba. Nada suara tu tak puas hati sebab iman dia teruji.

"Kalau dah lelaki, pakai jubah pun still fikir benda sama. Dasar miang!"

Spontan Haider ketawa dengar Helena membebel. Si isteri dah tayang muka menyampah.
-
-
Seandainya aku..

"Azril nak you balik ke?"

Farra pandang Umar sekilas. Kemudian, kembali fokus buat kerja.

"Dia selalu datang sini cari you."

Suara itu semakin mengeras dan sinis. Namun, Farra masih bersahaja.

"And I think, you pun masih suka Azril."

Sekali lagi, mata Farra memicing pada Azril. Seraut wajah itu nampak kelat dan muram.

"Kalau you masih suka dia.. I izinkan,"

Chup.

Bicara dia mati dek ciuman Farra. Mata terbuntang luas. Bibir kelu. Dada berdetak hebat .

"Tu bukti yang sekarang ni, you suami I. Bukan Azril. Puas hati?"

Umar nak angguk. Tapi, kepala tergeleng. Tak puas. Dia nak lagi!

"Nak lagi.."

Tanpa sedar, bibir meluahkan apa yang akal fikirkan. Bulat mata Farra terjegil ke arahnya.

No comments:

Post a Comment